free tracking




≡ Menu

Maulidur Rasul Nabi Muhammad S.A.W

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
Maulidur Rasul

MAULIDUR RASUL DENGAN DALIL-DALIL YANG NYATA

1. PENGERTIAN MAULID NABI:

Dari segi istilah ‘Maulid nabi” ialah : Waktu lahirnya nabi. Maka dari sinilah munculnya istilah-istilah baru seperti : Ihtifal Maulid nabi, Haflah Maulid nabi, Ihtifal Li zikri Maulid nabi ( Perayanan memperingati Maulid nabi) , dan sebagainya yang mana kata dasarnya berkembang dari “ Maulid ” iaitu waktu lahir.

Secara keseluruhan adalah sama iaitu mempelajari hikmah, dan memperingati sejarah hari lahir nabi. Jikalau kita faham istilah ini tidak jadi masalah iaitu ; “Waktu lahirnya nabi” serta sirah nabi.

Cuma yang beza adalah istilah sahaja menurut peredaran zaman , manakala cara pelaksanannya pula tidak ada percanggahan di dalam Islam .

2. DALIL AL-QURAN:

a. Allah berfirman: “Dan terhadap nikmat Tuhanmu , maka hendaklah kamu menyebut –menyebutkan (atau menceritakan ).” – surah Duha ayat 11 –

Keterangan:

Di dalam ayat ini sangat jelas Allah mengalakan kita supaya menyebut atau menceritakan nikmatnya , maka siapakah nikmat yang paling agung di sini? Maka tidak lain tidak bukan adalah Nabi kita Muhammad SAW.

Caranya bagaimana? Iaitu dengan menceritakan atau membaca sirah nabawi dari mula baginda lahir sehinggalah di bangkitkan atau sehinggalah wafat.

b. Allah berfirman: “Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia di lahirkan dan pada hari ia di meninggal dan pada hari ia di bangkitkan hidup kembali” – Surah Maryam 15 –

Keterangan:

Allah memberikan kesejahteran dan selamat pada hari maulid nabi Isa. Jikalau Allah memberikan kesejahteran di atas kelahiran nabi Isa , apatah lagi Nabi kita yang paling agung, yang di lahirkan untuk kita menyambutnya.

c. Allah berfirman “Dan kesejahteran semoga di limpahkan kepadaku, pada hari aku di lahirkankan pada hari aku meninggal dan pada hari aku di bangkitkan hidup kembali” -surah Maryam 33-

Keterangan:

Di sini Nabi Isa berkata : “Kesejahteraan di limpahkan kepada ku pada hari aku di lahirkan “ Dalil ini juga menunjukkan nabi Isa juga menerima anugerah yang sama pada hari ia di lahirkan yang di sebut “Maulid nabi”

3. SIAPAKAH YANG MULA-MULA MENYAMBUT MAULID NABI?

Jawapanya : Adalah nabi kita Muhammad SAW. Nabi kita yang mula-mula sekali menyambut ihtifal maulid nabi berdasarkan hadis nabi di dalam Syarah Sahih Muslim jilid 4 juz 8 hal; 51 :

i) “Bahawasanya Rasulullah di tanya tentang puasanya pada hari Isnin , Rasulullah s.a.w. menjawab : Di hari inilah aku di lahirkan dan hari inilah aku di bangkitkan atau di hari di mana al-quran di turunkan kepada ku”

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Keterangan :

Jadi di sini jelas nabilah yang mula menyambut hari lahirnya dengan berpuasa setahun sekali , sebab nabi berkata : “Hari ini adalah hari lahir ku” , dan kita telah tahu bahawa hari lahir adalah sekali sahaja .
Maka dengan berpuasa menunjukkan syukur di atas nikmatNYA di hari lahirnya. Jadi apakah tujuan berpuasa itu ? Tidak lain tidak bukan adalah mensyukuri nikmatNYA.

Begitu juga di dalam Sunan Abi Daud juz 2 ; Darul Jil hal 337 dan Sunan Ibnu Majah juz 1 darul kutub ilmiyah hal; 553 juga meriwayatkan hadis ini .

ii) Begitu juga ketika nabi hendak di Israkkan, maka nabi singgah di Baitul Maqdis ( sekarang ini Palestin ) lalu malaikat Jibril berkata adakah Tuan tahu tempat ini : Maka nabi menjawab tidak .

Lalu jibril berkata: “Inilah “Baitul laham” , tempat nabi Isa di lahirkan , kemudian nabi pun bersolat di situ.”

Jadi nabi bersolat di Baitul laham kerana merasa syukur iaitu tempat lahir nabi Isa, yang merupakan satu tempat yang mulia. Nabi menyambutnya dengan bersolat di situ . Dan banyak lagi dalil di dalam kitab.

iii) Begitu juga kisah jariah menyambut perayanya dan para saidina umar (jikalau tidak silap) menegahnya. Lalu nabi berkata : “Jangan , biarkan ia menyambutnya.”

4. PENGKAJIAN:

Dari sudut pengkajian, maka ia tidak lain adalah :

1. Untuk menceritakan sirah nabi
2. Beselawat ke atas nabi sebanyaknya
3. Menghayati perjuangan nabi serta cinta kepadanya
4. Menyedarkan umat untuk kembali mengingati nabi melaui “malulid”

Jikalau kita hendak menyambutnya berseorangan di dalam rumah, tidak menjadi masalah, dan untuk kita membaca sirah nabi bukan waktu “maulid’ juga tidak jadi halangan, itu terpulang pada cita rasa masing2, sebab “Maulid Nabi” yang telah saya terangkan itu adalah “Hari kelahiran Nabi” dan biasanya di buat bertepatan dengan hari “kelahiran nabi”

5. KAEDAH FIQAH:

Barangkali elok kita meninjau kaedah hukum feqah iaitu :

“Al-Aslu fil Asyak al-ibahah hatta Yadulla ‘ala dalil ‘ala tahrim”

Ertinya: Asal setiap sesuatu adalah BOLEH , kecuali ada dalil yang mengharamkanya”

Maka jelaslah selagi mana tiada hukum haram, mahu pun wajib, kita di larang memandai meletakkan hukum.

Jikalau kita meneliti dari nas al-quran dan hadis ternyata tidak ada yang menyatakan “maulid”adalah haram, makruh, dan sebaginya.

Dengan ini jelaslah tiada satu nas pun sama ada al-quran mahu pun hadis, yang mengatakan haram, apatah lagi bidaah.

Wallahu’alam….
cahayapurnama.com l hasnulhadiahmad