(1)-Asas Pergaulan
Dalam kehidupan, manusia tidak dapat lari dari pergaulan rakan dan taulan. Asas utama yang menjadi kunci adalah hati yang menjadi peranan penting dalamjiwa dan kehidupan Muslim untuk menegak iman yang kuat serta jati diri yang berasaskan ketakwaan kepada Allah serta mengingati-Nya dengan berzikir dan berselawat kepada Rasulullah sepanjang masa.
Firman Allah dalam surah al-Anfal 8, ayat 2 menyentuh kepentingan hati:
‘Sesunguhnya orang orang beriman itu apabila mereka menyebut Allah terasa gementarlah hati-hati mereka.’
Iman menunjukkan keikhlasan hati yang sihat akan membuahkan keimanan yang kuat dan akan membawa kepada jiwa yang bersih serta fikiran yang bernas dan menampakkan keikhlasan dalam pergaulan.
Hati membayangkan keikhlasan iman seseorang berdasarkan apa yang diungkapkan oleh lidah atau gerak geri dan tingkah laku dalam pergaulan harian, ini sudah dapat difahami bahawa itu adalah kehendak hati walaupun tiada sebarang penjelasan melalui percakapan.
Sekiranya hati sentiasa sihat pergaulan dan persahabatan sentiasa mesra dan bahagia. Sebaliknya andai hati tidak sihat maka tidak ada tolak ansur dalam pergaulan. Setiap tindakan sudah ketara tidak ikhlas dan boleh membawa kepada munafik disebabkan sering kali berbohong dan berdolak dalik mencari helah bagi melindung diri dari penipuan.
Begitulah peranan hati dalam menjalani kehidupan di dunia ini, tetapi setiap insan sering kali melupai bahawa segala tindakan di dunia ini adalah penentuan habuan yang akan sampai di antara dua persimpangan di hari pembalasan sama ada baik atau buruk, ke syurga atau neraka. Malangnya jalan yang dilalui dalam kehidupan setiap insan sentiasa melalaikan kecuali yang Adab Pergaulan Menurut Dalil Al-Quran Dan Al-Sunnah
beriman. Lantaran itu Rasulullah sentiasa memberi peringatan terhadap umatnya melalui sabda baginda:
‘Kasihilah olehmu akan saudara kamu seperti mana kamu kasih kepada diri kamu sendiri.’
BAIK BURUK PERANAN HATI
Hati merupakan asas yang sangat penting dan tersembunyi dalam diri setiap insan. la memainkan peranan yang sangat bermakna dalam kehidupan seharian. Rasulullah s.a.w. menyatakan soal hati seperti berikut:
‘Ketahuilah kamu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik maka baiklah keseluruhan segala perbuatannya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya. Ketahuilah kamu bahawa ia adalah hati’
Berdasarkan hadis di atas bahawa kebaikan manusia atau keburukannya datang dari hati, kerana hati adalah pengarah bagi pancaindera yang lahir. Jika hatinya baik maka baiklah segala perbuatannya serta rasa senang setiap rakan taulan mendekatinya dalam pergaulan. Andai hatinya buruk dan busuk, maka segala perbuatannya akan jahat dan keji, sentiasa cenderung ke arah maksiat mengikut kehendak hati dan hawa nafsu, dan pernikirannya ketika itu pula akan kalah dan sentiasa diketepikan. Oleh itu, hati adalah raja bagi seluruh anggota, manakala anggota-anggotanya yang lain adalah tentera. Anggota-anggota ini sering melakukan sesuatu mengikut kehendak hati. Andai baik hati maka baiklah dalam pergaulan. Andai sebaliknya, maka kawan dan rakan seringl kali menjadi mangsa. Dalam masalah ini Allah s.w.t sentiasa mengingatkan kepada hamba Nya melalui firman Nya dalam al Quran, surah al Syu’ara’ 26, ayat 88-89 yang berbunyi:
‘Di hari yang tidak ada manfaat sama ada harta benda begitu juga anak-anak melainkan sesiapa yang menghadap Allah dengan hati yang suci murni (iaitu penuh keikhlasan) kerana Allah semata-mata.’
Hati yang amat dihargai di sisi Allah ialah hati yang suci bersih dari sebarang maksiat, syubhah, hasad dengki dan seterusnya perkara perkara yang makruh atau yang dibenci oleh Allah. Sebab itu Rasulullah s.a.w sentiasa berdoa kepada Allah dengan sabdanya:
‘Ya Allah, sesungguhnya aku memohon darimu hati yang suci bersih’
Walaupun Rasulullah s.a.w seorang yang maksum, tetapi ia sentiasa berdoa supaya hatinya suci bersih. Hal ini adalah bertujuan sebagai pengajaran kepada umatnya.
Dengan demikian hati yang suci bersih dari sebar ang kekejian itu ialah hati yang bersih dari segala penyakit yang dibenci oleh Allah seperti hasad, dengki, dendam, iri hati, cemburu di atas kejayaan orang lain atau merancang sesuatu yang tidak baik bertujuan menganiaya orang lain dan sebagainya. Seandainya tidak ada perkara perkara yang tersebut di atas, sudah tentu hati itu akan sentiasa kasih kepada Allah dengan melakulcan perkara perkara yang diredai oleh Allah dengan rasa ikhlas. Rakan dan taulan juga menyenanginya dalam pergaulan dan Allah sentiasa mengasihinya. Situasi ini sangat dititikberatkan oleh syariat kerana hati memainkan peranan penting ke arah mengukuhkan keimanan dan memantapkan keyakinan akidah seseorang yang beriman kepada Allah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
‘Tidak tetap iman seseorang hamba sehinggalah tetap pendirian nya.’
Bagi menentukan ketetapan iman atau sebaliknya dengan herdasarkan segala amalan anggota lahiriah yang berlandaskan niat hati kerana kejujuran amalan itu tidak wujud melainkan terletak pada hati yang ikhlas.
TETAP PENDIRIAN
Istilah tetap pendirian boleh diertikan dengan jati diri dan dalam bahasa Arab disebut istiqaah qulub seperti mana tersebut dalam hadis di atas. Bagi seseorang yang tetap pendiriannya, ia tidak mudah dipengaruhi olch mana mana unsur yang tidak baik atau hasutan jahat yang boleh membawa kemusnahan diri. Apabila disentuh soal keimanan pula, seseorang yang tetap pendirian itu disebut sebagai kuat iman atau warak, iaitu hatinya sentiasa merasa ingat dan patuh kepada suruhan dan perintah Allah dan sentiasa melakukan sesuatu ke arah yang diredai oleh Allah sepanjang hayatnya secara baik dan sabar. Sebab itulah sekiranya Allah mahu hambanya baik, maka diperelokkan isi hatinya dengan mengenali Allah dan sifatnya serta memahami segala ilmu agama dan hikmah keagungan ilmu itu sendiri. Manakala jiwanya merasai betapa nikmatnya memahami sesuatu bidang ilmu dengan mendalam dan baik dengan merasai kemanisan ilmu seperti mana ia merasai kemanisan iman. Pepatah Arab ada menyatakan:
‘Kemanisan ilmu bila dikuasai oleh orang yang ada kemanisan iman bagaikan kemanisan tamar yang terhidang di hadapan orang yang sedang berbuka puasa.’
Pepatah ini menggambarkan perwatakan orang yang beriman dan berilmu apabila disertai dengan kesabaran terasa senang dan tenang serta sejuk setiap mata yang memandang.
Itulah peranan hati dalam kehidupan. Hati dapat mencorak kewibawaan seseorang melalui gerak geri dan perilaku yang disenangi dalam pergaulan harian sama ada di tempat kerja seperti majikan dengan pekerjanya atau sebaliknya ataupun di mana sahaja atau sesiapa yang berdamping dengannya. Sesiapa juga yang ada kaitan dalam melaksanakan sesuatu perbincangan dan tunjuk ajar darinya sering kali tidak mudah melatah dalam memutuskan sesuatu keputusan. Inilah sikap orang yang tetap pendirian dengan erti kata jati diri yang berlandaskan iman, ilmu, dan akal yang mantap yang dapat merealisasikan keadaan pergaulan yang sempurna dan tenang. Sebaliknya orang yang mati hati itu tidak mahu mengambil berat soal tuntutan yang disyariatkan oleh Allah dan tidak mahu memahami adab di dalam pergaulan atau hubungan sesama manusia sama ada soal memberi salam atau menerima salam orang lain tidak disampaikan kepada penerima. Begitu juga soal keizinan untuk memasuki ke dalam rumah orang lain, jauh sekali hendak menghormati hak sesama manusia atau berterima kasih kepada orang yang memberi pertolongan kepadanya. Secara tidak langsung balasan buruk baik selepas mati tidak sekali-kali dihiraukan, jauh sekali hendak memikir kebesaran Allah dan keagungan maha pencipta. (Imam Falkhhruddin Al-Razi Al-Shafie 1990, 52-53)
Sebab itu Allah menggambarkan kedudukan mereka dalam al Quran seperti binatang ternakan dalam firman-Nya dalam surah al A’raf, ayat 179:
‘Mereka itu seperti binatang ternakan bahkan mereka lebih sesat dari itu.’
Itulah gambaran orang yang mati hati tidak dapat memahami apa maksud segala kejadian Allah, maka ia tidak mampu menghasilkan segala kelebihan yang Allah anugerahkan kepadanya. Akhirnya mereka lengah dan tidak mengambil berat akan segala suruhan Allah. Hidup mereka dalam kejahilan yang mati dari kesedaran akidah yang menjadi asas kepada agama Islam, sedangkan ia mengaku dirinya adalah Islam. Golongan inilah yang digambarkan hidup mereka sebagai kubur kepada nyawa dan roh mereka sendiri seperti mana yang digambarkan oleh penyair di dalam syairnya dibawah ini.
‘Dalam kejahilan sebelum mati ia merupakan mati kepada si jahil dan jasad mereka sebelum berkubur telah terkubur. Roh mereka telah bersangkar dalam kekejian jasad yang jahil maka bagi mereka tiada harapan sebelum jasad mereka hancur mereka telah hancur.’
Maksud jahil di sini ialah mati hati dan rohani, iaitu jahil untuk mengenali Allah dan segala ilmu yang disyariatkan kepada hambanya untuk mendalami dan beramal dengannya semasa roh dikandung jasad. Kerana ilmu itu dari Allah khusus untuk hamba Nya yang beriman dan ilmu Allah itu merupakan cahaya yang dapat menghidupkan hati dari segala kejahilan. Seandainya seseorang hamba itu menjauhkan diri dari ilmu Allah maka hatinya terus mati, ibarat tanah tanpa hujan tiada tumbuh tumbuhan yang menghiasi di permukaannya. (Ibnu Qaim Al-Juziah 691-751H. 273-276 ms.)
Lantaran itulah Lukmanulhakim telah menasihati anaknya dengan katanya:
‘Wahai anakku, dudukiah bersama sama ulama dan berbincanglah bersama mereka dengan penuh dedikasi, maka sesungguhnya Allah akan menghidupkan segala isi hati hambanya dengan cahaya hikmah ilmu-Nya seperti mana menyubur bumi dengan titisan hujan’.
Demikian juga Muaz bin Jabal pernah menegaskan: “Tuntut olehmu akan ilmu sesungguhnya menuntut ilmu kerana Allah akan menjadikan kamu takut kepada-Nya. Menuntut ilmu adalah ibadat, mengingati ilmu merupakan tasbih, membincangnya pula adalah jihad dan sekiranya kamu ajar kepada orang yang tidak mengetahui adalah sedekah. Manakala menghabiskan masa dengan ahli ilmu merupakan pendekatan diri kepada Allah dan ilmulah yang memberi pengetahuan terhadap kamu soal halal haram, makruh atau syubhah yang akan terpelihara diri kamu dari api neraka”.
Oleh itu, sentiasalah dekati dengan ilmu kerana ia menyegarkan hati dan rohani yang telah terkulai layu. Sekiranya kita patuhi segala kehendak ilmu pengetahuan yang kita ketahui ia akan menerangi jalan kebahagiaan dunia dan akhirat, kerana ilmu satu satunya yang dapat menjinakkan jiwa yang liar serta menghidupkan hati yang mati. Dengan demikian hati yang mati ini tiada yang dapat menghidupkannya melainkan ilmu dan iman serta keikhlasan beribadat kepada Allah sahaja. Yang dimaksudkan dengan menghidupkan hati dengan ilmu ialah dengan sentiasa berzikir, istighfar, selawat ke atas Rasulullah, memaafkan kesalahan orang lain, ikhlas, murah hati dan jauh daripada maksiat. Dengan demikian bolehlah dikatakan hati yang hidup.
Kita boleh mengenali hati yang hidup ini kerana ia mempunyai ciri-ciri tertentu, iaitu menunjukkan sikap berhemah tinggi serta sifat-sifat seperti pemaaf, pemurah, tidak meninggi diri atau menunjuk nunjuk, tidak sombong dan tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Di samping itu, apabila dilihat kepadanya, maka akan nampaklah ciri-ciri keimanan seperti khusyuk, lemah lembut, sabar mendengar dan menerima pendapat orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri serta bersimpati dengan orang yang kurang bernasib baik dan bersifat tolong menolong, dan bertimbang rasa. Inilah gambaran orang yang hatinya tidak mati.
Manakala hati yang mati amat ditakuti oleh setiap insan yang beriman. Bagi orang yang beriman, mereka tidak takut mati apabila sampai ajalnya kerana bekalan sudah sempurna, tetapi yang amat ditakuti ialah sekiranya mati hati. Ini kerana mati hati menjadikanjasad hidup dalam keadaan hina disebabkan nafsu tidak berpandukan akal. Ketika itu kedudukan jasad tidak berguna lagi sama ada di sisi Allah atau pada pandangan masyarakat. Oleh yang demikian, hati yang mati adalah pembunuh jiwa yang sihat, manakala jiwa yang sihat berpunca dari hati yang hidup bernafaskan iman. Lantaran itu hati memainkan peranan yang sangat penting ke arah jiwa yang baik dan tenang serta sanggup memikul segala cabaran yang mendatang, ibarat bunga yang segar mengeluarkan keharuman yang menyegar setiap individu dan masyarakat yang mendampinginya. Sebaliknya hati yang mati tiada keharuman jiwa, ibarat bunga yang busuk sentiasa mengeluarkan bauan yang tidak menyenangkan orang lain. Dengan kata lain, orang yang mati hati tidak hertimbang rasa terhadap orang yang kurang bernasib baik. (Abi Hamid Muhammad M Gazali, 1989. 149)
KEWAJIPAN MENJAGA HATI DAN CARA MENGUBATINYA
Menurut Imarn Al-Ghazali, kewajipan ke atas manusia yang waras ialah menjaga dan memperbaiki niat hatinya serta menjauhkan segala anggapan dan sangkaan buruk kepada saudaranya ketika bergaul sesama rakan. Kewajipan inilah yang dituntut oleh syariat kepada semua mukalaf supaya menjaga hati mereka untuk menjadi insan yang kamil dan sempurna dunia dan akhirat. Hati merupakan anggota yang paling berbahaya, dan sesiapa yang mempunyai hati yang sakit dan mati, maka ia akan memberi kesan yang sangat buruk terhadap permasalahan yang sukar untuk diperbaiki. Oleh yang demikian Imam Al- Ghazali menggariskan beberapa asas sebagai panduan menjaga dan mengubati hati.
Asas pertama: Firman Allah dalam surah al-Ghafir, ayat 19 berbunyi:
‘Allah mengetahui segala pengkhianatan yang bermula dari mata dan apa yang tersembunyi di dada setiap hamba.’
Dalil di atas dapat difahamkan jika seseorang berhasrat atau terlintas di hatinya hendak menghasut, prasangka, atau melakukan niat jahat, maka ingatlah bahawa Allah amat mengetahui setiap rahsia yang terdetik di dada hambanya melalui dalil al-Quran yang terdapat dalam surah al Maidah, ayat 7:
‘Sesungguhnya Allah mengetahui akan segala isi hati yang tersemat di dada hambanya.’
Berdasarkan ayat di atas, Allah memperkuatkan lagi keyakinan hamba- Nya dengan firman-Nya dalam surah al-Ahzab, ayat 51:
‘Dan Allah amat mengetahui setiap apa yang terkandung di dalam hati kamu.’
Lantaran itu beberapa kali Allah menyebut dalam al Quran dengan kalimah “Amat mengetahui segala isi hati hamba-Nya” dengan tujuan supaya setiap hamba mengetahui segala ilmu Allah dan taat kepadaNya bagi mengingati dan berhati-hati supaya tidak dilakukan perbuatan yang dilarang secara sengaja atausebaliknya.
Allah memberikan peringatan itu kerana manusia sering melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah dengan mengikut hawa nafsu dan kehendak hati yang amat sukar untuk dihindarkan sedangkan Allah amat mengetahui zahir dan batin juga segala niat isi hati yang mengatur segala perilaku hambanya. Berdasarkan demikian Imam Al-Ghazali telah memberi satu pesanan dengan katanya: “Lihat olehmu akan apa yang kamu mengetahui dari segala hatimu”. Maksudnya renunglah segala apa yang mendatangkan kebaikan dari segala kerja hati yang terdiri dari keinginan hati, cita cita, hasrat dan tujuan. Sekiranya baik teruskanlah, andai sebaliknya hentikan dengan segera.
Asas kedua: Sabda Rasulullah s.a.w.
‘Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan tidak kepada tubuh badan kamu, dan sesungguhnya Allah tetap melihat kepada hati kamu dan segala amalan kamu yang berlandaskan keikhlasan hati.’
Di sini menunjukkan ketetapan hati yang ikhlas merupakan tempat utama yang difokuskan olch Allah swt untuk diberi ganjaran. Tetapi alangkah pelik dan hairan sekali manusia melakukan sesuatu sering kali terlupa kepada Allah tetapi yang diingat ialah untuk mendapat pujian dan sanjungan serta penghormatan sesama manusia. Inilah yang menjadi ukuran dalarn pengorbanan seharian tanpa keikhlasan yang sebenar. (Imam Abi Abdul Rahman Al-Sulma. 330 412H, ms 10)
Asas ketiga: Hati merupakan ketua kepada anggota manakala anggota anggota lain adalah ikutan kepada hati, jika elok isi hati maka tetaplah pendiriannya serta eloklah perilaku anggota anggota lain yang sernuanya mengikut kehendak hati. Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. di dalam hadis yang berbunyi:
‘Sesungguhnya di dalam jasad manusia didapati segumpal darah, apabila baik maka baiklah keseluruhan badannya, dan apabila buruk maka buruklah segala keperibadiannya, adakah tidak kamu tahu sesungguhnya itulah hati.’
Berdasarkan ayat ayat di atas dan juga hadis menunjukkan hati mcrupakan anggota yang. paling berharga, tempat simpanan segala kemuliaan seorang hamba, asas segala amalan lahir dan batin. Hati adalah ketua segala anggota yang merupakan panduan kepada rohani dan jiwa setiap insan. Demikianlah peranan hati sangat besar tanggunjawabnya ke arah mengendalikan nilaian diri, manakala kejahilan pula mematikan hati dan rohani sekalipun badannya hidup dan bergerak di muka burni. Jasadnya merupakan kubur bagi hati yang telah mati. Perkara sedemikian dapat dielakkan sekiranya kita belajar dan mengetahui akan segala ilmu Allah yang, disyariatkan kepada kita. Ilmu Allah ini dapat menjadi permangkin keimanan dan penawar. Untuk menghidupkan hati yang telah mati, kita hendaklah rnelakukan ibadat dan beralakhlak mulia sesama manusia.
(2)-Di Ambang Pertemuan
Sebaik-baik pergaulan di kalangan umat Islam ialah apabila bertemu saudaranya, dia menunjukkan tingkahlaku dengan perwatakan yang baik, manis muka serta menerima dengan penuh rasa gembira yang tidak terhingga. Reaksi seperti ini amat disukai oleh Allah dan Rasul-Nya, dan besar ertinya di sisi syariat Islam serta mendapat ganjaran pahala yang banyak. Rasulullah s.a.w. melarang umatnya menghina atau memandang rendah dan memperkecilkan orang lain ketika bertemu, dengan sabdanya:
‘Jangan sekali kati kamu menghinakan sesuatu yang baik dan kalaulah kamu bertemu saudaramu hendaklah dengan muka yang manis.’ (Riwayat Muslim)
Pengajaran di sebalik hadis di atas ialah Rasulullah s.a.w. menyuruh umatnya mengukir senyuman ketika bertemu dengan kawan atau sahabat dan juga sesarna saudara dalam, Islam kerana dengan senyuman dapat mengeratkan tali persaudaraan. Mulakanlah sesuatu pekerjaan itu dengan senyuman, kerana senyuman menceriakan suasana dan mententeramkan.
SALAM
Amalan yang merupakan kemuliaan di sisi Allah ialah dengan memberi salam apabila bertemu di antara dua orang Islam. Perkara ini merupakan satu saranan oleh Allah ke atas hamba-Nya melalui firman-Nya:
‘Apabila diucap dengan satu ucapan maka balas olehmu dengan ucapan yang lebih baik daripadanya atau jawab secara yang elok, sesungguhnya Allah ke atas setiap sesuatu akan diperhitungkan.’ (Surah Al-Nism: 86)
Melalui ayat ini Allah menyarankan agar hambanya mengamalkan ucapan yang baik ketika bertemu dengan saudara sesame Islam bagi menjaga kesejahteraan yang dianugerahkan oleh-Nya. Dengan demikian umat Islam hendaklah memberi salam. Setiap kali bertemu saudaranya iaitu yang terdiri daripada orang orang Islam sama ada kenal ataupun sebaliknya. (Rujuk Al-Razi: 544, 604H, hlm. 169. juzuk 10)
Dalil yang menegaskan kenyataan di atas melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Urnar:
‘Bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. yang mana satu antara amalan dalam Islam itu lebih baik? Jawab Rasulullah, Kamu memberi makan kepada orang yang memerlukannya dan mengucapkan salam ke atas sesiapa yang kamu kenal dan yang tidak kenal’ (Riwayat Bukhari Dan Muslim)
CARA MEMBERI DAN MENJAWAB SALAM SERTA GANJARANNYA
Cara salam yang disyariatkan pada awal pertemuan diucap dengan salam:
‘Selamat sejahtera atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatannya.’
Dan dijawab oleh saudaranya dengan berkata:
‘Dan ke atas kamu selamat sejahtera dan rahmat Allah serta keberkatannya.’ Memadai juga dengan kata bererti “kesejahteraan ke atas kamu” dan setiap jawapan ini akan mendapat ganjaran pahala, mengikut kadar ucapannya, iaitu sepuluh pahala atau kebaikan, jika ditambah “warahmatullah” akan digandakan lagi sepuluh pahala dan sekiranya ditambah “wabarakatuh” maka akan diberi tiga puluh pahala atau kebaikan kepadanya. Begitulahjuga sebaliknya bagi yang menjawab. Ganjaran pahala memberi dan menjawab salam ini telah dinyatakan dalam. hadis yang diriwayatkan oleh A’mran bin Hussaini.
Telah datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. dan berkata, ‘Assalamualaikum’. Maka Rasulullah menjawab salam kemudian dia duduk. Maka Rasulullah berkata sepuluh pahala kemudian datang yang lain memberi salam dengan berkata ‘Assalamualaikum warahmatullah’, lalu Rasulullah jawab salam tadi, dan berkata dua puluh pahala. Kemudian datang yang ketiga terus berkata ‘Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh’. Rasulullah pun menjawab salam tadi dan terus duduk, maka Rasulullah berkata tiga puluh pahala. (Riwayat Oleh Abu Daud Tarmizi: Hadis Hasan)
Sekiranya kita renung di sini, didapati amat besar ganjaran pahala yang diberi oleh Allah kepada pemberi dan penerima salam yang telah diajar melalui sunnah Rasulullah s.a.w. di samping mengerat siratulrahim sesama Islam.
SALAM KE ARAH KEUTUHAN UMMAH
Berdasarkan demikian apakah pengertian dan maksud salam?
Salam bermakna memberi keamanan. Sewaktu kalimah salam diucap terhadap sescorang muslim dengan berkata sesungguhnya kita mengqasat dan mendoakan dijiwanya mempunyai ketenangan, ketenteraman, gembira dan bahagia sepanjang masa, begitu juga sebaliknya harapan dari yang menjawab terhadap pemberi salam. Dengan demikian terlerailah segala perasaan hasad dengki, dendam kesumat dan sebagainya, sebaliknya tersemai dan terjalinlah perasaan persaudaraan antara satu sama lain. Kemanisan wajah yang tersenyum manis dan keramahan yang diadunkan dengan gerak geri beradab, sopan santun bersama kehalusan budi akan mengeratkan tali persaudaraan dengan adanya kalimah salam yang diucapkan. Maka di kala itu, bayangan persengketaan jauh sekali. Itulah amalan muslim ke arah keutuhan umah. (Rujuk Al-Hafiz Zakiyuddin Abdul ‘Azmi bin ‘Abdul Qauni Al-Munzari 1987M bersarnaan 1407H. 426-428)
HUKUM MEMBERI SALAM
Salam merupakan asas bagi setiap muslim dan muslimah yang perlu diketahui dan dijadikan pegangan serta amalan dalam pergaulan harian. Hukum memberikan salarn itu adalah “sunat” dan Nabi Muhammad s.a.w. melakukan demikian serta melazimi dan membiasakan diri dengan memberi salam. Manakala hukum menjawab salam pula adalah “wajib” iaitu sekiranya tidak menjawab hukumnya berdosa. (Rujuk Imam Al-Hafiz Abi Muhd. ‘Abdul Rahman b. ‘Abdul Rahim. 1353H. 469)
Maka di sini berdasarkan firman Allah yang tersebut di atas iaitu:
‘Dan apabila diucap dengan satu ucapan maka balas olehmu dengan ucapan yang lebih baik daripadanya atau jawab secara yang elok. Sesungguhnya Allah ke atas setiap sesuatu akan di perhitungkan.’ (Surah Al-Nisa’: 86)
Melalui ayat ini Allah menyuruh kita mengucapkan sesuatu yang baik dan bermakna seperti salam atau seumpamanya yang menandakan penghormatan terhadap orang lain seperti tabik, lambaian tangan dan sebagainya. Maka dengan itu kita hendaklah membalasnya dengan sebaik mungkin kerana Allah Maha Mengetahui tentang segala yang dilakukan oleh hamba-Nya sama ada melalui amalan dan niat. Inilah yang dihitungkan ke atas hamba-Nya. Dari ayat di atas Rasulullah s.a.w. menjelaskan melalui sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah berbunyi begini:
‘Memberi salam oleh yang berkenderaan ke atas yang berjalan, yang berjalan ke atas yang duduk, yang sedikit ke atas yang hanyak dan pada satu riwayat yang kecil ke atas yang besar”. (Riwayat Al Bukhari)
Hadis ini rnemberi pengajaran bahawa salam itu merupakan satu penghormatan dari seorang kepada orang lain dalam Islam. Ucapan salam, itu tidak semestinya dilakukan dengan perkataan tetapi juga boleh dilakukan dengan isyarat seperti membunyikan hon kenderaaan ketika mernandu. Dengan perkataan lain ucapan salam ini boleh dilakukan melalui pelbagai cara mengikut keadaan waktu dan tempat. (Rujuk Syamsul Al-Haq Al-Azim. Al-Abadi 1979, hlm. 100-101)
PERINGATAN
Selain itu sebagai peringatan, apabila seorang lelaki memberi salam kepada seorang wanita yang mana pemberi salarn itu tidak dikenali, maka hendaklah dipastikan terlebih dahulu tujuannya. Mungkin mereka hendak menggoda atau sengaja nakal hendak mengusik dan sebagainya. Maka dalam keadan begini salam tersebut tidak wajib dijawab pada syarak, kerana ia akan membuka peluang untuk lelaki tadi mendekati wanita serta menyempurnakan niat jahat yang boleh mendatangkan padah kepada kaum wanita, berdasarkan kaedah feqah iaitu menolak keburukan perlu diawasi terlebih dahulu daripada mencari sebarang kebaikan.
BERSALAMAN
Bersalaman atau berjabat tangan dalam kehidupan seharian lebih menjurus kepada adat atau kebiasaan sahaja, namun kita tidak pernah mendalami hakikat sebenar melalui syariat Islam. Maka di sini saya ingin menjelaskarmya melalui hadis Rasulullah s.a.w., yang dilakukan oleh Rasulullah dan sahabat sahabatnya serta jaminan ganjaran yang diberi oleh Allah terhadap dua saudara Islam bila bersalaman antara satu sama lain ketikamana mereka bersua dan di mana sahaja mereka berjumpa.
PERANAN BERSALAMAN DALAM KEHIDUPAN MUSLIM
Peranan bersalaman boleh dikatakan sebagai satu penghormatan atau tanda kemesraan antara individu dengan yang lain ketika mereka bertemu. Maka eloklah kedua duanya bersalaman atau berjabat tangan kerana perbuatan itu akan membuahkan kemesraan dan kasih sayang, perkenalan dan persahabatan serta mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah ke atas hamba-Nya. Berdasarkan dalil yang telah ditegaskan olch Rasulullah dengan sabdanya:
‘Sesungguhnya seorang muslim itu apabila bertemu saudaranya lalu bersalaman oleh kedua duanya, maka gugurlah dosa mereka sepertimana berguguran daun dari pokok yang kering ditiup angin kencang, melainkan kedua duanya diampunkan segala dosa mercka walaupun banyak seperti buih di lautan.’ (Riwayat Thibrani)
Begitu juga apabila tiba masanya sescorang sahabat dari perantauan disambut olch keluarga dan saudara mara, sahabat handai, maka tidak mengapa sambutan itu dilakukan dengan saling bersalaman dan berpelukan sebagai tanda kegembiraan sepertimana hadis Rasulullah s.a.w.:
‘Keadaan sahabat Rasulullah apabila mereka bertemu mereka bersalaman dengan berjabat tangan, dan apabila mereka menyambut kepulangan yang jauh mereka berpelukan.’ (Riwayat Abu Daud)
Oleh yang demikian syariat tetap mengakui bahawa bersalaman atau berjabat tangan memainkan peranan penting ke arah pengukuhan ummah dengan jalinan silaturahim antara satu sama lain, sepertimana yang diterangkan dalam hadis yang lain.
‘Apabila bertemu antara dua orang muslim lalu kedua duanya bersalaman dan memuji Allah lalu kedua duanya meminta ampun kepada Allah, Allah mengampunkan dosa kedua duanya.’ (Riwayat Abu Daud)
Hadis ini memberi fahaman kepada kita bahawa persaudaraan Islam memainkan peranan yang amat besar dalam mengukuhkan sesuatu masyarakat dan bangsa itu sendiri ke arah menjalinkan perpaduan kaum secara sihat dan harmoni serta dalam keredhaan Allah selalu. Hal ini sepertimana dijelaskan melalui hadis di atas. Namun demikian perlu diingatkan bahawa bejabat tangan itu hanya dibolehkan lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan sabaja.
Di samping itu Islam membolehkan bersalaman antara lelaki Islam dengan lelaki bukan Islam. Begitujuga perempuan Islam dibolehkan bersalaman dengan perempuan bukan Islam, dengan maksud supaya tidak rasa kecil hati atau tersisih serta bertujuan bagi mewujudkan perpaduan ke arah keamanan hidup semata-mata.
HUKUM BERSALAMAN LELAKI PEREMPUAN
Syariat Islam melarang sama sekali untuk bersalaman antara lelaki dan perempuan yang tidak ada pertalian persaudaraan. Ringkasnya yang batal air sembahyang dan dibolehkan berkahmin, melainkan dengan berlapik. Apa yang dinyatakan di atas berdasarkan mazhab Syafie dan juga telah dinyatakan oleh Sheikh ‘Athiah Saqar dari Majlis Fatwa Al Azhar dengan katanya berdasarkan kaedah mazhab Syafie:
‘Tidak halal bersalarnan antara lelaki dan perempuan melainkan dengan berlapik.’
Ini berdasarkan ayat al Quran yang berbunyi:
‘Ataupun kamu sentuh wanita maka tiada kernudahan air untuk kamu berwuduk maka hendaklah karnu tayammum dengan tanah yang suci.’ (Surah Al-Nisa’: 43)
Berdasarkan ayat ini mengilcut mazhab Imam Syafie adalah batal wuduk sekiranya bersentuh lelaki dengan perempuan, maka dengan demikian adalah haram bersentuhan dengan sengaja sama ada secara bersalaman atau lainnya. Sama ada dengan rasa keinginan atau tidak, bersalaman tidak boleh kecuali dengan berlapik atau beralas.
Manakala jumhur, iaitu (Hanafi, Maliki dan Hambali) berpendapat tidak mengapa sekadar bersalarnan antara lelaki dan perempuan sekiranya tidak ada keinginan nafsu antara mereka.
Walau bagaimanapun menurut fatwa Sheikh Mohd Mutwalli al-Sha’rawi menyatakan bahawa tidak digalakkan bersalaman antara lelaki dengan perempuan sekalipun disertakan dengan niat sekadar bersalaman sahaja. Kerana ini adalah peraturan dari hukum syarak ditakuti akan wujud bibit-bibit keinginan nafsu syahwat melalui antara dua tangan yang bersalaman tadi. (Rujuk Muhd. Mutwali Al-Sya’rawi. T.T. 157).
Menurut mazhab Syafie seandainya bersalaman tanpa lapik adalah berdosa kerana sentuhan di antara dua tangan yang bukan mahramnya (bukan ibu bapa atau saudaranya) wajiblah beristighfar dan bertaubat memohon keampunan dari Allah. (Rujuk Al-Imam Abi Zakaria Yahya bin Syarafi Al- Nawawi Al-Demsyacli. 1992. hlm. 185-186).
Masalah ini jika hendak diperkatakan dianggap sesuatu yang ringan dan remeh di kalangan orang Islam. Sebenamya ia adalah besar dan berat di sisi Allah dan di sudut akhlak orang Islam, lebih-lebih lagi di kalangan anak-anak muda dan remaja kerana ini membawa saharn kepada gejala gejala yang lebih besar. Sebab itulah dari menularnya permasalahan yang lebih besar maka jalanjalan yang mendorong ke arahnya mesti dihalang terlebih dahulu. Soal ini ditegaskan berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ma’qal bin Yasar telah menceritakan bahawa Rasulullah pernah bersabda dengan katanya:
‘Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lehih haik baginya dari menyentub kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.’ (Riwayat Baihaki)
Hadis ini menunjukkan bahawa syariat Islam menegah sama sekali menyentuh jasad wanita yang sihat dan sempurna serta normal, kecuali apabila wanita itu didapati sakit atau memberi pertolongan cemas ataupun dengan maksud mengubat, maka ini dibolehkan di sisi syariat sekadar yang sepatutnya dengan ertikata memberi pertolongan serta disaksi olch orang lain iaitu bukan herdua duaan dan tidak sekali kali melampaui batasan. (Rujuk Muhd. ‘Abdul Raof Al-Manawi. 1972. hlrn. 258)
CARA MEMBERI SALAM ANTARA LELAKI DAN WANITA
Suka dinyatakan di sim bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa memberi salam kepada kaum wanita dengan ucapan ‘Assalamualikum’ serta memberi isyarat sebagai penghormatan dengan mengangkat tangan sahaja dan tidak bersalaman dengan berjabat tangan. Soal ini telah diceritakan oleh Asma’ binti Yazid melalui sepotong hadis:
‘Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melambai di perkarangan masjid pada suatu hari didapati sekumpulan kaum wanita sedang duduk di sisi masjid. Maka Rasulullah s.a.w. mengangkat tangannya sebagai tanda penghornnatan dengan mengucapkan kalimah salam.’ (Riwayat Tarmizi)
Demikianlah perbezaan amalan bersalaman antara lelaki dan perempuan namun ganjarannya adalah sama di sisi Allah dengan mendoakan semoga selamat sejahtera, asalkan salam yang diberi itu betul dan ikhlas, Allah sahaja yang membalas.
(3)-Minta Izin
Salah satu yang menjadi kelaziman ke atas orang Islam apabila terjalin pergaulan sesama mereka ialah hendaklah meminta izin antara satu sama lain ketika berada di ambang pintu untuk memasuki ke ruang rumah yang dilawatinya. Ini adalah satu kewajipan yang merupakan ciri akhlak yang telah ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran sepertimana firmanNya:
‘Wahai orang orang yang beriman janganlah kamu masuk ke dalam sesehuah rumah yang bukan rumah kamu sehinggalah kamu meminta izin dan memberi salam ke atas ahli keluarga rurnah tersebut yang demikian itu adalah febih baik semoga kamu dapat mengambil peringatan.’ (Surah Al-Nur: 27)
CARA MEMINTA IZIN
Cara meminta izin yang telah ditetapkan dalam al-Quran ialah dengan memberi salam sebanyak tiga kali kepada ahli keluarga yang menjadi penghuni sesebuah rumah yang hendak diziarahi. Sekiranya diberi keizinan hendaklah masuk dengan baik, seandainya tidak diberi keizinan hendaklah pulang dengan cara yang baik tanpa ada sebarang keraguan atau rasa sedih. Ahli keluarga atau tuan rumah itu mungkin mempunyai sebab-sebab tertentu yang menyebabkan dia menolak kedatangan anda pada waktu itu.
Mengambil langkah untuk pulang ini memang disuruh oleh Allah kepada hamba Nya melalui firman Allah:
‘Dan iika dikata kepada kamu pulang, olehmu, maka hendaklah kamu pulang kerana ini adalah sebijak bijak tindakan bagimu, dan Allah amat mengetahui dengan apa yang kamu lakukan.’ (Surah Al-Nur: 28)
ADAB MENUNGGU KEIZINAN
Ketika menunggu oleh seseorang yang meminta izin hendaklah menunggu dengan sabar sementara tuan rumah memberi keizinan dan menjemput sebagai tetamunya, janganlah anda berdiri di hadapan pintu yang terbuka luas dengan keadaan mata liar memandang mandang atau menjelingjeling ke dalam rumah melalui pintu yang sedang terbuka, atau menilik-nilik di celah-celah lubang pintu yang tertutup, kerana ini melambangkan keperibadian yang tidak elok dari segi akhlak dan juga anda dianggap kurang sopan.
Cara yang lebih baik telah ditentukan oleh sunnah iaitu berdiri dengan adab sopan serta tunggu dengan penuh kesabaran di hadapan pintu yang terbuka atau tertutup dengan memberi salam sebanyak tiga kali serta perhatikan apa yang ada di sekitar anda sahaja. jangan sekali kali cuba melakukan apa-apa tindakan melainkan tunggu dan lihat sahaja perkembangan dan tindakannya. Adab ini telah dinyatakan di dalam hadis melalui satu peristiwa yang dilalui sendiri oleh Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Sahli bin Saad Al-Sa’iedi:
‘Bahawa seorang lelaki telah mengintai Rasulullah s.a.w. melalui satu lubang ke dalam sebuah bilik yang mana Rasulullah sedang melilit serban di kepalanya. Setelah ia perasan ada yang mengintai latu Rasulullah berkata, “Kalaulah aku tahu bahawa kamu sedang mengintai nescaya aku cucuk mata kamu melalui lubang itu sesungguhnya di syariatkan keizinan itu disebabkan pandangan mata”. (Riwayat Bukhara Muslim, Tarmizi Dan Nasaie)
Hadis ini boleh dijadikan sebagai dalil bahawa penantian juga amat perlu kepada adab sopan yang melambangkan kesabaran dan keikhlasan diri dalam menghadapi sesuatu penantian. Tema dalam hadis di atas menunjukkan bahawa sikapnya yang tidak sabar membawa kepada keinginannya hendak tahu, dan ia melambangkan tidak ada amanah dalam jiwanya serta tiada bersopan dalam penantian dan bersikap mata keranjang membuatkan orang lain tidak senang dengan anda.
PERATURAN MINTA IZIN
Apabila anda mengunjungi ke rumah sahabat lalu memberi salam sebagai tanda atau isyarat meminta keizinan lantas tuan rumah bertanya, “Siapa?”, maka jangan menjawab, “Saya, saya, saya”, bahkan hendaklah menjelaskan, “Saya bernama pulan bin pulan”. Bererti sebutkan nama secara jelas dan terang
ataupun sebutan panggilan-panggilan yang biasa dipanggil terhadap diri anda yang boleh membantu tuan rumah yang anda ziarahi itu mengenali anda secara jelas, seperti mana dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh jabir, katanya:
‘Aku (Jabir) datang ke rumah Rasulullah maka aku ketuk pintu rumah Rasulullah s.a.w. Maka kata Rasulullah, “Ini siapa?” Aku (Jabir) menjawab, “Saya”. Maka kata Rasulullah, “Saya, Saya, Saya”, seolah-olahnya Rasulullah tidak suka dengan jawapan begitu.’ (Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Sesungguhnya pengajaran dalam hadis di atas ialah dalam melaksana kehidupan ini tidak boleh lari dari keizinan, sama ada dengan kaum keluarga atau orang lain, kerana Islam menyuruh umatnya meminta izin sekalipun orang itu paling hampir dengannya dan tinggal bersama. Dengan keizinan akan terhapus segala kesangsian atau keraguan orang lain terhadapnya, sama ada ibu bapanya atau adik beradiknya lebih lebih lagi sahabat handai, kecuali keadaan memaksa atau kecemasan seperti pertolongan kebakaran dan waktu kesakitan dan sebagainya.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Dalam hal akhlak, Islam amat mementingkan saat keizinan ini dengan tujuan bagi menjaga tatasusila hidup yang penuh keharmonian iman dan jiwa yang taqwa lagi sihat, supaya tidak tersentuh dengan situasi yang tidak menyihatkan serta boleh mengeruhkan keadaan. (Rujuk Imarn Abi Muhd. Abdul Rahman Al-Mubarakfuri. 1353H. hlrn. 464).Oleh itu, jelaslah seandainya anda masuk ke mana-mana tempat yang sewajarnya perlu meminta keizinan terlebih dahulu, tetapi jika dilakukan sebaliknya, maka perbuatan itu adalah suatu perbuatan yang amat jahil dan dikesali lebih-lebih lagi jika ia berlaku di kalangan umat Islam, kerana ini bukan akhlak Islam yang diajar oleh nabi kita Muhammad s.a.w. Jangan sekali-kali anda memasuki ke rumah orang lain tanpa izin terlebih dahulu, patuhilah dengan penuh rasa keimanan, taqwa dan bertanggungjawab sebagai seorang muslim.
(4)-Kasih Mengasihi
Suatu yang sangat dituntut terhadap seseorang muslim ialah pergaulan sesama saudaranya wajib dilakukan dengan baik serta menggembirakan saudaranya. Dengan kata lain tidak membebankan saudaranya dengan sesuatu yang boleh melukakan hati atau menyusahkannya, serta rasa terganggu dan serba salah yang membawa ke arah mendukacitakan. Tanggungjawab ini amat dituntut di dalam Islam sepertimana diterangkan oleh Rasulullah s.a.w.:
‘Seseorang itu tidak beriman sehinggalah dia mengasihi terhadap saudaranya sepertimana dia kasih terhadap dirinya sendiri’ (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menjelaskan bahawa seseorang itu tidak dibenarkan sama sekali untuk menyakiti hati saudaranya, ataupun kawannya menyebabkan saudaranya kecewa menderita putus asa kerananya lebih-lebih lagi menyakiti tubuh badan seperti memukul, mencedera dan sebagainya, ataupun sesuatu yang menyebabkan dia teraniaya, seperti penipuan yang membawa ke arah kegagalan dalam kehidupan serta kesusahan sepanjang hayat. Semua ini ternyata dalam al- Quran dan al-Surmah dengan larangan yang amat keras dan tidak dibenar walau apa cara sekalipun.
KEWAJIPAN MENCERIAKAN PERGAULAN
Berdasarkan hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda:
‘Sesunggubnya amalan yang sangat dicintai Allah selepas melakukan ibadat fardhu oleh hambanya ialah mengembirakan hati saudaranya sesama Islam’ (Riwayat Baihaqi)
Hadis ini menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab seseorang hamba bagi menceriakan jiwa saudaranya. Lebih lebih lagi soal menghasilkan sesuatu keperluan atau mencapai kepentingan sesama muslim dalam masa seseorang itu mengejar sesuatu kerjaya dalam hidupnya. Adalah tidak wajar orang lain
menghalangnya bahkan dianjur supaya memberi bantuan ke arah usaha tersebut agar segera diperolehinya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. amat menggalakkan umatnya ke arah memberi pertolongan terhadap saudaranya untuk mencapai sesuatu hajat sepertimana dinyatakan di dalam hadisnya yang berbunyi:
‘Orang Islam adalah saudara bagi orang Islam yang lain, yang mana tidak boleh menzalimi antara satu sama lain, dan jangan mengabaikan pertolongan kepadanya dan sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah sentiasa menunaikan hajatnya, dan sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada bala atau sebarang kesusahan, Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari qiamat dan sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.’ (Riwayat Bukhari Dan Muslim, Abu Daud)
Melalui suruhan Rasulullah terhadap umatnya sepertimana yang difahamkan dalam hadis ini jelas menunjukkan bahawa menjadi suatu kewajipan ke atas orang muslim untuk berusaha bagi mengelokkan pergaulan sesama manusia dengan memberi pertolongan, bantu-membantu antara satu sama lain. Apabila terdapat sesuatu permusuhan atau pertengkaran bersegeralah untuk mendamaikan mereka, seperti firman Allah:
‘Tiada kebaikan dalam segala urusan yang mereka tempuhi melainkan menyeru ke arah kebenaran atau melakukan segala kebajikan ataupun mendamaikan di antara manusia yang bergaduh dan sesiapa yang melaksanakan demikian adalah untuk menuntut keredhaan Allah, semoga Allah berikannya pahala yang berlipat ganda’ (Surah An-Nisa’: 114)
Ayat ini bermaksud melarang kejayaan satu golongan yang seringkali merahsiakan dari golongan yang lain, sedangkan golongan yang menjadi mangsa itu juga berhak menerima kejayaan yang sama, maka cara ini seolaholah menunjukkan sifat tamak dan belot yang seringkali terjadi di kalangan umat manusia, lebih-lebih lagi zaman sekarang. Keadaan begini walaupun berjaya tetapi di sisi Allah adalah gagal disebabkan tamak dan belot tadi, bahkan menimbulkan perpecahan yang merugikan perpaduan ummah itu sendiri. (Rujuk Imam Fakhruddin Al-Razi, 1990. hlm. 33-34, juzuk 11)
MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
Kejayaan yang sebenar adalah sama sama bermuafakat ke arah kebaikan. Ini merupakan satu sedekah yang membawa perdamaian di kalangan manusia serta menghapuskan rasa irihati, prasangka, keraguan, dendam dan sebagainya. Penjelasan ini dihuraikan melalui hadis Rasulullah s.a.w.:.
‘Setiap ucapan salam dari seseorang ke atasnya adalah sedekah, setiap hari setelah naik matahari kamu bertugas mengadili di antara dua hamba Allah yang bertelagah adalah sedekah, memberi pertolongan untuk mengangkat barang keperluan ke atas kenderaan adalah sedekah dan bercakap dengan cakapan cakapan yang baik adalah sedekah dan setiap langkahmu untuk ke tempat sembahyang adalah sedekah, begitu juga kamu membuang duri atau apa-apa yang boleh menyakitkan orang di jalanan adalah sedekah.’ (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menunjukkan peranan tanggungjawab dan rasa kasihan belas serta timbang rasa terhadap orang lain itulah yang membawa kepada sikap keimanan itu sendiri dan ia perlu ditanam di dalam jiwa setiap muslim. Inilah yang dituntut di dalam pergaulan hidup bagi setiap lapisan masyarakat yang mengakui dirinya sebagai seorang muslim sepertimana sabda Rasulullahh s.a.w.:
‘Tidak beriman seorang kamu sehinggalah kamu kasib terhadap saudara kamu sepertimana kamu kasih kepada dirimu sendiri.’ (Riwayat Bukhari Muslim)
BERSAMA MENUJU KEREDHAAN ALLAH
Ternyata dalam kehidupan ini boleh dikatakan setiap masa dipenuhi dengan amalan kebajikan yang baik dan diberi ganjaran pahala oleh Allah kepada hamba-Nya yang melakukan kebaikan. Ganjaran ini amat mudah dan senang didapati asalkan apa yang dilaksanakan itu ikhlas kerana Allah s.w.t. Malangnya kebanyakan individu tidak nampak ganjaran dan wawasan terhadap kebaikan, sebaliknya merasakan dirinya hina atau diperbodohkan andai melakukan demikian. Keadaan ini adalah suatu kesilapan besar dalam perhitungan hidup yang sesingkat ini. Dalam menuju keredhaan Allah s.w.t. apa yang lebih malang lagi ialah manusia amat mudah terjerumus ke arah keburukan yang membawa dirinya menjadi keji, yang mana dia sendiri mengusahakan ke arah itu, seperti sifat sombong tidak mahu dikalahkan dan sentiasa menjadi pemenang dalam semua urusan serta menakutkan-nakutkan orang lain. Seringkali si lemah dan si miskin menjadi mangsa. Islam menetapkan kedudukan orang orang yang suka membuat ugutan dengan menakut-nakutkan saudaranya dan membuatkan saudaranya merasa sedih, takut, kecewa dukacita dalam hatinya sebagai zalim. Hukuman ini telah ditegaskan oleh Rasulullah dalarn hadis yang berbunyi:
‘Sesungguhnya seorang lelaki telah mengambil kasut lelaki lain lalu disembunyikannya dengan tujuan hendak bergurau, maka diberi tahu kepada Rasulullah s.a.w., maka jawab Rasulullah jangan kamu menakut-nakutkan saudara kamu sesama Islam, maka sesunggunya menakut-nakutkan saudara kamu itu merupakan kezaliman yang amat besar dosanya.’ (Riwayat Thibrani)
Jelas sekali hadis ini menyatakan kedudukan dan hukuman bagi orang yang suka menakut nakutkan orang lain dengan perbuatan ataupun perkataan yang merupakan ugutan itu suatu kezaliman. Di dalam hadis yang lain pula Rasulullah menegaskan perilaku orang yang suka memandang orang lain dengan wajah yang menggerunkan, melalui sabda Nabi s.a.w.:
‘Barangsiapa yang melihat kepada mana-mana orang Islam dengan satu pandangan yang menakut nakutkannya melalui kegeraman walahnya tanpa ada sebarang sebab untuk melakukan demikian maka Allah akan menakutkannya di hari kiamat (seperti apa yang dilakukan terhadap saudaranya di dunia)’. (Riwayat Thibrani)
Berdasarkan hadis di atas sekiranya ada sebab sebab tertentu dan berhak dilakukan demikian seperti ibu bapa mengajar anak, guru mengajar murid dengan memberi arahan arahan tertentu secara tegas maka ini dibolehkan dengan maksud rnendidik. Namun demikian Rasulullah melarang keras bagi orang yang mengacu-acukan senjata tajam kepada orang lain sama ada secara melawak ataupun bertujuan menakut-nakutkan. Andai kata melakukan dernikian malaikat akan melaknatnya hingga ke akhir usianya di dunia ini, sepertimana dalil yang dijelas oleh Rasullah s.a.w.:
‘Sesiapa yang mengisyaratkan atau mengacukan-acukan sebarang senjata tajam yang diperbuat daripada besi, maka sesungguhnya malaikat akan melaknatnya hingga ke akhir hayat sekalipun dia mengisyaratkan kepada saudara seibu atau saudara sebapanya sendiri’ (Riwayat Muslim)
Hal ini dipandang berat oleh syariat kerana senjata itu dijadikan sebagai alat untuk mencari rezeki, bukan untuk menakut-nakutkan orang lain ataupun mengancam sesama sendiri yang mungkin mencetuskan suasana tidak aman, darurat yang mungkin membawa ke arah hidup yang tidak ada kesejahteraan dalam masyarakat. (Rujuk Zainul ‘Abidin Ibnu Rajah Al-Hamnbali Al-Baghdudi. T.Tarikh. hlrn. 145)
Dengan demikian dalam merealisasi hidup ini Allah s.w.t. telah menentukan cara hidup kepada hambanya dengari baik seperti bersaudara sesama Islam, bukan secara sebaliknya, dengan harapan setiap muslim itu akan kembali kepada Allah dengan penuh keredhaan-Nya sebagai ganjaran ketaatan hamba terhadap segala suruhan Allah sebagai khalifah di muka bumi yang mana semua amalan akan dihitung semula.
(5)-Menepati Janji
Perkara yang sangat dituntut terhadap orang Islam ialah menunaikan janji setelah berjanji sama ada sesama muslim ataupun sebaliknya. Menunai setiap apa yang dijanjikan sangat dituntut dalam Islam sama ada perkara yang dijanjikan itu kecil ataupun besar selagi perkara itu tidak membawa kepada maksiat atau pergaduhan.
Firman Allah dalam al Quran:
‘Dan tunai olehmu akan janji sesungguhnya janji itu sesuatu tanggungjawab’ (Surah Al-Esw: 34)
Dalam ayat di atas Allah s.w.t. menyuruh semua hamba-Nya supaya menepati janji apabila dia berjanji dan hendaklah berpegang dengan janji apabila seseorang itu telah berjanji pada waktu dan tarikh yang dijanjikan. Maka hendaklah dia tunaikan pada waktu dan tarikh yang telah dipersetujui itu, walau apapun halangan mestilah menepatinya. Peningkatan prestasi serta lambang keperibadian muslim yang baik dan disenangi adalah terletak pada ketegasan dalam menepati janji. Andainya terdapat sesuatu yang tidak boleh dielakkan, hendaklah dibatalkan ataupun diubah tarikh dan waktunya secara terbaik seperti isytihar kalau bedanji dengan pihak umum atau secara telefon sekiranya dengan individu, supaya pihak lain tidak ternanti nanti.
KEDUDUKAN JANJI
Menunaikan janji adalah diwajibkan ke atas setiap muslim yang membuat janji tidak terkecuali melainkan apabila terdapat keuzuran, maka ia boleh ditangguhkan ataupun sebagainya sepertimana telah dijelas di atas tadi. Persoalan menepati janji amat dituntut dalam Islam kerna menepati janji ini merupakan penyempurnaan keperibadian seorang muslim dalam agama Islam, sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.:
‘Tanda orang munafik itu ada tiga perkara apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri janji dan apabila dia diamanahkan dia mengkhianati’. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam berjanji amat penting untuk mengingati dan ditunaikan kerana nilai diri seseorang muslim sebahagian daripadanya terletak pada kedudukan dan tanggungjawab menepati janji. Seandainya berjanji dan seringkali tidak ditepati maka kepercayaan orang lain terhadap seseorang itu semakin menurun dan berkurangan. Sebab itulah jangan mudah menerima janji serta berhati-hati terlebih dahulu, sekiranya diterima adakah boleh ditepati atau sebaliknya. Rasulullah s.a.w. amat berpegang dengan janji. Setiap janji Rasulullah tidak pernah mencuaikannya bahkan dia tunggu sehingga pihak yang dijanjikan itu datang menemuinya. Kisah ini sepertimana didwayatkan dalam satu hadis daripada Abdullah bin Abi alHamsa’ ra. berkata:
‘Aku telah membuat satu perjanjian dengan Rasulullah sebelum dia dibangkitkan menjadi Rasul, dengan menjual suatu barang, setelah terdapat baki yang tidak dapat diselesaikan ketika itu dan aku berjanji untuk datang menyelesaikannya di suatu tempat, maka aku terlupa perjanjian yang dibuat bersamanya. Kemudian aku teringat selepas tiga hari maka aku datang. Tiba-tiba aku dapati Rasulullah berada di tempat itu, lalu beliau berkata, “Wahai pemuda! Sesungguhnya kamu telah menyusahkan ke atas aku, aku berada di sini semenjak tiga hari menunggu kamu”. (Riwayat Abu Daud)
Dari hadis di atas timbul persoalan mengapa Rasulullah amat berpegang pada janji sehinggakan beliau sanggup tunggu sampai tiga hari berturut-turut? Untuk menjawabnya perlu dijelaskan kedudukan janji pada syariat. Ia merupakan suatu tanggungjawab sebagai satu amanah yang mesti ditunaikan antara dua orang yang berjanji, setelah dipersetujui antara dua belah pihak, maka apabila mengingkari perjanjian yang telah dipersetujui bererti mengabaikan amanah. Oleh itu kedudukan orang yang demikian adalah munafik sepertimana dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis tersebut di atas yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Sebab itulah umat Islam disuruh menunaikan janji apabila mereka berjanji. Sekiranya diragui tidak dapat menunainya jangan sekali-kali membuat janji, kerana ia adalah berat dan membawa kepada salah satu tanda daripada tanda-tanda munafik. (RujukIbnu Haiar Al-Asqalani. 1978. hlm. 218, juzuk 22) Seorang penyair telah mengambarkan sikap mungkir janji dengan tujuan untuk menghindarkan daripada sikap tidak menepati janji bila seseorang itu berjanji dengan katanya:
‘Jangan kamu merungut apabila suatu masalah tidak dapat diatasi. Sesungguhnya penyempurnaan terhadap satu janji dalam suatu perkara dengan perkataan “Ya”. Sebaik baik perkataan “Ya” selepas “Tidak”, dan seburuk buruk perkataan “Tidak” selepas pengakuan “Ya”. Sesungphnya “tidak” selepas “ya”, suatu yang tidak diingini. maka dengan perkataan “tidak”, mulalah meringan meringankan tanggungjawab, dan mulalah hidupmu dipandang ringan yang membawa penyesalan selama lamanya. Dan apabila kamu berkata “Ya”, maka sabarlah terhadap kesanggupan itu, dengan tujuan menjayakan perjanjian bagi mengelak bersalahan janji untuk menjauhi dari kamu dikeji.
(6)-Tolong-Menolong
Kehidupan manusia di seluruh pelosok alam ini tidak dapat lari dari suasana dan keadaan yang berbeza-beza, iaitu ada yang kaya, miskin, kuat dan lemah tubuh badan, ada yang sihat dan ada yang sakit, ada pula yang tua dan ada pula yang masih muda, ada yang alim dan ada yang jahil. Golongangolongan ini sentiasa berhajat dan saling memerlukan antara satu sama lain.
Sebab itulah agama Islam amat menggalakkan setiap orang Islam sama ada lelaki ataupun perempuan supaya memberi pertolongan kerana perbuatan itu merupakan suatu kemuliaan yang amat penting dalam kehidupan harian, dan juga setiap pekedaan. jadikanlah pertolongan itu sebagai satu sifat kebiasaan dalam pergaulan. Oleh itu berilah pertolongan-pertolongan yang diharuskan pada syarak. Sesungguhnya Islam amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan pertolongan terhadap amalan-amalan kebaikan yang memberi manfaat kedua-dua belah pihak semasa hidup di dunia dan juga di akhirat nanti, seperti firman Allah s.w.t.:
‘Tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan sekali kaii kamu memberi pertolongan di atas perkara kejahatan dosa yang membawa kepada perseteruan, dan takut olehmu akan Allah. Sesungguhnya Allah akan mengenakan seksaan yang amat dasyat.’ (Surah Al-Maidah: 2)
Apa yang menggembirakan kita hari ini ialah kebanyakan orang suka bantu-membantu antara satu sama lain. Sebagai contoh kebanyakan kita yang mempunyai kenderaan pacuan empat roda sering memberi pertolongan kepada mereka yang berjalan kaki membawa bersama barang-barang keperluan yang berat dijinjing saban hari. Bantuan yang dihulurkan ini dapat meringan dan menjaga kesihatan si miskin untuk menyambung kehidupan di hari muka dan menjamin tanggungiawabnya terhadap anak anak yang masih kecil. Gambaran ini alangkah bahagia andainya keseluruhan tanggungjawab sebagai amanah menjadi kenyataan tanpa kekeliruan dalam masyarakat.
Hal ini amat perlu diambil perhatian bagi menjaga kepentingan asas, iaitu keringanan yang membawa kepada kesihatan dalam pergaulan. Begitu juga ahliahli ilmuan yang sentiasa memberi ilmu pengetahuan di masjid ataupun melalui ceramah dan seminar, agar menjadi panduan dalam kehidupan yang lebih bermakna dan bernilai serta diredhai Allah. Manakala orang yang mempunyai kelebihan rezeki akan memberi pertolongan kepada anak-anak yatim dan orang miskin dengan memberi sedekah. derma, hadiah seperti wang ringgit ataupun makanan dan pakaian yang disumbangkan dari penghasilan harta mereka yang melimpah ruah setiap masa. (Rujuk Al-Qurthubi, T.Tarikh. hlm. 2034-2035)
Begitulah hendaknya dalam kerukunan hidup di dunia, sentiasa memberi pertolongan kepada yang memerlukan semoga Allah memberi pertolongan kepada orang yang bersifat pemurah agar dia mendapat kelapangan di dunia dan akhirat. Pertolongan beginilah yang dituntut oleh syariat Islam supaya hidup ummah sentiasa terjamin dan kukuh melalui tolong-menolong serta mengeratkan persaudaraan dan merapatkan silatulrahim yang disertai ganjaran pahala dari Allah yang tidak terhingga.
Keadaan tolong menolong dan kerjasama begini sentiasa dituntut supaya kebaikan itu sedia terpancar dari keperibadian seorang muslim berdasarkan kata kata imam Malik:
‘Apabila seseorang insan itu tidak memperlibatkan kebaikan pada dirinya maka orang ramai tidak mengakui kebaikan padanya.’
HIKMAH TOLONG MENOLONG
Tolong-menolong dapat memberi keringanan antara satu sama lain. Di samping itu tolong menolong juga dapat mengeratkan kasih sayang yang dipupuk di sebalik pekerjaan yang sama sama dilakukan, serta mewujudkan sikap saling hormat menghormati di antara individu dalam masyarakat. Maka dengan demikian suatu ummah itu dengan sendirinya akan kukuh dan dipandang mulia oleh bangsa lain. Berdasarkan apa yang dimaksudkan oleh Imam Malik tadi, seseorang itu tidak boleh mengabaikan pertolongan terhadap orang lain melainkan dia hendaklah memulakan terlebih dahulu akan segala kebaikan sebelum orang lain melakukan kebaikan kepadanya. Rasulullah s.a.w. amat gembira sekiranya umat Islam dapat memberi pertolongan dan menjamin kesempitan ekonomi orang lain dalam mengharungi kehidupan yang serba gawat, sepertimana satu kisah yang terjadi pada Rasulullah sendiri yang menceritakan keadaan kegawatan terhadap satu kaum.
Suatu kisah yang diriwayatkan oleh ‘Umar bin Jabir, pada suatu hari, di waktu tengah hari beliau (‘Umar bin Jabir) sedang berehat-rehat bersama-sama Rasulullah, tiba-tiba datang satu kaum yang sangat miskin dalam kehidupan seharian pekerjaan mereka sebagai pemburu, keadaan ekonomi sangat lemah. Rasulullah amat simpati dan berubah wajah menampakkan kesedihan. Oleh kerana kaum ini sangat mundur dan berhajat kepada pertolongan pada waktu itu, maka Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumah kediamannya, kemudian beliau keluar dan menyuruh Bilal melaungkan azan dengan tujuan memanggil orang ramai supaya berhimpun. Kemudian Rasulullah sembahyang sunat dua rakaat dan baginda terus berpidato dengan tujuan meminta orang ramai agar memberi pertolongan dan bantuan kepada kaum yang datang supaya dapat melapangkan keadaan ekonomi kaum tersebut. Tidak lama kemudian datanglah seorang lelaki bersedekah dengan memberi wang ringgit, pakaian danjuga bahan-bahan makanan, selepas itu diikuti beberapa orang lelaki yang terdiri dari pada golongan Ansar dengan memberi bantuan seperti makanan, pakaian yang secukupnya kepada kabilah tersebut, sehinggalah Rasulullah s.a.w. berkata, “Bersedekahlah kamu walaupun sebiji buah tamar”, kata kata Rasulullah itu memperlihatkan wajahnya kembali bersinar putih bersih tanda kegembiraan di atas sambutan oleh orang ramai itu, kemudian Rasulullah bersabda:
‘Sesiapa yang menyumbang ke arah pembangunan Islam akan satu sumbangan yang baik, maka baginya pahala di atas apa yang disumbangkan dan pahala sesiapa yang beramal dengan sumbangan tersebut dengan tidak mengurang sedikit pun pahala mereka, dan sesiapa yang menyumbang dalam Islam ke arah keburukan adalah baginya dosa dan dosa orang yang beramal dengannya selepas dari mereka, tanpa mengurang sedikit pun dosa mereka yang sedia ada.’ (Riwayat Muslim)
Pengajaran daripada hadis di atas dapat difahami bagaimana Rasulullah membuka jalan sebagai laluan kepada orang Islam untuk menolong saudaranya yang kesusahan dalam, kegawatan ekonomi, menghadapi situasi mengharungi arus kehidupan, serta membasmi kerniskinan dan kefakiran dengan apa sahaja yang mampu diberi sebagai tanda simpati serta menghulur bantuan sama ada makanan, pakaian ataupun wang ringgit.
BALASAN TOLONG MENOLONG
Tolong-menolong merupakan satu ibadat dalam kehidupan muslim yang sangat digalakkan oleh syariat Islam ke arah memberi pertolongan secara ikhlas dan Allah memberi ganjaran yang sama di akhirat seperti mana tersebut dalarn hadis Rasulullah s.a.w.:
‘Orang Islam adalah bersaudara sesama Islam tidak boleh menzaliminya dan membeban sesuatu yang memberatinya dan siapa yang menunai sesuatu hajat saudaranya, maka Allah akan menunaikan hajatnya, dan sesiapa yang melepaskan sesuatu bala orang Islam, Allah akan melepaskan segala bala kesusahannya di akhirat, dan sesiapa yang menutup keaiban mana-mana orang Islam Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat.’ (Riwayat Bukhari)
Berdasarkan hadis di atas difahamkan betapa besar ganjaran orang-orang yang suka memberi pertolongan kepada orang lain, sekiranya pertolongan itu adalah ikhlas kerana Allah. Di samping itu juga sedap pertolongan yang diberi perlu ada sifat ihsan, baik hati dan lemah lembut berserta dengan perasaan kasihan belas, kerana ini akan membawa kepada sikap bertanggung jawab, tidak angkuh dan ini merupakan kriteria orang orang yang berakhlak mulia, sepertimana yang digambarkan melalui sifat dan akhlak Rasulullah s.a.w.
‘Sesungguhnya akhlak Rasulullah itu ialah sepertimana yang terdapat dalam al- Quran.’ (Riwayat Bukhari Muslim)
Dan seperti mana akhlak yang tersebut dalam hadis im merupakan satu akhlak yang tinggi di sisi Allah dan dijanji ganjarannya di hari kiamat serta lepas segala balajuga apa-apa rintangan di hari pembalasan. Untuk mendapat semua yang tersebut tadi kita mesti melaksanakannya dengan penuh kesabaran, andainya ada tersilap atau tersalah dari segi cakap atau tutur kata yang tidak sengaja mestilah dimaafkan kerana sifat kemaafan ini semulia mulia sifat dalam Islam, orang yang bersifat pernaaf juga amat mudah dimustajabkan segala doanya oleh Allah, kerana dengan sifat pemaaf ini ia tidak pernah menzalimi atau menginaya orang lain.
(7)-Menahan Marah
Dalam pergaulan seharian, kita sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari keterlanjuran dalam percakapan, perbuatan atau tingkah laku yang boleh membangkitkan perasaan marah terhadap orang lain. Oleh yang demikian sebagai Muslim asas pergaulan mesti wujud dengan berlandaskan kesabaran. Ketika ini menahan diri dari marah dan memberi kemaafan pada orang mesti diamalkan sepertimana firman Allah:
‘Dan orang-orang yang sabar menahan diri dari marah serta orang yang memberi kemaafan terhadap orang lain. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang suka membuat kebaikan.’ (Surah Ali Imran: 134)
Menahan kemarahan atau sabar adalah sesuatu yang penting dalam hidup, kerana marah sangat bahaya dalam kehidupan seseorang. Sebab itulah Allah menjanjikan ganjaran yang sangat besar kepada sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan. Sabda Rasulullah s.a.w.:
‘Sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan dan dia boleh menghilangkannya, di hari kiamat kelak Allah memberi keutamaan dari makhluk-makhluk lain untuk dia memilih mana-mana pintu syurga yang dia mahu.’ (Riwayat At-Tarmizi)
Jelas dari hadis di atas bahawa orang yang dapat menahan dirinya dari mengikut nafsu marah dengan melenyapkan segala rasa dendam dari setiap peristiwa yang berlaku akan mendapat balasan di akhirat kelak, iaitu Allah anugerahkarmya dengan satu kelebihan untuk memilih syurga serta diberi keutamaan sama seperti orang-orang yang mati syahid. (Rujuk Al-Mubarakfuri. 1965, hlm. 166)
PUNCA MARAH DAN TINDAKANNYA
Al-Raghib menghuraikan perkataan Al-Ghaiz sebagai bersangatan marah, iaitu ledakan panas secara pantas yang terdapat dalam diri manusia. Ini adalah hasil dari tindakan marah dalam hati seseorang bilamana mendengar sesuatu yang menyentuh hal peribadi atau keluarganya. (Rujuk ‘Ali Al-Mugni al- Fayumi. T. Tarikh. hlm. 459-460)
Bagi pendapat Imam Muhd. ‘Abduh pula menjelaskan Al-Ghaiz iaitu perasaan marah merupakan penyakit yang terkena pada jiwa manusia apabila didapati kurang mendapat perhatian atau habuan dari hak yang sepatutnya didapati, seperti harta benda, pangkat dan kemuliaan. Penyakit marah ini lambat untuk sembuh serta akan melarat kepada penyakit dendam yang amat sangat dan ia seringkali membawa keinginan untuk membalas. (Rujuk Muhd. Rasyid Redha. Cetakan Ke 2. T.Tarikh. hlm.134).
Mengikut Zarnahsyari, pengertian Al-Kazim atau Al-Kazmu ialah simpan dalam hati, dapat dilihat dengan mata kasar terhadap tingkahlaku atau perangainya serta tidak nampak kesan pada seseorang. Lama-kelamaan ia akan hilang. (Rujuk Al-Zarnahsyari. 1987. hlm. 45)
Berdasarkan firman Allah dan hadis Rasulullah, ialah bertindak menahan diri dari marah atau dengan kata lain bertindak jangan mengikut perasaan marah serta awasi dengan penuh kesabaran. Oleh itu sepatutnya bagi setiap jiwa yang sabar mesti menjauhkan diri dari marah. Janganlah melaksanakan sesuatu perbuatan berdasarkan marah kerana ia akan menyakiti orang lain dengan perbuatan dan cakapan. Sebab itulah Rasulullah menjawab kepada pertanyaan sahabat dengan persoalan yang berbunyi:
“Wahai Rasulullah! Tunjukkan aku satu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga?” Jawab Rasulullah, “Jangan kamu marah, balasan bagimu adalah syurga”. (Riwayat Al-Thibrani Melalui Sanad Sahih)
MENGELAK DARI KEMARAHAN
Tabiat manusia suka berdepan dengan keburukan orang lain. Kadangkala tabiat itu membawa kepada dengki dan dendam. Segala cetusan ini adalah hasutan syaitan kerana pada waktu itu manusia sudah hilang pertimbangan lantas mereka mula bertindak di luar pemikiran yang wajar. Untuk mengelak persoalan tersebut setiap insan perlu mengawasi diri mereka supayajangan mengikut perasaan, atau jangan menyahut seruan dan panggilan orang yang sedang marah. Seandainya kita bedaya mengawasi dan menahan keadaan
demikian, maka itulah sifat orang yang bertakwa dan befirnan kepada Allah. (Rujuk ‘Abdul Hakim Assaid’ Adam, 1984. hlm. 34) Firman Allah:
‘Dan orang orang yang menahan dari kemarahan serta memberi kemaafan pada orang lain sesungguhnya Allah amat kasih terhadap orang yang berbuat baik’ (Surah Al-Imran: 134)
Berdasarkan pengajaran dari ayat tadi Allah menyeru hamba–Nya melakukan kebaikan sesama manusia apabila mereka menjalin persahabatan dalam pergaulan seharian.
Di sini kita dapati antara akhlak yang diajar oleh Allah kepada rasul-Nya Muhammad s.a.w. ialah adab pergaulan, seperti lemah lembut, berhati mulia, sabar dalam menghadapi situasi yang tidak diingini, pemaaf, berdamai dan menahan marah. Sebagai dalilnya Allah berfirman:
‘Ambil olehmu wahai Muhammad jalan kemaafan dan suruh umatmu melakukan kebaikan dan berpaling olehmu dari orang-orang yang jahil.’ (Surah Al-A’raf: 199)
Ayat ini menegaskan bahawa kemaafan adalah lambang kemuliaan akhlak ketika hendak bekerjasama dengan orang lain. Andai terdapat sikap atau tingkah laku yang kurang menyenangkan, atau mempamerkan keperibadian yang kurang sopan dan akhlak yang rendah, kita hendaklah menjauhkan diri dan jangan melayani mereka. (Rujuk Al-Razi. 1990. hlm. 78. Juzuk 15). Sebab itu ketika turun ayat ini Rasulullah bertanya kepada Jibrail:
“Wahai Jibrail! Apa maksud ini?” Kata jibrail, “Wahai Muhammad! Sesungguhnya Tuhan kamu berfirman dengan maksud: Hendaklah kamu sambung silatulrahim dengan sesiapa yang memutus persahabatan denganmu, dan hendaklah kamu menghulur pemberian kepada sesiapa yang menegah pemberiannya pada kamu dan hendaklah kamu maafkan sesiapa yang menzalimi kamu”.
Melalui ayat dan hadis ini Allah menyuruh hamba-Nya memaafkan kesalahan orang lain, menghormati orang yang tidak menghormati orang lain (dengan maksud sombong dan angkuh) dan merapatkan silatulrahirn yang telah terputus. Inilah gambaran sebaik-baik akhlak yang dituntut oleh Allah. (Rujuk Al-Wahidi Al-Nisaburi. 1316H. hlm. 171). Sebab itu Rasulullah bersabda:
‘Kekuatan itu bukanlah ketika menang dalam pertarungan, sesungguhnya kekuatan yang sebenar dapat menahan dari kemarahan.’ (Al-Bukhari)
Sebab itu para ularna dan ahli psikologi sependapat bahawa orang yang pemarah dan berani melakukan sesuatu di luar landasan akhlak itu ialah mereka yang termasuk dalam golongan bodoh dan tidak normal jiwa dan fikiran kerana mengikut nafsu dan perasaan semata mata, bukan mengutamakan pernikiran yang bijak. Tetapi orang yang berani sebenarnya ialah mereka yang dapat mengawal diri serta nafsu marahnya dengan penuh kesabaran serta dapat memaafkan segala kesilapan yang dilakukan oleh orang lain terhadapnya, sekali gus menggambarkan dialah orang yang cerdik dan bijak. Berdasarkan firman Allah:
‘Dan bagi sesiapa yang sabar dan sentiasa memberi keampunan yang demikian itu termasuk golongan yang melaksanakan setiap yang dituntut.’ (Surah Al-Syura: 43)
Dari keterangan ayat ini tidak hairanlah bahawa jiwa Rasulullah s.a.w. tidak pernah terguris atau marah. Sebab itu jiwanya diibaratkan sebagai lautan yang tidak akan keruh bila dicampak batu ke dalamnya. Dalam al-Quran Allah berfirman:
‘Dan balasan jahat itu ialah jahat seumpamanya maka sesiapa yang memberi kemaafan serta berdamai ganjarannya ke atas Allah yang membalasnya.’ (Surah Al-Syura: 40)
Melalui ayat ini dapat direnungi betapa agung akhlak Rasulullah seperti yang dijelaskan melalui gambaran kemuliaan peribadi junjungan kita Muhammad s.a.w.
Adalah jiwa Nabi s.a.w. bagaikan lautan bila dicampak batu kedalamnya tidak akan keruh dan tidak akan kering berkali kali ditimba airnya, tidak ada suatu perasaan hanya lemah lembut dan sabar, bagi orang orang yang sabar sahaia mengenali sifat ini. Sebagai cara ke arah penyelesaian, Nabi s.a.w. tidak melayani sebarang yang menyakiti melainkan kesabaran dan tidak pernah merasa rugi segala perbuatan orang orang jahil melainkan menolak secara lemah lembut, dan tidak berhasrat membuat penentangan melainkan sekiranya ada pencerobohan yang diharam oleh Allah maka dia menentang kerana Allah. (‘Ali Said Farahali 1985. hlm. 89-91)
Dari gambaran hadis di atas jelas sikap Rasulullah s.a.w. sepanjang hayatnya sebagai seorang yang pemaaf, penyabar dan tidak pernah marah. Melalui sejarah kita dapat melihat betapa banyak perbuatan jahiliah yang menyakiti Rasulullah, namun beliau tetap sabar, tidak marah, malah memberi kemaafan terhadap segala keburukan yang dilakukan terhadapnya. Di samping itu baginda berdoa:
‘Ya Allah! Beri olehmu petunjuk pada kaumku ini sesungguhnya mereka tidak mengetahui.’ (Al-Bukhari)
SABAR DAN KEBAIKANNYA
Sabar merupakan satu ungkapan yang mudah disebut tetapi sukar dilaksanakan. Namun demikian sabar boleh dilatih dan diajar pada jiwa yang agresif, keluh kesah dan pemarah dengan mengingati Allah dan berzikir selalu. Firman Allah:
‘Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu dapat menenangkan hati.’ (Surah Al-Ra’dhu: 28)
Dari hati yang tenang akan menjadikan seseorang itu sabar. Firman Allah:
‘Maka sabar olehmu bahawa kesabaran merupakan suatu yang indah.’ (Surah Al-Maarij: 5)
Pada ayat yang lain Allah berfirman:
‘Dan sekiranya kamu bersifat sabar itulah kebaikan bagi orang-orang yang bersabar.’ (Surah Al-Nahl: 126)
Sabar amat pahit dirasai tetapi hasilnya manis sekali. Itulah ungkapan yang sering didengar saban hari, namun manusia selalu kecundang di sebaliknya. Di sini kita perlu ingat sejarah perjuangan Rasulullah. Baginda telah membuktikan bahawa kejayaan baginda adalah berbekalkan kesabaran yang kuat sehingga golongan kafir Quraish menerima Islam kerana terpikat dengan kelembutan dan kesabaran baginda. Hal ini telah dibuktikan dalam sejarah pejuangan baginda dan kisah-kisah yang menjadi contoh kepada kita. Salah satu dari kisah tersebut adalah seperti berikut:
Sebelum memeluk agarna Islam Zaid bin Salanah telah datang menagih hutang kepada Rasulullah secara kasar iaitu dengan memegang bahu dan menarik baju Rasulullah serta meluahkan kata kata, “Kamu bani Abdul mutalib yang sukar membayar hutang”, lantas Zaid diherdik oleh Saidina Umar dengan mengeluarkan kata-kata yang kasar.
Rasulullah tersenyum kemudian berkata, “Antara aku dan Zaid bukanlah cara begini kau lakukan wahai ‘Umar. Sepatutnya kamu menyuruh aku supaya menjelaskan hutang dengan baik, dan kamu menasihati Zaid supaya menerima penjelasan hutangnya dengan baik”, kemudian Rasulullah menjelaskan keadaan sebenar dengan katanya, “Sesungguhnya baki dari hutang itu tiga cupak lagi”, lalu Rasulullah menyuruh Umar membayar dan diganda selain dari hutang itu dua puluh cupak lagi. Peristiwa itu meninggalkan kesan yang mendalam dijiwa Zaid serta menjadi impian untuk mendekati Rasulullah. Akhirnya impian itu menjadi satu dorongan yang membawa Zaid menerima Islam. Setelah berada dalam agama Islam, beliau menjelaskan bahawa kesabaran dan kelembutan Rasulullah itulah yang memadamkan segala api kemarahan yang akhirnya membawanya untuk bersama Rasulullah. (Rujuk Abdul Hakim Al-Sayid ‘Autlah. 1984. hlm. 60)
Dari kisah di atas didapati sikap yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. itu adalah lambang kernaafan, lemah lembut, serta bejiwa damai. Seterusnya sikap tersebut menberi kesan yang besar dalam perkembangan dakwah Islam. Bagi kita sebagai umat Islam sifat tersebut adalah sebaik baik contoh untuk diteladani dan diikuti kearah pengukuhan ummah.
BILAKAH MARAH ITU DIBOLEHKAN
Marah dibolehkan apabila terjadi sesuatu yang perlu ditentang dan dilawan, seperti pencerobohan terhadap jiwa, nyawa, harta dan pencabulan maruah atau kehormatan. Bagi melindungi harga diri daripada dicemari, kita perlu melawan dan menentang habis-habisan, sarna ada pada diri sendiri atau keluarga ataupun orang lain yang tidak kena mengena dengan kita. Perkara ini memang perlu diberi pertolongan untuk menyelamatkannya. Begitu juga pencerobohan terhadap agarnal seperti tempat ibadat dipermain-mainkan dan dicemari oleh seteru dan juga terhadap saudara seagama dengan kita dianiaya atau diseksa ketika ini perlu dimarahi dan ditentang kerana Allah. Tindakannya adalah pada hati dan jiwa yang berlandaskan akal yang waras. Perbuatan penentangan yang dilaksanakan perlu berdasarkan syariat, supaya tidak keterlaluan atau melampaui batas. (Rujuk Al-Manawir. 1972. hlm. 355. Juzuk 5) Sabda Rasulullah:
‘Bukanlah kekuatan itu ketika menang dalam pertarungan, sesungguhnya kekuatan yang sebenar dapat mengawal dari tindakan marah yang melampaui batas.’ (Al-Bukhari)
BALASAN ORANG YANG MENAHAN KEMARAHAN
Sesungguhnya menahan diri dari marah adalah sifat muttakin dan balasannya di sisi Allah adalah balasan orang-orang yang bertakwa. Dan Allah memberi jaminan kepada orang yang berjaya menahan kemarahan ini dengan memberi keutamaan di hari akhirat untuk memikh syurga yang ia mahu, berdasarkan dalil hadis:
‘Sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan dan ia berjaya menghilangkannya di hari kiamat kelak Allah memberi keutamaan dari sekalian makhluk sehingga ia memilih mana-mana pintu syurga yang ia mahu.’ (Al-Bukhari)
Dari pengajaran hadis ini sama samalah kita bersabar dan memberi kemaafan kepada orang lain kerana kemaafan itu lebih tinggi martabatnya dari menahan kemarahan. Namun demikian orang yang berjaya menahan diri dari marah ini sudah tentu ada padanya sifat pernaaf dan ihsan pada orang lain. Jiwa orang yang berjaya menahan marah juga sunyi dari sifat dendam, iri hati, dengki dan talam dua muka. Sifat-sifat buruk inilah yang menyebabkan seseorang itu tidak berjaya di akhirat, walaupun semasa hayatnya merupakan orang yang soleh dan taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Maka dengan ini sama samalah kita berdoa agar dijauhi sifat-sifat sedemikian, dengan doanya:
‘Ya Allah! Jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang dapat menahan kemarahan mereka, dan jadikanlah kami orang orang yang suka memberi kemaafan dan perdamaian. Kategorikanlah kami bersama orang orang yang beramal dengan mengikut apa yang diperintah oleh Allah, mengikuti penghulu segala nabi-nabi dan rasul-rasul iaitulah penghulu kami Muhammad Salailah ‘Alaihiwassalam. Ya Allah! terimakanlah doa kami.’
Demikianlah kriteria seorang muslim ke arah pergaulan menurut Al- Quran dan Al-Sunnah maka segalanya akan berjaya sekiranya setiap muslim itu beramal dengan sabar.
Wallahu’alam….