Perisytiharan penubuhan negara Israel
Perisytiharan penubuhan negara Israel (bahasa Ibrani: הכרזת העצמאות, Hakhrazat HaAtzma’ut atau bahasa Ibrani: מגילת העצמאות Megilat HaAtzma’ut), dibuat pada 14 Mei 1948 pada hari berakhirnya mandat Britain di Palestin. Negara Israel ditubuhkan secara rasmi di atas kawasan yang dulunya dikenali sebagai Mandat British atas Palestin.
Latar belakang
Kemungkinan menjadikan Palestin sebagai negara Yahudi sudah menjadi matlamat Zionis sejak akhir kurun ke-19. Pada tahun 1917 dan Perisytiharan Balfour, idea untuk melobi sokongan kuasa besar semakin kuat dan melalui Perisytiharan Balfour, kerajaan Britain berjanji untuk menyokong penubuhan negara Yahudi di Palestin. Pada tahun 1936, Suruhanjaya Peel mencadangkan Palestin dibahagikan kepada negara untuk orang Yahudi dan negara untuk orang Arab. Cadangan ini ditolak atas alasan tidak akan berjaya oleh kerajaan Britain dan menjadi salah satu sebab kepada pemberontakan Arab 1936-1939 di Palestin.
Dalam menghadapi keganasan yang memuncak, kerajaan Britain menyerahkan masalah untuk diselesaikan kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Hasilnya adalah Resolusi 181 yang membahagikan Palestin di antara orang Yahudi dan Arab. Yahudi menerima 56% kawasan mandat British yang diduduki oleh ramai orang Yahudi sementara Jerusalem akan ditadbir oleh PBB. Pelan ini diterima oleh majoriti masyarakat Yahudi tetapi ditolak oleh masyarakat Arab.
Pada 29 November 1947, pelan ini diundi dalam Perhimpunan Agung PBB. Keputusannya 33 menyokong, 13 menentang dan 10 berkecuali. Semua negara Arab menolak pelan tersebut dan mencadangkan pelan dibawa ke Mahkamah Antarabangsa kerana tindakan Perhimpunan Agung yang melanggar hasrat majoriti penduduk Palestin. Cadangan negara Arab ini tidak mendapat sokongan. Pembahagian akan berkuatkuasa sebaik sahaja Britain berundur dari wilayah Palestin iaitu pada 15 Mei 1948.
Majlis perisytiharan
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Majlis perisytiharan penubuhan Israel dibuat di Muzium Tel Aviv (sekarang dikenali sebagai Dewan Kemerdekaan), tetapi tidak diumumkan secara meluas kerana takut dihalang oleh pihak berkuasa Britain atau serangan tentera Arab. Jemputan dihantar pada pagi 14 Mei yang memberitahu para jemputan supaya datang pada pukul 2.30 petang dan merahsiakan majlis. Majlis bermula pada pukul 4 petang (masa yang dipilih supaya tidak melanggar waktu sabbath) dan disiar secara langsung oleh stesyen radio Kol Yisrael.
Tepat pukul 4 petang, David Ben-Gurion menghentakkan tukul kayu di atas meja, diikuti oleh nyanyian Hatikvah yang kini menjadi lagu rasmi Israel oleh 250 tetamu.Tergantung di dinding di belakang podium adalah gambar Theodor Herzl, pengasas Zionisme moden, dicelah dua bendera yang menjadi bendera rasmi Israel.
Negara terawal yang mengiktiraf Israel
Antara negara terawal yang mengiktiraf Israel adalah Amerika Syarikat yang dibuat dalam masa 11 minit selepas perisytiharan. Ini diikuti oleh Iran (yang pada masa itu masih di bawah Shah Mohammad Reza Pahlavi), Guatemala, Iceland, Nicaragua, Romania dan Uruguay. Kesatuan Soviet mengiktiraf Israel pada 17 Mei 1948, diikuti oleh Poland, Czechoslovakia, Yugoslavia, Ireland dan Afrika Selatan.
Kesan perisytiharan
Perisytiharan penubuhan Israel diikuti oleh serangan ke atasnya oleh tentera Mesir, Iraq, Lebanon dan Syria dan bermulanya Perang Arab-Israel 1948. Walaupun gencatan senjata dipersetujui pada 11 Jun, pertempuran disambung semula pada 8 Julai dan berhenti semula pada 18 Julai sebelum disambung kembali pada pertengahan bulan Oktober. Peperangan hanya berakhir pada 24 Julai 1949 dengan termeterainya Perjanjian Armistice 1949 dengan Syria. Dengan termeterainya perjanjian, Israel bukan sahaja dapat mempertahannya dirinya tetapi juga memperluaskan wilayah yang didudukinya hampir separuh dari pelan asal pembahagian wilayah oleh PBB.
Sekian Wassalam….
Oleh: Mohd Faizal Mohd Nan
Artikel “PENUBUHAN NEGARA HARAM” yang tersiar di halaman HasnulHadiAhmad.Com para pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat HasnulHadiAhmad.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.Selamat Berkongsi!!!!
Comments on this entry are closed.
” Blog Didahulukan, Pendapatan Diutamakan “ nice tagline la bro hehhee..aku pun mcm kenal jer owner blog ni hehhee :)WRizuan recently posted