MESIR – Satu rakaman video memamarkan ucapan Ketua Perisikan Israel Jeneral Afif Khufifi dimuat naik ke laman youtube mendedahkan sebab kenapa kepimpinan Islam di Mesir yang diterajui Presiden Dr Muhammad Morsi perlu “dihancurkan”.
Ucapannya pada satu himpunan besar itu antara lain menyebut Morsi perlu disingkirkan kerana pemikirannya adalah Ikhwanul Muslimin dan cubaan menegakkan syariat dan khilafah Islam di Mesir.
Mesirkini yang membuat terjemahan dan ringkasan dari petikan ucapan itu melaporkan, Afif melahirkan kebimbangan terhadap pemikiran Ikhwanul Muslimin yang hari ini berkembang pesat di Timur Tengah.
Ianya termasuk Mesir, Turki, Tunisia, Maghribi, Libya, Gaza, dan lain-lain, malah sudah berupaya membina kekuatan di Syria dan Jordan.
Kekuatan Ikhwanul Muslimin katanya ada di pelbagai bidang, tidak hanya sebagai gerakan politik, mereka juga mengisi kehidupan sosial dan berinteraksi dengan manusia.
“Ada dua agenda besar yang kini sedang digencarkan Ikhwan. Pertama, mempromosikan negara khilafah dan penerapan syariat.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
“Definisinya ada di Mesir, sebagai negara demokrasi yang melaksanakan sistem syura yang merupakan satu konsep permesyuaratan yang diakui dalam Islam.
“Kedua, adalah strategi lebih luas iaitu memperkuat pertahanan mereka di tengah-tengah pengaruh rejim tidak demokratik, pada masa sama demokrasi tidak boleh memadamnya dengan mudah, sebagaimana terlihat di Turki dan Gaza,” tulisnya merujuk ucapan Afif dalam bahasa Hibrew itu.
Afif juga mendakwa, Universiti Al Azhar akan menjadi kekuatan penerapan Syariat tersebut bagi mengukuhkan legitimasi hukum yang sedang diterapkan oleh kerajaan Mesir.
Dua misi besar ini menurutnya, akan menguatkan Ikhwanul Muslimin dalam perjuangan mereka.
Maka katanya, parti-parti sealiran Ikhwan yang kini berkembang di Mesir, Gaza dan Tunisia sedang bergerak menuju ke arah kepemimpinan Islam dan mereka akan bertanggungjawab menjadi peneraju utama.
Malah kata Afif, tanggungjawab ini tidak lagi diterjemahkan sebagai pucuk-pucuk kecil, tapi sudah menjadi kembang yang utuh dan kuat.
“Jadi rampasan kuasa terhadap Ikhwan adalah bertujuan untuk menghalang tegaknya daulah Islamiyah (kerajaan Islam) di Mesir.
“Penggulingan atas Morsi sebenarnya kerana takut pada kejayaannya, bukan kerana kegagalannya.” – tulis Mesirkini
[LIHAT VIDEO] Ucapan Afif Khufifi