free tracking




≡ Menu

Ibadat Dalam Darurat

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

IBADAT DALAM DARURAT

Pendahuluan :

Islam adalah satu-satunya agama yang mudah . Mudah dalam erti kata ada kelonggaran dan tolak ansur dalam mengamal dan menunuaikan abadat di dalamnya . Umpamanya dalam perkara bersuci dan pilihan untuk menggunakan selain daripada air ketika ketiadaannya.Demikian juga sembahyang dan puasa ,ada kelonggaran cara melaksanakan kedua-duanya.

Ini ditegaskan sendiri oleh Allah s.w.t. di dalam ayat (286) surah Al-Baqarah yang bermaksud :

« Allah tidak memaksa individu / diri seseorang melainkan yang berupaya «

لا يكلف الله نفسا الا وسسعها

Dan ditegaskan lagi di dalam ayat (185) surah al-Baqarah:

“Allah mengkehendaki kamu mendapat kemudahan dan tidaklah ia mengkehendaki kamu beroleh kesusahan “

يريد الله بكم اليسسر ولا يريدبكم العسر

Rasulullah s.a.w pula dengan hadisnya tambah memperkuatkan penegasan tersebut dengan sabdanya:

Yang bermaksud:

”Agama Islam adalah mudah ,tidak akan sanggup seseorang mempersusah-susahkan sesuatu amalan melainkan dia pasti kalah.”

Dengan demikian ,setiap individu muslim hendaklah beriktikad bahawa tiap-tiap ibadat yang fardhu / diwajibkan dalam Islam tidak boleh tidak , mesti ditunaikan dalm berpandukan cara dan pengajaran dalam ilmu Fiqah. Oleh sebab itulah dosa dan siksaan ditimpakan ke atas seseorang yang mengingkarinya (tidak mahu menunaikan nya).

Pengertian Ibadat dalam darurat:

Menunaikan dan melaksanakan sesuatu amal abadat fardhu dalam keadaan kesusahan,kekurangan ,ketakutan atau keuzuran.

1)-Darurat dalam bersuci

i) Kerana ketiadaan air atau ada sedikit untuk minum :

-Untuk istinja’: Boleh digunakan batu atau seumpamanya seperti kayu, kertas, gabus,dan sebagainya asalkan bendaa-benda itu bukan barang / bahan makanan ,pakaian atau yang dihormati.

-Untuk wudhu’: Boleh digunakan debu tanah untuk tayammum bagi mengharuskan solat.

-Untuk mandi hadas: Boleh digunakan debu tanah untuk tayammum bagi mengharuskan solat.

ii) Kerana tidak boleh sama sekali menggunakan air : -untuk beristinja’, wudhu’ dan mandi hadas sama seperti di atas.

iii) Kerana tidak boleh digunakan air pada kaki atau untuk kemudahan boleh sapu di luar khuf ( balutan / sarung kaki/ dengan tangan yang basah) selam 1 hari bagi yang menetap dan 3 hari bagi yang musafir.

Tayammum :

Menyapu muka dan kedua-dua tangan hingga ke siku dengan debu tanah dengan niat tayammum :

نويت التيمم لأستباحة الصلاة لله تعالى

Alatnya :

Debu tanah yang suci (tanah kering ditumbuk dan ditapis/diayak halus)

Caranya:

i) Letakkan debu diatas kertas yang suci atau daun pisang.

ii) Baca bismillah

iii ) Baca lafaz niatnya

iv) Letakkan tapak tangan diatas debu, angkat dan disaring .

v) Sapu ke muka sambil berniat didalam hati – sapu dari atas ke bawah .

iiv) Letak kan tapak tangan diatas debu (bahagian lain ) , angkat dan disaring , sapukan ketangan kanan dahulu kemudian tangan kiri ( dari hujung ke siku kemudian dilalukan di bahagian pula ke tapak dan berakhir di hujung jari )

2)-Darurat dalam mendirikan solat

-Seseorang yang air kecilnya tidak lawas (salsilalbaul ) : boleh sembahyang dengan berbalut kemas sesudah beristinja dan wuduknya untuk satu solat sahaja. – Perempuan yang istihadhah : sama seperti orang yang salsilalbaul diatas .

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

-Seseorang yang mengalami masalah kencing tidak tus jika semasa berdiri boleh sembahyang duduk. -Jika tidak tus,semasa duduk boleh sembahyang,berbaring ,mengiring atau menelentang. -Seseorang yang terlewat sampai/masuk ke dalam solat berjemaah dan tidak sempat takbiratul ihram bersama imam : hendaklah ia terus masuk saf dan terus bertakbiratul ihram dan ikut apa yang sedang dilakukan oleh imam. -Orang musafir yang jauhnya 65 batu (105 km ) boleh memendekkan sembahyang yang 4 rakaat jadi 2 dan menghimpun sembahtang zohor dengan asar dan maghrib dengan isyak.

3)-Darurat dalam puasa Ramadhan

-Orang sakit tenat tidak berupaya puasa : boleh berbuka dan wajib mengqadhanya apabila dia sembuh nanti. -Orang yang musafir sejauh 65 batu (165 km) tidak berupaya meneruskan puasa,haruslah dia berbuka dan wajib dia mengqadhanya apabila dia tidak musafir lagi. -Orang yang terlalu tua dan uzur tidak berupaya berpuasa : Bolehlah ia berbuka dan jika ia meninggal dunia hendaklah dibayar fidyah untuknya oleh warisnya.

4)-Darurat dalam ibadat haji

-Seseorang bakal haji yang tidak menunaikan wajib –wajib haji seperti berikut : kerana uzur, terhalang dan sebagainya :

1) Ihram di miqat : boleh datang semula ke miqat makani dan berihram atau bayar dam.

2) Bermalam di muzdalifah : boleh bayar dam.

3)Melontar di Jamrah Aqabah pada 10 Zulhijjah

4)Melontar Jamrah ula,wusta dan aqabah.

5)Bermalam di Mina pada 10,11dan 12 Zulhijjah.

-Jika salah satu daripada perkara-perkara 3dan 4 di atas tidak dapat dilaksanakan pada waktunya boleh ditunaikan pada hari berikutnya mengikut urutannya –tertibnya. Jika tidak berupaya melaksanakan perkara 5 boleh bayar dam.

-Seseorang bakal haji yang tidak berupaya berjalan untuk mengerjakan tawaf dan saie bolehlah dia menunaikannya dengan diusung (tawaf) dan ditunda dengan kereta sorong (saie) samada dengan mengupah orang lain atau dengan pertolongan saudara atau warisnya. -Seseorang yang tidak dapat mengerjakan tawaf wada’ (selamat tinggal) dibolehkan dia terus keuar dari Mekah,balik kampung tanpa tawaf dan tanpa membayar dam. -Seseorang yang sakit dan berada dalam hospital di Mekah pada hari wukuf di Arafah (9 Zulhijjah) : Hendaklah / bolehlah dia diangkat oleh saudara/ waris/ orang upahannya di bawa ke Arafah dan diletakkan beliau di bumi Arafah beberapa minit untuk berwukuf.Selepas itu dibawa semula ke hospital.

Penutup :

Dianjurkan kepada kita supaya tidak mencuaikan tiap-tiap ibadat seperti solat ,puasa dan lain –lain kerana tujuan kita selaku hamba Allah dijadikan adalah untuk beribadat kepadaNya.Sekali kita cuaikan dan melengah-lengahkan sesuatu abadat ianya akan terasa semakin lalai dan mungkin terus meninggalkannya tetapi sebaliknya jika kita menitik beratkannya maka kita mesti melakukannya.Firman Allah:

وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون

Bermaksud :

“Tidak aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat kepadaku”

Oleh kerana pengalaman masyarakat Islam Malaysia lebih meraikan feqah mazhab Syafie, maka di sini adalah lebih baik kita membuat sedikit penditilan terhadap waktu-waktu mengeluarkan zakat fitrah menurut feqah mazhab Syafie.

Sebagaimana yang telah diketahui bahawa di dalam mazhab Syafie waktu wajib zakat fitrah ialah sewaktu terbenam matahari pada malam hari raya (iaitu hari terkahir daripada bulan Ramadhan). Sungguhpun begitu tidak ada halangan bila dibayar sebelumnya asalakn di dalam bulan puasa. Dibawahini diterangkan beberapa waktu dan hukum membayar zakat fitrah pada waktu itu:

1. Waktu harus : iaitu dari awal Ramadhan sampai hari penghabisan Ramadhan. ( lihat hadis Ibnu Umar tadi )

2. Waktu wajib : iaitu mulai terbenam matahari penghabisan Ramadhan.

3. Waktu sunat : iaitu dibayar sesudah sembahyanga subuhsebelum pergi sembahyang hari raya.

4. Waktu makruh : iaitu membayar sesudah solat hari raya tetapi sebelum terbenam matahari pada hari raya.

5. Waktu haram : iaitu dibayar sesudah terbenam matahari pada hari raya.

 

Wallahu’alam….

Next post:

Previous post: