free tracking




≡ Menu

Bahaya Kepak Ayam Pada Wanita

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Bahaya Kepak Ayam Pada Wanita

Pertumbuhan sista(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.

Kisah Benar, Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim, dan dia menjalani pembedahan untuk membuang sista tersebut. Sista yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.

Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya, tertanya-tanya tentang bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.

Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.

Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan sista yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam.

Sumber: informasikini.com

Wallahu’alam….

Sejauh Manakah Kebenarannya

Cuba perhatikan kenyataan yang disebarkan ini. Mesej yang cuba disampaikan ialah ‘jangan makan kepak dan leher ayam kerana di situ suntikan steroid diberikan’. Adakah ini bermakna memakan daging ayam di bahagian peha dan dada adalah selamat?

Hormon steroids semulajadi di tubuh

Tubuh manusia dan haiwan mempunyai hormone steroid semulajadi. Hormon ini seperti 17ß-oestradiol, progesterone dan testosterone adalah penting dalam tubuh bagi menjalankan sistem fisiologi dan pertumbuhan fizikal, serta seksual manusia dan haiwan. Tanpa hormone ini kita tidak membesar sebagai lelaki atau perempuan dan tidak mempunyai perasaan untuk berkahwin. Haiwan ternakan juga tidak akan membesar.

Oleh kerana hormone steroid semulajadi berada dalam tubuh haiwan, sama ada suka atau tidak, apabila kita makan daging haiwan ternakan, kita juga mengambil sekali hormon steroid yang ada pada haiwan itu.

Persoalannya, adakah hormone steroid semulajadi ini merbahaya kepada manusia yang memakan dagingnya. Bolehkah kita mendapat kesan sampingan apabila kita memakan daging haiwan yang mempunyai steroid semulajadi itu.

Secara perbandingan haiwan seperti lembu, kambing dan kerbau mempunyai kandungan hormone steroid yang lebih tinggi daripada haiwan burung seperti ayam dan itik.

Namun begitu, kandungan hormon ini adalah rendah dan tidak mengganggu kesihatan tubuh manusia jika daging haiwan itu diambil sebagai makanan. Lagi pun hormon steroid ini adalah hormone semulajadi dan mudah dihuraikan (metabolized) dan dibuang dari tubuh manusia.

Jadi jangan risau tentang hormon ini. Memakan daging tidak menyebabkan kita mendapat kesan buruk daripada hormone semulajadi ini.

Sayangnya, industri penternakan haiwan di seluruh dunia telah dicemari oleh sikap tamak penternak. Mereka menggunakan hormon steroid penggalak (growth-enhancing hormones) untuk menggalakkan tubuh haiwan ternakan cepat membesar dalam waktu yang singkat.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Penternak menggunakan beberapa jenis hormon steroid yang dijual di pasaran. Ada penternak yang menggunakan hormon steroid semulajadi seperti 17ß-oestradiol, progesterone dan testosterone. Ada juga penternak yang menggunakan hormone steroid yang bukan asli (sintetik) seperti zeranol, trenbolone dan melengestrol acetate (MGA).

Jika penternak menggunakan hormone semulajadi, ini akan menyebabkan kepekatan hormone dalam daging haiwan itu bertambah dan boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak baik. Ada beberapa kajian menunjukkan bahawa hormon steroid yang asli seperti 17ß-oestradiol boleh menyebabkan kanser.

Kepekatan hormone yang tinggi (walaupun ia hormone semulajadi) akan menggalakkan pertumbuhan kanser terutama pada orang yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser.

Jika penternak menggunakan hormone sintetik, ia tidak boleh metabolized atau dicerna dalam tubuh dengan sempurna. Ini juga akan memberikan kesan jangka panjang terhadap manusia apabila dimakan secara berpanjangan.

Oleh itu jika haiwan ternakan lembu diberikan suntikan ini (sama ada semulajadi atau sintetik) hormone ini boleh dipindahkan kepada tubuh tubuh manusia yang memakan dagingnya. Jika dos yang diberikan itu kecil, mungkin tiada kesan yang berlaku. Namun bagi orang yang mempunyai risiko tinggi mendapat kanser, dos yang kecil sudah cukup untuk memulakan proses pembentukan kanser. Jadi berhati-hatilah.

Untuk mengelakkan hal ini berlaku selalunya penternak tidak menyuntik haiwan ternakan mereka apabila menghampiri waktu penyembelihan. Ini memberikan masa untuk hormone steroid dicernakan, dan kepekatannya itu menjadi rendah .

Walaupun teknik ini sangat tidak beretika, ia masih diamalkan di kebanyakan negara ketiga. Negara seperti US, Eropah dan Kanada, mengharamkan teknik penyuntikan ini. Saya tidak pasti sama ada penternak di Malaysia menggunakan kaedah suntikan hormone steroid ini pada haiwan ternakan mereka.

Ayam ternakan juga disuntik?

Ramai yang beranggapan bahawa suntikan hormon ini dapat menambahkan berat haiwan ternakan. Sebenarnya ini tidak benar. Pertambahan berat badan bukan disebabkan oleh pertambahan jisim otot, tetapi pertambahan lemak di bawah kulit haiwan itu.

Penternak sebegini mengharapkan keuntungan cepat dengan penambahan berat bagi setiap ekor haiwan ternakan mereka apabila ditimbang untuk dijual. Pengguna akan tertipu kerana pertambahan berat ini disebabkan oleh penambahan lemak, bukan otot yang menjadi daging untuk dimakan.

Walaubagaimanapun, suntikan hormon tidak sesuai diberikan kepada ayam ternakan. Terdapat beberapa kajian saintifik yang mengatakan bahawa ayam disuntik tidak bertambah berat badannya. Untuk mendapat ayam ternakan yang besar, penternak harus memilih baka ayam yang baik, bukan dengan cara suntikan hormon. Ia tidak berkesan untuk ayam ternakan.

(Rujuk: Havenstein GB, Ferket PR, Qureshi MA (October 2003). “Carcass composition and yield of 1957 versus 2001 broilers when fed representative 1957 and 2001 broiler diets”. Poult. Sci. 82 (10): 1509–18)

Kaedah suntikan ini hanya berkesan diberikan kepada haiwan ternakan seperti lembu sahaja kerana harga suntikan hormone ini mahal. Ayam ternakan hanya disuntik dengan suntikan bagi tujuan pelali vaksin atau antibiotik bagi mencegah penyakit berjangkit di kalangan ayam-ayam ternakan.

Jadi suntikan hormone steroid ini biasanya dilakukan pada haiwan ternakan lembu bukan pada ayam atas faktor kos dan keberkesanannya. Saya yakin suntikan hormon steroid ini tidak diberikan pada ayam ternakan.

Walaubagaimanapun, cara terbaik untuk menghilangkan keraguan kita terhadap kesan hormon semulajadi dalam ayam ternakan, ialah dengan membuang kulit ayam dan merebus daging ayam dengan sempurna.

(Rujuk: “Survey of hormonal levels in meat and poultry sold in Alexandria, Egypt” Eastern Mediterranean Health Journal Volume 4, Issue 2, 1998, Page 239-243)

Wallahu’alam….

Oleh: Dr Zubaidi Hj Ahmad (220212) sila layari ke DrZubaidi.Com untuk rujukan dan maklumat yang lebih tepat klik di sini.

Comments on this entry are closed.

  • BroUtara November 5, 2011, 2:23 pm

    zaman sekarang ni..semua makanan dah tercemar…jadi pasni kita pakat2 ternak ayam sendiri…baru organik….apa mcm?…

    • raihana November 28, 2011, 12:56 pm

      makan ayam kampung je la..terbaik dr ladang..=)

  • kai November 7, 2011, 3:11 pm

    jom beli kat hpa..terbukti organik..jom jadi ahli hpa..
    emel enei2242@yahoo.com

  • yatt November 16, 2011, 12:27 pm

    thanks info yg sgt berguna ni…situasi pesakit2 sama mcm saya..lepas ni x pyah mkan kepak ayam dah

  • Retro November 27, 2011, 9:14 pm

    Bole nk mkn ayam, tp elakkan bhgn paha & kepak, tambah2 yg super @ hypermarket jual tuh….. tgk kulit dia pn dh bole tau

  • astina February 3, 2012, 10:22 am

    saya nekad..an berusaha perlahan-lahan untuk tidak makan kepak ayam dan leher ayam….sy akan banyakkan pelihara ayam kampung untuk kegunaan sendiri..

  • handsome human August 3, 2013, 3:12 pm

    Ni cite palsu. Org yg baca ni cuba2 la cek dulu fakta tu dan ada sikit sikap skeptikel sblm terima ‘fakta’ rambang mcm ni. aku google tak sampai 10 saat jumpa artikel yg kata benda ni palsu.

    http://www.snopes.com/food/tainted/wingcyst.asp

    btw snopes ni mengikut pengetahuan aku adalah web yg high credibility iA boleh percaya.

    • dryazid August 3, 2013, 5:19 pm

      saya rasa info di atas tidak sepenuhnya salah, setiap kajian boleh berubah2 mengikut peredaran zaman, tak semua kajian itu betul dan tak semua kajian itu salah, yang kita perlu berhati2 kajian yang dibuat oleh yahudi dan nasrani bertujuan untuk merosakkan diri umat Islam terutamanya akal fikiran. kerana golongan ini suka menyelewengkan fakta yang benar untuk menghancurkan umat Islam lebih2 lagi berkaitan makanan dan minuman. Apa salahnya untuk berhati2 dalam memilih makanan dan minuman, “Mencegah itu lebih baik dari mengubati.”

      • handsome human August 4, 2013, 1:43 pm

        Mmg patut berhati-hati tp tu sikap berhati-hati tu tak menjustifikasikan seseorg tu utk berbohong dan sebarkan ‘fakta’ (yg sgt2 berkemungkinan palsu) secara rambang. Cuba berlaku jujur dgn ilmu.

        Sedangkan atas nama nabi pun manusia sanggup berbohong inikan pula karangan rambang berantai mcm ni yg diceduk dari email sejak tahun 2004, penulis pun entah siapa. Cuba google ‘chicken wing cyst study’ yg top carian google keluar bukan jurnal kajian tapi link yg mengatakan betapa fakenya benda ni. Ini nak kata kajian?

        Cuba la kita ni jgn prejudis sgt dgn yahudi dan nasrani sampai penilaian kita terhadap mrk jadi bias. Mereka ni kadang2 lg jujur dan cermat dlm buat kajian (aku tak kata semua) dari org Islam. Dan apa salahnya kalau kita berhati-hati dgn org kafir kita juga berhati-hati dgn org Islam skrg yg mcm ramai juga jahatnya merosakkan sesama sendiri.

        • anti syiah August 4, 2013, 4:38 pm

          Jujur?? Orang yahudi dngn org syiah prsamaan mereka sama jaa, bersifat Taqiyyah (berpura-pura)…banyak sngat dahh fakta yg diseleweng yahudi ni….lepa tepuk tngan ja tngok org Islam dok berbalah…kita patut brsifat wasatiyyah dlm ssuatu prkara.. n jngn cpt melatah jika org x spendpat ngn kta..kmbali pda hukum asal mencari makanan yg halal n barakah insyaAllah slamat, yg halal itu fardhu..

          • Arief August 10, 2013, 4:05 pm

            Mohon maaf

            Tentang steroid yang disisipkan untuk penggemukan ayam, beberapa waktu lalu memang pernah terjadi.
            Saya pernah baca di majalah intisari tahun 80an, mereka menampilkan tentang ayam yang diberi pelet penggemuk, di sebuah peternakan luar negeri. Pelet tsb berbentuk pil yang disisipkan dibalik kulit leher atau sayap ayam. Seharusnya pelet tersebut habis seiring masa pengemukan ayam. tetapi karena produsennya ingin cepat panen, mereka memanen sebelum waktunya, sehingga masih sering ditemukan sisa pil penggemuk dibalik kulit karkas ayam, terlihat dari foto sisa pelet yang dicungkil dari karkas tersebut. Pelet yang tidak habis tsb terkonsumsi manusia salah satunya menyebabkan percepatan masa puber anak laki-laki, tumbuh kumis dsb. Tidak ada salahnya kita berhati-hati kan, apalagi kalau mengkonsumsi daging ayam import…