free tracking




≡ Menu

Hukum Makan Siput Escargot Atau Siput Babi

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
escargot_t1larg

Adakah Siput Escargot Halal Atau Haram Dimakan Oleh Orang Islam?

ISU:

Adakah siput escargot halal atau haram dimakan oleh orang Islam? Siput ini berasal dari Perancis dan diternak secara meluas di banyak negara Eropah termasuk US, England, Australia dan Bulgaria. Ia memiliki rupa yang sama seakan-akan siput babi tetapi daripada genus yang berbeza. Siput babi adalah helix aspersia manakala siput escargot adalah helix pomatia. Siput ini kini boleh didapati dalam menu di sebahagian kecil restoran dan hotel di negara ini.

PENJELASAN:

Escargot adalah perkataan dalam Bahasa Perancis yang merujuk kepada sejenis siput yang dikenali dalam Bahasa Malaysia sebagai siput babi. Walaupun kedapatan beberapa jenis siput babi seperti helix aspersia dan helix pomatia, tetapi kedua-duanya adalah tergolong dalam genus yang sama iaitu Genus Helix. Dalam Bahasa Arab, siput babi dikenali sebagai halazun (حلزون).

Dalam fiqah, halazun/escargot adalah tergolong dalam kumpulan ‘hasyaraat’ iaitu haiwan kecil yang melata/menjalar. Dalam mazhab Syafie, secara umumnya haiwan yang tergolong dalam hasyaraat adalah haram dimakan kerana termasuk dalam haiwan yang dianggap keji (khabisah). Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala:

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمْ الْخَبَائِثَ

Maksudnya: “Dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”. (Surah Al-A’raf: 157).

Berdasarkan kaedah pengharaman haiwan-haiwan yang dianggap keji, maka mazhab Syafie dan majoriti ulama berpendapat bahawa halazun/escargot adalah haram dimakan.

Pandangan ini disebut dalam keterangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 2 April 1998 dalam membincangkan tentang pembiakan siput babi. Antara lain, Muzakarah menyatakan:

“Menurut Mazhab Shafie, siput babi dianggap sebagai khabisah kerana apabila ia mati ia tergolong sebagai bangkai.

Dari segi kaedah ‘ilah dan ma’lul khabisah ialah ‘ilah kepada pengharaman. Oleh itu siput babi ini hukumnya haram dimakan. Dalam Mazhab Syafie juga, binatang-binatang yang halal dimakan hanyalah binatang-binatang yang telah disembelih sahaja, kecuali jenis ikan dan belalang”.

Memandangkan isu halal atau haram memakan halazun/escargot adalah bersifat ijtihadiah kerana tidak ada nas qat’ie daripada al-Quran dan Sunah berkaitan dengannya, maka ada ulama yang mengharuskannya dan mereka berpegang kepada asal hukum makanan adalah halal sehingga ada nas yang mengharamkannya. Manakala majoriti ulama’ yang mengharamkannya berpendapat ia adalah hasyarat, dan ia bukan haiwan yang disembelih, maka jika ia mati, ia adalah bangkai.

Wallahu A’lam.

Sumber: muftiwp.gov.my

Comments on this entry are closed.

  • jepuk malah August 12, 2015, 1:48 pm

    siput sedut dan siput gondang pula mcm mana??? tolong laa jawab yer.. jgn hentam separuh-separuh je.. dh lama aku tunggu penjelasan ni, lama laa gak ni kena berpuasa mkn siput sedut ni..

    • aqmar March 23, 2016, 5:44 pm

      siput sedut hidup dalam air 100%…halal dimakan…siput gondang untuk itik makan. wallahu a’lam.

    • nabilah othman September 4, 2016, 3:19 pm

      aritu ada baca gak. apparently siput darat dan air both tak boleh tapi tu mazhab hanafi la. tapi mmg tak mkn siput sedut, sbb sedut tak pernah keluar, arwah mak tukang sedutkan. ohoho, altho dulu pernah mkn escargot. i cant blame it taste good with all the butter and cheese . aiyak

  • Rina October 6, 2017, 12:09 am

    Saya baca dan ambil yang haq semata-mata tiada yang kain

  • Lan August 25, 2018, 11:39 am

    Kat maghribi elok je makan.. mazhab maliki said ok.. aku memang peminat escargot.. nyummmmmm

    • Ziq July 20, 2020, 7:23 pm

      Hai nak tnya..
      If kita masak n ternampak dalam masakan tu ada siput babi tp xder dlm cengkerang.
      N time tu dh abis masak dh pon tp kluarkan siput babi tu je.

      Ada apa2 penyakit ke yg boleh didapti dri masakan tu. N kasakan tu boleh dimakan or not?