free tracking




≡ Menu

Dosa Di Bawah Pohon Larangan

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Kata orang, api yang marak bermula dengan api yang kecil. Sekecil-kecil api, jika tidak dipadamkan secepat mungkin, akan membesar tanpa disedari. Ketika kecil, api itu amat mengasyikkan. Namun, apabila besar menjadi lawan.

Begitu juga dengan dosa kita. Setiap dosa yang besar bermula dengan dosa yang kecil. Dosa kecil yang tidak disesali dengan taubat nasuha akan meninggalkan titik hitam di dalam hati. Kemudian jika dibiarkan lagi akan memenuhi seluruh hati berkenaan.

Kita seringkali menganggap ringan dengan setiap dosa-dosa kecil, malah hanya memandang dengan sebelah mata sahaja. Seolah-olah tiada apa yang harus dibimbangkan. sebaliknya, tanpa kita sedari dengan dosa-dosa kecil ini, semakin dibiarkan lama semakin membarah dosa itu sehingga boleh menutupi keseluruhan hati yang asalnya suci hingga dicemari dengan titik-titik noda hitam. semakin hari, semakin bertambah tanpa penyesalan kemudian memungkinkan pula untuk melakukan dosa-dosa besar. Tidak mustahil kan? Mengapakah ia terjadi? adakah ia disebabkan hati yang sudah kabur? gelap? semakin dianggap kecil dosa itu, semakin menjadi besar dosa dihadapan ALLAH S.W.T.

Firman-NYA yang bermaksud : “Sebenarnya,(ayat-ayat KAMI tiada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa) disebabkan (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.”  -Surah al-Mutaffifin;14

Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksud: “Ketika seorang mukmin berbuat satu dosa, dosa itu menjadi titik noda hitam pada hatinya. jika ia menyesalinya (memohon keampunan), hilanglah noda itu. Jika ia tidak menyesali, maka noda itu akan membesar dan membesar sehingga menutupi seluruh hatinya.”

Apabila terlalu hitam dan kerasnya hati, kita akan sukar untuk memuhasabah diri sendiri. Gagal memahami sebarang perubahan yang berlaku kepada diri secara rohani dan jasmani. Sedangkan ALLAH S.W.T berfirman di dalam Surah an-Nisaa’, ayat 31 yang bermaksud: “Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, KAMI akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).”

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Setiap mukmin tidak akan pernah terlepas daripada melakukan dosa. Pasti ada yang dilakukan. Bezanya adalah ia dilakukan secara sengaja ataupun tidak. Manusia pertama yang tercipta, Nabi Adam dan Hawa sendiri terbabit dalam noda dosa. Dosa yang telah menyebabkan kedua-duanya dihukum oleh ALLAH S.W.T dan kemudiannya dicampakkan kedua-duanya ke bumi dan lebih dasyat lagi mereka dipisahkan.

Sejarah kedua-dua insan mulia ini bermula selepas mereka diciptakan oleh Yang Maha Esa. Nabi Adam dan Hawa hidup senang-lenang di dalam syurga. Kehidupan di syurga adalah abadi kekal selamanya.

Semasa di dalam syurga, Nabi Adam sangat menginginkan kehidupan yang abadi dan itulah yang membuatnya diperdaya oleh iblis. Baginda dihasut supaya memakan buah daripada pohon larangan yang kononnya boleh membuatkan Nabi Adam menjadi penghuni abadi di dalam Syurga. Begitu hebatnya hasutan Iblis yang mahu menyesatkan kita.

Sehingga sekarang keturunan Nabi Adam juga akan mendekati pohon larangan di dalam dunia kerana menyangkakan ia akan membuat mereka hidup kekal di dalam dunia. Pohon larangan yang dimaksudkan di dalam dunia ini adalah hawa dan nafsu.

orang yang merasai buah dari pohon hawa dan nafsu akan merasakan dunia ini bagaikan syurga yang kekal abadi. Timbullah keasyikkan kepada Dunia dan lalailah mereka di dalam arus keseronokkan. Dek kelekaan itulah manusia dijajah iblis! bersorakkan iblis melihat generasi Nabi Adam yang leka dengan keasyikkan nikmat keduniaan.

Ketika sedang asyik di dalam kelekaan dan kekuasaan iblis, jatuhlah kemurkaan Allah S.W.T keatas hamba-NYA. Maka hancurlah syurga dunia mereka. Lenyaplah khayalan mereka tentang keabadian dunia dan kelazatan hawa nafsu. Tahulah mereka bahawa hawa nafsu ini merupakan pohon larangan yang membuatkan mereka lupa kepada perintah ALLAH S.W.T.

Oleh: Layyinul Hasnie – HasnulHadiAhmad.Com

Wallahu’alam….

Semoga di Kredit @ Sumberkan kembali Ke hasnulhadiahmad.com

Comments on this entry are closed.