Ada yang bertanya, “Saya mahu bahagia. Tolong tunjukkan saya cara yang mudah, senang dilakukan, lengkap dan sesuai dengan syarak. Saya mahu bahagia di dunia dan juga akhirat.”
Ustazah kata, “Mudah sahaja. Kalau mahu cipta syurga di dunia, dan raih syurga di akhirat, ikut perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.”
“Nampak macam susah sahaja?”
“Tidak susah!”
“Mahu yang mudah, lengkap, praktikal dan mengikut syarak, betul?”
Ebook ini boleh menjadi langkah pertama anda.
“Bahagia itu dicari-cari. Apa yang dibuat biarlah pasti, agar tenang hati memiliki”
150 TIP MUDAH & PRAKTIKAL
Mudah faham, praktikal dilakukan
BERSUMBER 30 HADITH SAHIH
Dilengkapi maklumat sumber lengkap mengikut piawaian KDN
GABUNGAN 30 BAB YANG KOMPREHENSIF
Straight To The Point
Hari ini, semua orang sibuk dengan urusan masing-masing. Justeru, membaca dalam situasi sibuk seperti sekarang bukan satu perkara yang mudah. Lalu bagaimana kita dapat mencari bahan yang tidak meleret dan straight to the point. Bahan bacaan yang memudahkan pembaca untuk faham dan laksanakan. Semudah 1,2,3,4 dan 5. Buku ini adalah jawapannya. Satu bab, 2 halaman, 1 rujukan dalil, 1 penerangan dan diikuti 5 tip praktikal untuk dilaksanakan.
Rujukan dan Sumber Yang Sahih
Pada zaman lambakan maklumat hari ini, sudah tentu sukar untuk kita menyaring mana maklumat yang betul dan mana yang salah. Dalam konteks agama, maklumat yang dirujuk perlu dari sumber yang sahih dan rujukan-rujukan yang tepat, dari al-Quran dan hadith-hadith sahih. Buku ini menggunakan rujukan al-Quran dan hadis sahih dengan dinyatakan penyataan sumber rujukan yang lengkap.
Percuma Sehingga 9 Malam, 16 November
Tidak ada yang lebih menarik selain daripada barang yang kita peroleh secara percuma. Apatah lagi apabila barang yang kita peroleh itu berkualiti tinggi. Ustazah membaca buku dalam siri “Gaya Rasulullah” terbitan PTS Media Group yang dijual dan bestseller. Kandungannya bagus dan alangkah bagusnya jika lebih ramai orang mendapat manfaat. Ustazah berbincang dengan penerbit dan meminta mereka memberi kebenaran supaya ustazah boleh berkongsi bahan ini kepada semua. Mereka setuju. Ustazah pilih 5 bab dari setiap buku. 6 buku kesemuanya. Dan inilah dia bukunya. Percuma, tetapi hanya bagi tempoh terhad.
150 Tip Tindakan Harian, Kecil-Kecil Menjadi
25 Tip Menjadi Isteri Solehah
25 tip praktikal bagaimana menjadi isteri solehah yang diredhai oleh suami mengikut panduan Islam dan acuan gaya Rasulullah. Isteri solehah adalah perhiasan paling berharga di dunia. Dengan mempraktikkan tip-tip ini, akan dapat membantu seorang isteri untuk lebih mudah masuk syurga.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
25 Tip Menjadi Pemimpin Gaya Rasulullah
25 tip praktikal bagaimana memimpin diri untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. Pimpin hati terlebih dahulu sebelum memimpin orang lain. Jikalau baik hati, baiklah juga tingkah lakunya. Jikalau buruk hati, buruk juga tingkah lakunya. Hati yang bersih akan membawa seseorang itu ke syurga, menjadi dambaan penghuni syurga.
25 Tip Berhibur Menurut Islam
25 tip praktikal bagaimana cara berhibur yang benar menurut Islam. Hiburan ada batasnya yang perlu diambil berat. Jikalau batas hiburan yang digariskan oleh Islam dilanggar, maka sesuatu hiburan itu boleh mengundang pelbagai keburukan lantas perkara itu membawa kepada haramnya hiburan itu. Jadi, pilihlah hiburan yang mengikut batas syarak kerana ia memandu ke syurga.
25 Tip Bijak Komunikasi Mengikut Sunnah
25 tip praktikal yang memberi kita pendedahan tentang cara berkomunikasi yang baik menurut Rasulullah. Ia dapat membantu dalam memperbetulkan gaya komunikasi dalam kehidupan seharian supaya tidak terjerumus ke lembah dosa kerana mulut yang petah berbicara. Komunikasi dengan cara yang baik memberi kesan yang ter baik kepada pendengar dan yang berkata. Seterusnya membuatkan Allah sayang!
25 Tip Mudah dan Rajin Solat
25 tip praktikal tentang bagaimana mudah untuk melaksanakan solat, dan rajin solat mengikut saranan Rasulullah SAW. Bolehkah wanita menggendong anak kecil dalam solat? Ini antara permasalahan yang sering dihadapi oleh kaum wanita sehingga mereka tidak menunaikan solat. Sedangkan solat itu adalah tiang untuk ke syurga.
25 Tip Kesihatan Akal, Tubuh Badan & Iman Gaya Rasulullah
25 tip praktikal untuk menjadi seorang yang sihat akal, tubuh, dan iman. Tiga elemen ini perlu seimbang bagi membentuk peribadi dan sahsiah yang berakhlak mulia. Akhlak melambangkan peribadi seseorang sama ada akhlak yang baik ataupun buruk. Akhlak yang baik akan membawa seorang ke syurga.
Ustazah Asma Harun
36 tahun yang lepas ustazah lahir di kampung Batu 6, Kuala Terengganu. Ibu tercinta bernama Fikriah binti Awang, seorang guru fizik. Ayah tersayang Harun bin Ismail seorang peniaga (kedai Nasi Ayam Bt 6) dan juga pendakwah. Salasilah, Tok Guru Haji Abbas adalah moyang, Ustaz Haji Awang Abu Bakar adalah datuk ustazah.
Pengajian ustazah bermula daripada PASTI, Darul Taqwa, SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka, SMU (A) Maahad Muhammadi Lilbanat KB, Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Universiti Al-Azhar Mesir, dan Open Univercity Malaysia (OUM). Doakan rezeki ustazah ke Ph.D. Insya Allah.
Pengalaman bekerja di JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan bermula 2008. Sebagai Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam dan Penolong Pengarah Bahagian Halal. Ustazah meletakkan jawatan pada tahun 2017.
Ketika umur ustazah 22 tahun, saatnya Allah temukan ustazah dengan seorang lelaki, suami, dan ayah yang sangat baik. Tengku Fazli bin Tengku Yahya, orang Kuala Besut, Terengganu. Selalu beliau dipanggil ustaz sebab isterinya ustazah. Beliau seorang pensyarah dalam bidang chemical engineering. Alhamdulillah, ustazah dan suami dikurniakan Allah 7 orang anak, iaitu Atikah, Luqman, Maisarah, Imran, Sofwan, Raihanah dan Fatimah.❤️
Atas-atas kebaikan yang Allah beri kepada Ustazah melalui mereka, Ustazah pun mahu lakukan yang sama.
SubhanAllah, ustazah hanya orang biasa-biasa sahaja, yang diberi sedikit kemampuan dan amanah untuk menyampaikan, mohon doakan terus kuat untuk melangkah, mohon teguran apabila ustazah melakukan kesalahan.