Mana Satu Pilihan Anda, Duduk Atau Mencangkung ?
Kebanyakkan rakyat Malaysia pada masa sekarang nampaknya sudah mula beralih kepada penggunaan tandas duduk, tidak kiralah yang menetap di kampung ataupun tinggal di bandar, masing-masing seakan –akan sudah melupakan tandas tradisional (eastern toilet) iaitu tandas jenis mencangkung. Ramai yang beranggapan tandas sebegitu sudah ketinggalan zaman, malahan kalau di hotel-hotel dan tempat ternama lain, tandas jenis duduk sering menjadi pilihan.
Tahukah anda apa sebenarnya rahsia disebalik tandas cangkung ini dan apa pula keburukan akibat menggunakan tandas jenis duduk?
Lubang najis (anal canal) berada dalam keadaan tidak menegak apabila duduk semasa menggunakan tandas jenis duduk, berbanding dengan dalam keadaan mencangkung, laluan najis untuk keluar akan menjadi mudah kerana lubang najis berada dalam keadaan betul-betul menegak dan ini memudahkan proses pembuangan air besar.
Perkara sebaliknya berlaku sekiranya dalam keadaan duduk, kerana ini akan membawa kepada masalah sembelit. Sembelit merupakan satu keadaan di mana seseorang itu menghadapi kesukaran membuang air besar, dan kaitannya dengan menggunakan tandas duduk adalah, najis tidak akan habis dikeluarkan kerana laluannya menjadi sempit dan akan terus disimpan lagi sehinggalah untuk waktu seterusnya. Najis yang disimpan akan mengeras (kerana proses pengulangan penyerapan air) dan ini membawa kepada masalah sembelit. Sebab itulah ramai mengadu seringkali tidak berasa puas apabila menggunakan tandas duduk ini.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Disamping itu juga, satu masalah yang akan timbul melibatkan tandas duduk ini adalah ia akan menyebabkan berlakunya kebocoran ( backflow) najis yang ada di usus besar kepada usus kecil.Ini melibatkan kepada fungsi injap ileo-caecal yang mengawal aliran najis dari usus kecil kepada usus besar. “backflow” ini menyebabkan toxins diserap melalui usus kecil ini (usus kecil untuk menyerap nutrients cernaan dan mengandungi banyak salur darah) dan akan diserap oleh salur darah seterusnya memberi beban kepada hati untuk menyahtoksikkan bahan toxins tersebut.
Sekadar makluman, dalam Islam makruh bagi kita memakan hati (organ dalaman).Ramai mempersoalkan sedangkan hati mempunyai khasiatnya yang tersendiri juga. Jawapannya adalah memandangkan kita tidak tahu di bahagian hati manakah khasiat tersebut disimpan dan salah satu fungsi major hati adalah untuk mengneutralkan toxins/dadah , rasanya lebih wajar kita tidak digalakkan memakannya.
Untuk pengetahuan anda juga, penggunaan tandas duduk merupakan penyebab no2 kepada kanser kolon di United States, kerana semua rakyat US menggunakan tandas duduk,kerana pada fikiran kasar, tandas duduk memberi kemudahan dan kesenangang terhadap penggunanya.
Dan didalam Sunnah Nabi, memang kalau seseorang itu ingin membuang air besar, disunatkan mencangkung dengan bahagian punggung kiri sedikit terangkat.Mengapa? Kerana pada bahagian itulah letaknya rectum, iaitu tempat penyimpan najis sebelum ia dikeluarkan.
Setelah anda membaca artikel ini, adakah anda sudah berfikir untuk menukar tandas anda. Terserahlah, tetapi harus diingat, jangan kalau di rumah tandas jenis duduk tapi kita pergi pulak mencangkung, bahaya tu, boleh menyebabkan kemalangan.Jangan berbuat demikian.
Cedera Parah Akibat Mencangkung Diatas Mangkuk Tandas Duduk (Klik Disini)
Kredit: behindtherainbows.blogspot.com
Wallahu’alam….
HasnulHadiAhmad.Com
Comments on this entry are closed.
orang kata kalau mencangkung lagi lawas dari duduk..
prnah sekali je guna tandas duduk ni rsanya.. memang tak selesa menggunakn tandas duduk
orang bodoh je sengaja buat tandas duduk
Setiap apa yg tercipta adalah dari ilmu Allah di mana setiap ciptaanNya ada kebaikan utk manusia, asal saja ianya tidak disalah guna. Jadi, kita sebagai pengguna harus berterima kasih kpd yg merekacipta tandas duduk ini dan bersyukur kpd Allah kerana dgn terciptanya tandas duduk begini, dapat membantu individu2 yg punya masalah lutut atau sendi di mana sukar bagi mereka utk bercangkung keitka hendak membuang air. Alhamdulillah.
nk buat macam mane . .kat kolej ni semua tandas duduk..hahaha . . .
x kesah la…..janji ade tempat nk berakkk….
Rasanya benda ini tak perlu lah nak diisukan yang mana baik dan yang mana buruk…
kedua-dua ada kebaikan…
1. Yang sihat dan nak rasa berak mencangkung silakan lah.
2. Yang sakit, tua dan gemuk… Sila lah berak sambil duduk.
Duduk mencangkung adalah sunat asalnya. Namun klu ia membawa keburukan/kecederaan pada diri boleh menjadi makruh atau haram hukumnya.
Sama seperti sunat minum air manis… tapi klu hang tu ada kecing manis. Haram lah hukumnya klu minum sampai memudaratkan diri.
Wallahu’alam….
Saya kalau terpaksa guna tandas duduk, sebelah kaki saya pijak tepi ‘bowl’ dan sebelah lagi saya pijak lantai tandas… Nak duduk atas mangkuk tu….eeeee… tak gamak..sorry la..
Mohon share maklumat di atas?
Kalau mahukan kepuasan tahap maksimum buang air besar, buat tandas seperti ini, cangkung dan selamat dari percikan air najis, tidak dapat melihat najis orang lain.
http://1ribuidea.blogspot.my/2013/10/cara-membuat-tandas-yang-betul.html
bagus2