free tracking




≡ Menu

Masalah Asma Bagi Kanak-kanak

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
masalah asma,masalah lelah, masalah penat, masalah semput

Masalah asma atau gejala asma biasanya datang dan pergi begitu sahaja. Ianya kerap berlaku kepada kanak-kanak kerana kanak-kanak merupakan individu baharu yang masih belum mempunyai system ketahanan badan yang kuat untuk melawan penyakit asma. Asma merupakan penyakit kronik dan boleh juga menjadi kuat lazimnya disebabkan oleh salur pernafasan yang sempit berpunca daripada keradangan ataupun jangkitan salur pernafasan. Apabila ianya disebut jangkitan, maka punca utama yang boleh dikaitkan adalah melibatkan persekitaran, pemakanan dan juga alahan.

Serangan asma kepada kanak-kanak akan menjadi lebih kuat sekiranya tidak dirawat dengan betul. Tahap serangan asma bermula daripada ringan dan ianya juga boleh menjadi kronik yang mengancam nyawa membawa kepada kerosakan saraf otak disebabkan kekurangan oksigen atau lebih teruk lagi membawa maut. Perubahan dalam kes kronik ini boleh berlaku dalam masa satu jam, satu hari, satu minggu ataupun selanjutnya jika tidak dirawat.

Gejala asma kepada kanak-kanak adalah berbeza mengikut tahapnya. Antaranya ialah batuk dengan atau tanpa selsema berpunca daripada salur pernafasan yang kering lazimnya dikaitkan dengan persekitaran yang kotor atau suhu yang terlampau dingin. Oleh itu, elakkan persekitaran rumah yang berhabuk, sentiasa megemas dan juga elakkan anak anda tidur di dalam bilik berhawa dingin kerana perkara ini akan meningkatkan lagi risiko serangan asma. Selain itu, penghidap asma juga akan mengalami keletihan yang melampau, kulit yang pucat serta sakit di bahagian dada dan leher. Jika anak anda ada mengadu sakit dada atau mereka mudah letih ketika bermain, segeralah ke klinik untuk dikenalpasti, mungkin sahaja mereka menghidap asma pada peringkat awal.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Asma tidak boleh diubat, ianya hanya akan sembuh dengan system imunisasi yang kuat. Jangan terlalu panik, apabila anak anda semakin meningkat dewasa, masalah asma akan berkurang dan mereka akan sembuh. Sebagai tanda amaran, sering kali berjaga-jaga agar serangan asma dapat dikurangkan.Ianya boleh dikenalpasti sekiranya anak anda mengalami pernafasan yang seakan-akan bersiul. Namun begitu, apa yang perlu anda lakukan?

Bantu anak anda untuk berada di posisi relaksasi apabila asma menyerang. Jangan berlengah, segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan  inhaler khususnya bagi anak yang mengalami asma kronik. Bantu mereka untuk mengawal pernafasan agar stabil dan mendapat oksigen yang cukup untuk mengelakkan daripada serangan asma berlanjutan.

Dengan mengamalkan perawatan yang betul, masalah asma dapat dikurangkan dan ibu bapa tidak perlu risau lagi sekiranya serangan asma berlaku secara tiba-tiba. Sebagai ibu bapa anda perlu memberi perhatian yang lebih kepada anak yang menghidap asma. Perlu diingatkan bahawa jika anak anda menghidap asma kronik, sentiasa membawa ubat penenang atau inhaler kemana sahaja mereka pergi. Jangan biarkan anak anda bersendirian, sentiasa awasi aktiviti mereka. Semoga dengan perkongsian ini, dapat sedikit sebanyak membantu ibu bapa untuk mengatasi masalah asma dalam kalangan kanak-kanak.