free tracking




≡ Menu

Muhasabah Harta Sebelum Ke Tanah Suci

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Semak pelaburan, perniagaan dan sumber-sumber harta yang ada. Jika masih ada yang bersumberkan riba, contohnya tersimpan dalam bank-bank konvensional, usahakan untuk ditukar semuaakaun tersebut kepada bank-bank atau institusi kewangan Islam dan patuh syariah.

Harta Dan Tanah Suci

Saham-saham dan perniagaan yang haram sumbernya, sila bersedia untuk dijual, diambil nilai pokok dan dilaburkan semula dalam saham-saham patuh syariah.Sila rujuk Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia untuk kepastian.Keuntungan, dividen dan segala hasil mahsul yang syubhah atau haram hendaklah diuruskan sebagai wang haram dengan memberikan seluruh jumlahnya kepada Baitulmal atau diberikan kepada fakir miskin secara keseluruhan atau digunakan untuk tujuan kebajikan awam (yang tidak melibatkan soal berkaitan ibadah seperti memperbaiki prasarana masjid dan surau) seperti tandas, taman permainan dan seumpamanya.Prosedur ini juga perlu dilakukan bagi sumber yang berkaitan dengan keuntungan atau dividen yang diperoleh menerusi simpanan di perbankan konvensional.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Jika haul zakat anda telah tiba, hendaklah anda terlebih dahulu menunaikan zakat atas setiap harta yang berkaitan.Sekiranya haul anda masih belum tiba, contohnya haul bakal menjelang ketika tarikh anda menunaikan haji misalnya, maka anda boleh memilih untuk menunaikan zakat secara lebih awal (in advance) jika anda telahpun mempunyai jumlah harta yang menepati atau melebihi nisab.Amalan ini berdasarkan kepada pertanyaan al-Abbas r.a. kepada Nabi s.a.w. yang membenarkan zakat ditunaikan lebih awal dari tarikh haul jika memiliki nisab tidak melebihi tempoh dua tahun ke hadapan.Sila hubungi pusat-pusat zakat untuk keterangan lanjut.

Jika anda mempunyai hutang dengan individu atau perseorangan, sila jelaskan atau bertemu dengan pihak yang anda berhutang dengannya untuk urusan berkaitan.

Jika ada hak-hak lain yang masih belum tertunai seperti upah, janji atau amanah yang belum selesai terutama melibatkan pihak-pihak lain, sila tampil untuk melangsaikannya sesegera mungkin.

Jika anda mempunyai harta yang agak banyak, sila berhubung dengan pihak-pihak berwajib untuk membuat surat wasiat pengurusan harta untuk diuruskan mengikut hukum faraid sebagai persediaan jika ditakdirkan anda meninggal dunia di Tanah Suci sewaktu menunaikan ibadah haji.

Wallahu’alam….
www.hafiz.com.my

Comments on this entry are closed.

  • nurmisnan February 8, 2013, 1:54 pm

    Takut bila fikirkan perkara ini jika ada harta2 kita
    yang masih tidak ditunaikan zakat..