Calvin Thoo adalah seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia bertaraf antarabangsa , telah memeluk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan Ustaz Dato’ Ismail Kamus, Dato’ Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ustaz Sallehen bin Mukhyi (ADUN Sabak).
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Pereka fesyen tanah air berketurunan cina Calvin Thoo menyatakan beliau menerima hidayah untuk memeluk islam selepas beliau mendapat satu mimpi dan dalam mimpi itu beliau bersyahadah.
Calvin Thoo sudah berkecimpung dalam dunia industri rekaan dan fesyen sejak lebih 17 tahun. malah mempunyai label jenama sendiri. Beliau juga sering menjadi pereka fesyen untuk artis dalam program-program besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dan sebagainya.
Segala puji bagi Allah, saudara kita yang berketurunan cina kini sah menjadi seorang muslim, selamat kembali ke fitrah asalmu wahai saudara kami.
Wallahu’alam….
Comments on this entry are closed.
Alhamdulilh allah bagi hidayah calvin thoo
Tahniah calvin thoo, Moga tuhan beri hidayah pada sahabatnya yang lain pula… amin
alhamdulillah..semoga ramai lagi akan mengikut jejak
Moga ramai lagi di beri petunjuk dan hidayah, terus berjuang dan terus berdakwah
waaa…. semoga diberkati allah dan diberi kekuatan. aku repost bro…
Ramai dah golongan artis dan seni kembali/minat kepada islam, alhamdulilah termasuk juga calvin thoo, moga dia tabah…
Alhamdulilah… terbuka juga pintu hati nya untuk islam.. moga islam tersebar seluruh alam