free tracking




≡ Menu

Talqin Banduan Terakhir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Cerita Terakhir Banduan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

2 tahun sebelumnya.

“Mahkamah mendapati tertuduh gagal membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah. Dengan ini, mahkamah menjatuhkan hukuman mengikut Akta 39B Akta Dadah Merbahaya, kamu, Mohd Kamil Bin Haji Husin, dijatuhkah hukuman mati mandatori  atas kesalahan mengedar dadah,” perintah hakim. Kamil tertunduk di kandang pesalah. Haji Husin terduduk membisu. Hajah Zaharah menitiskan air mata. Aisyah terjelepuk mendengar hukuman dijatuhkan terhadap suaminya. Seorang pegawai polis memimpin Kamil keluar dari kandang pesalah.

“Tuan, bawa saya jumpa keluarga saya sekejap,” pinta Kamil lemah. Hatinya sayu bercampur pilu. Ya Allah, kuatkanlah aku, tabahkanlah hatiku menghadapi dugaanMu ini Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini dikhianati orang, pinta Kamil di dalam hati. Pegawai polis yang bertugas mengangguk kepala. Kamil melangkah ke arah isterinya. Haji Husin memeluknya sambil menangis.

“Sabarlah nak, dah ini suratan takdir, ayah percaya kau tak buat kerja-kerja haram ini,’ ujar Haji Husin sambil menangis. Kamil menangis di bahu ayahnya.

“Ayah, tolong jaga Aisyah ye,” pesan Kamil sambil tersedu-sedu. Haji Husin mengangguk.

“Mak, maafkan Mil ye, Mil minta halal makan minum, segala titik air susu mak yang Mil minum, ampunkan dosa Mil dari kecik sampai besar, dari hujung kaki sampai hujung rambut, mak,” pinta Kamil. Air matanya keluar tanpa henti. Hajah Zaharah memeluknya.

“Mak maafkan, mak maafkan,” balas Hajah Zaharah. Suaranya hilang entah kemana. Hati tuanya bergetar saat mendengar hukuman dijatuhkan terhadap anaknya. Satu-satu anak lelakinya yang dikandung sembilan bulan, dilahirkan penuh sakit, kini bakal menghadapi tali gantung akibat khianat orang. Hajah Zaharah melepaskan pelukannya. Kamil menghampiri isterinya yang mengandung.

“Aisyah,maafkan abang kerana gagal bersama dengan Aisyah selepas ni, maafkan abang kerana gagal menjadi suami yang baik sepanjang kita bersama,” pinta Kamil kepada isterinya. Aisyah mengangguk. Hatinya bergetar hebat.

“Aisyah juga minta maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang kita kahwin, maafkan Aisyah, abang,” Aisyah menangis. Suaranya terserak-serak. Kamil mengucup dahi isterinya, tandankucupan terakhir seorang suami terhadap isteri. Ya Allah, kuatkanlah hati aku Ya Rahman. Aisyah memejamkan matanya sambil menangis.

“Encik, jom, kenderaan dah tersedia di luar,” ujar pegawai polis. Kamil mengangguk. Digagahkan kakinya untuk bangun. Hajah Zaharah mencium pipi anaknya kali terakhir. Pegawai polis memegang tangan Kamil lalu memimpinnya. Kamil melangkah sambil memandang keluarganya. Pandangannya sayu. Itulah pandangan kali terakhirnya sebelum dia dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman. Hajah Zaharah rebah di pangkuan suaminya. Aisyah terduduk kembali.

“Allah Ya Rahman,” lafaz Kamil. Pintu tertutup.

 

 

5 tahun sebelumnya, Kampung Setia Jaya.

                Kamil mencuci kereta tuannya. Datuk Sudin yang sedang membaca surat khabar sekadar memerhatinya. Begitulah tugasannya selain daripada menghantar tuannya kemana sahaja pergi. Itulah tugasnya sebagai pemandu Datuk Sudin sekeluarga. Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Sudin, seorang ahli perniagaan yang berjaya. Kini sudah hampir 3 bulan Kamil bekerja dengannya.

“Kamil,” panggil Datuk Sudin. Kamil berhenti mengelap cermin kereta.

“Ya Datuk,”

“Mari makan, ini mak encik kamu siapkan makanannya,” ujar Datuk Sudin.

“Baiklah Datuk, sekejap ye sebab saya nak selesaikan kerja ni, tinggal sedikit lagi,” balas Kamil. Datuk Sudin mengangguk lalu kembali menumpukan pembacaannya. Kamil mengelap cermin kereta kembali. Setelah selesai mencuci kereta, dia mengemas kembali peralatannya. Datuk Sudin bangun dari kerusinya lalu melangkah masuk ke rumah. Kamil meletakkan barang-barangnya di dalam stor lalu melangkah ke meja makan. Kelihatan sepinggan nasi goreng bersama secawan teh tersedia untuknya. Dia menjamah hidangannya.

“Bang Kamil, nanti jam 1 tengahari, siapkan kereta, hantar Suria ke tuisyen,” ujar Julia, anak gadis Datuk Sudin. Kamil melirik ke arah jam di tangannya. Hampir pukul 1 dah ni,gumamnya. Dia mengangkat tangannya. Setelah menghabiskan makanannya, dia membawanya ke dapur lalu diletakkan di dalam sinki. Mak Tam sedang memasak di dapur menyuruhnya meninggalkan pinggan dan cawannya. Kamil mengangguk lalu beredar ke kereta.

“Cik Julia, kereta dah siap ni,” laungnya sambil membuka pintu kereta. Julia keluar bersama Shamsul.

“Mak, ayah, Julia dengan abang pergi tuisyen dulu ye,” ujarnya sambil memakai kasut. Shamsul melangkah memasuki perut kereta diikuti Julia. Kamil menutup pintu. Setelah siap, dia memandu keluar.

 

Azan maghrib berkumandang di udara. Aisyah yang sedang memasak segera berhenti. Suaminya, Kamil bersiap untuk ke masjid.

“Aisyah, mana kopiah abang?” tanya Kamil kepada isterinya. Aisyah segera masuk ke bilik.

“Ni ha, kan Aisyah letak kat atas meja ni, abang tak nampak ke?” tanyanya manja.Kamil tersenyum.

“Macam mana nak nampak kalau abang tak pakai spek,” balas Kamil sambil memakai kopiah di kepalanya. Aisyah membetulkan butang baju melayu suaminya.

“Aisyah tak nak pergi ke?”

“Tak kot, nak siapkan makan malam, tadi beli ayam kat kedai Pak Mat, kebetulan pula ada kalian, bolehlah nanti Aisyah masakkan ayam masak lemak cili api dengan kalian ikan masin,” ujarnya. Kamil mengangguk kepalanya. Tangannya mencapai kunci motor.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

“Ok, nanti lepas ceramah nanti, abang balik rumah terus, abang pergi dulu, kunci pintu ni,” ujar Kamil sambil menuruni anak tangga. Aisyah segera menutup pintu rumah. Kamil menghidupkan motosikal YAMAHA 125z hitamnya. Seketika kemudian, dia hilang ditelan gelap.

 

“Habis, macam mana? Takkan you nak biarkan saham company tu lebur macam tu, rugilah kita semua,” ujar Hock Beng. Datuk Sudin berkerut.

“Habis, mau bikin macam mana? Kalau mau pinjam itu Ah Long, gua talak mau, itu gua punya adik dulu sulahkena hentam sama Ah long, masuk hospital 2 minggu,” balas Chin Meng. Mereka berbincang di pejabat. Datuk Sudin berfikir.

“Kumar, you ada cadangan tak?” soalnya. Kumar menggelengkan kepalanya.

“Entahlah Datuk, saya tak ada idealah,” balas Kumar. Datuk Sudin mendengus.

“Ke kita nak buat kerja macam 25 tahun dahulu?” lontar Hock Beng. Datuk Sudin terkejut.

“You biar betul? Nak buat kerja bengong tu lagi?” soal Datuk Sudin.

“Habis, apa lagi cara? Pinjaman bank dah kena tolak, duit pun banyak habis, nak pecat pekerja, banyak dah yang dibuang, apa lagi mau buat? Rugi bukan sikit Datuk,” lontar Kumar.

“Ya, itu banyak butut, Datuk,” sokong Chin Meng. Datuk Sudin menggelengkan kepalanya.

“Aku tak setuju, kalau you orang mau buat, you bikin sendiri, I tak nak terlibat, dan I takkan bagi family I makan benda haram,” tegas Datuk Sudin lalu berdiri. Dia melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Hock Beng memandangnya pergi. Masing-masing membisu.

“So, you setuju ka Meng?” soalnya memecah kebisuan. Chin Meng memandangnya.

“Gua no hal,” balasnya setuju.

“Kumar?” Kumar mengangkat kepalanya.

“Duit punya pasal, apa I peduli, I ikut sahaja, asalkan I dapat duit,” balas Kumar, bersetuju. Hock Beng mengangguk kepalanya.

“Ok, ini first step,k?” mereka berbincang. Pelbagai perkara dibincang tanpa mempedulikan malam yang semakin merangkak.

 

Datuk Sudin melangkah ke keretanya. Kepalanya terasa penat dan panas. Dia mengeluarkan kunci keretanya dari poket kot. Dibukanya bonet kereta lalu diletakkan briefcase. Datuk Sudin menghidupkan enjin keretanya lalu memandu keluar ke jalan raya. Dia memandu menyusuri jalan yang sunyi pulang ke rumahnya. Datuk Sudin memberhentikan keretanya di persimpangan tatkala lampu isyarat berwarna merah menyala. Tiba-tiba dia teringat akan isterinya. Lantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor rumah. Talian berdengung lalu kedengaran suara orang memberi salam.

“Waalaikumsalam, Yanti ke?” soalnya.

“Ya tuan, mau cakap sama ibuk ya?” kedengaran suara Yanti, pembantu rumah Indonesianya.

“Ya,berikan pada ibuk,” arah Datuk Sudin. Kedengaran suara memanggil isterinya. Gagang telefon berubah tangan.

“Assalamualaikum Suria, abang ni,” ujarnya.

“Waalaikumsalam, ada apa abang?abang kat mana ni?”

“Abang on the way nak balik rumah ni, Suria dah makan ke?”

“Suria belum makan lagi, tapi along dengan adik dah makan, sekarang ni tengah buat kerja sekolah,”

“Oh, kalau macam tu, kejap lagi abang sampailah rumah, suruh anak-anak masuk tidur, dah pukul 10 malam dah ni,” ujarnya. Tangan kirinya menolak gear kereta.

“Ok, Suria tunggu abang balik,” balas isterinya lalu mematikan talian. Datuk Sudin meletakkan telefonnya di kerusi penumpang sebelahnya. Dia memandu pulang meredah kegelapan malam yang semakin merangkak tua.

 

“Amacam? Lu mau deal sama kitorang tak?” ujar Hock Beng. Jackie memandangnya tajam. Chin Meng menunduk ke bawah.

“Gua no hal, sebab dulu pun kita pernah deal, cuma gua mau tau berapa lu sanggup,” soal Jackie. Joe yang sedang menghisap rokok memandangnya.

“Macam biasalah, gua bagi lu market, lu bawak masuk lu punya barang,” ujar Chin Meng. Jackie menyandar di kerusi. Kamsah duduk di sisinya lalu memeluknya.

“Mau kira macam mana? Separuh-separuh ka?” soal Joe.

“Macam dulu juga Jackie,” balas Chin Meng. Hock Beng mengangguk kepalanya.

“Ok, deal,” balas Jackie setuju. Joe meneguk araknya. Hock Beng tersenyum.

“Tapi, gua mau advance dulu dari lu orang,” ujar Joe. Jackie tersenyum mendengar kata-kata anak buahnya.

“Advance?”

“Ya, RN50000,” pinta Joe. Jackie mengangguk kepala.

“RM500000 banyak tu, kalau setakat RM40000 tu boleh gua issue check sekarang,” balas Hock Beng.

“Gua mau RM50000,” keras Joe. Jackie mengangkat tangannya.

“Lu diam Joe, ni business gua dengan dia,” ujar Jackie.

“Tapi Jackie, dia demand banyak, lu pernah ka deal dengan dia?”

“Haiyaaa, sebab gua pernah deal dengan dialah, gua berani kasi,”

“Tapi….”

“Lu diam Joe, lu jangan banyak bunyi, gua sebat lu punya muka sini karang, apa lu pikir lu taiko ka? Sekarang siapa taiko? Lu ka gua?” ujar Jackie lalu berdiri. Joe menunduk ke bawah.

“Lu diam Joe, gua tak nak dengar lu bunyi, lu bunyi, Ajib, lu sebat Joe punya muka,” ujarnya lalu duduk. Ajib tersenyum lalu meneguk araknya. Joe mendengus kasar lalu beredar.

“Ok bro. RM30000, gua hantar barang masuk lu punya market,” ujar Jackie. Hock Beng mengangguk.

“Tapi, gua mau lu kasi habis satu orang, kalau dia ada, business kita boleh goyang,” arah Hock Beng. Jackie mengangguk setuju.

“Done,”

Oleh: Mohammad Omar Bin Ismail l hasnulhadiahmad.com

Artikel “Talqin Banduan Terakhir” yang tersiar di halaman hasnulhadiahmad.com para pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat hasnulhadiahmad.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan, dan hendaklah memohon keizinan terlebih dahulu.