free tracking




≡ Menu

Allah Tetap Suka!

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Dalam keadaan tertentu ketika melaksanakan ibadah, kita berada dalam keadaan tidak terurus, kusut dan sebagainya tetapi Allah tetap suka. Perhatikan contoh-contoh berikut:

Allah Menyayangi Makhluknya

Orang yang berpuasa akan mengalami perubahan bau mulut akibat perut yang kosong daripada dimasuki makanan.Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah berbanding bau kesturi.” (Riwayat Ahmad)

Orang yang berjihad, walaupun cedera dan mungkin keadaannya mengerikan serta berlumuran darah, akan dibangkitkan dalam keadaan demikian sebagai saksi jihadnya.Malah darah itu baunya sewangi kesturi.Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Demi yang jiwaku berada ditangan-Nya, tidaklah seseorang terluka di jalan Allah, dan Allah mengetahui siapa orang yang terluka di jalan-Nya, kecuali dia akan datang pada hari kiamat dengan lukanya yang mengalir darah.Warnanya warna darah, dan baunya bau kesturi. ” (Riwayat al-Bukhari)

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Orang yang berwuquf di Padang Arafah datang dalam keadaan berdebu dan kusut masai,tetapi Allah berbangga-bangga di hadapan malaikat tentang kehadiran jemaah haji ke padang Arafah.Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah berfirman: ‘Lihatlah hamba-hamba-Ku, mereka datang kepada-Ku dalam keadaan rambut kusut dan berdebu.'” (Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)

Semua keadaan ini disukai Allah kerana semua ini terhasil daripada ketaatan kepada Allah.Maha Suci Allah yang sangat adil dalam menilai sesuatu.Bukan fizikal yang menjadi ukuran, tetapi apa yang tersirat dalam hati itu yang Allah pandang.

Wallahu’alam….
Kredit: Bintu Ahmad l hasnulhadiahmad.com