Syaitan amat gembira apabila ada dikalangan manusia yang menyeru untuk berdamping dengan golongan mereka kerana mereka sememangnya mahu menyesatkan manusia sepertimana firman Allah Ta’ala didalam surah al-Hijr yang bermaksud: “Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.” (Surah Al-Hijr 15:39)
Saka adalah antara perbuatan “Ilmu Hitam“ yang sudah lama wujud dan diamalkan oleh individu tertentu di dunia ini termasuk di Malaysia. Pelbagai kesan buruk dan masalah yang akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar dengan menyekutukan Allah iaitu syirik kepada Allah Ta’ala, Syirik adalah suatu perbuatan yang termasuk didalam dosa-dosa besar. “Barangsiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah An Nisaa’: 48)
Antara Fakta Mengenai Saka:
1- Berbanding sihir dan santau, saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati, lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk membuangnya.
2- Pewaris akan menghadapi seksaan amat perit ketika hendak mati kerana roh sukar keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa sehingga menemui ajal.
3- Saka bermula dengan upacara yang jelas bertentangan dengan syariat serta menghina Islam antaranya seseorang itu akan memuja kubur atau tengkorak, meminum darah, membaca surah suci secara terbalik atau memijak al-Quran terlebih dulu.
4- Upacara saka dilakukan berserta jampi mantera bertujuan menyeru kehadiran syaitan. Seterusnya selepas berjaya menyeru kehadiran jin atau syaitan, perjanjian berserta syarat dan pantang larang akan dimeterai antara manusia dengan makhluk ghaib berkenaan.
5- Syaitan akan sentiasa mendampingi tuannya sehingga manusia terbabit boleh menggunakan kebolehan makhluk halus itu untuk kepentingan dirinya.
6- Manusia yang menggunakan Saka (bantuan jin) untuk pelbagai kepentingan seperti ingin menjaga keselamatan diri, ahli keluarga dan harta, menjadi kuat, berharta, disayangi atau digeruni ramai pihak selain mahukan makhluk ghaib itu membantunya bekerja di ladang atau lautan.
7- Permulaannya Saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka bagi menyesatkan manusia.
8- Apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya. Keadaan itu menyebabkan saka berkenaan “menumpang” pada jasad tuannya sehingga pemilik saka itu kelihatan seolah-olah masih hidup dan bergerak walaupun dia sebenarnya sudah meninggal dunia.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
9- Jin yang menjadi saka juga boleh mencemari maruah keluarga pemiliknya dengan mengadakan hubungan kelamin bersama isteri atau anak perempuan tuannya. Dan gangguan saka juga menyebabkan seseorang mengalami penyakit misteri yang amat menyeksakan.
10- Syarat yang perlu dipatuhi pemilik saka adalah jin berkenaan perlu diwariskan kepada individu lain apabila pemiliknya hampir menemui ajal selain pemilik perlu menjamu saka peliharaannya dengan darah, kemenyan atau sebagainya.
11- Saka akan mengganggu apabila pemilik berkenaan meninggal dunia tanpa sempat mewariskan saka berkenaan menyebabkan jin berkenaan akan merewang serta mengganggu dan menyakiti ahli keluarga serta orang lain.
12- Anak yang mewarisi saka tetapi tidak mengetahui syarat dan pantang larang ketika perjanjian dimeterai menyebabkan mereka tidak menunaikan perjanjian itu seperti tidak menyediakan makanan kepada jin menyebabkan makhluk itu akan mengganggu dan menyakiti mereka kerana marah. (Hukum mengguna atau mewarisi saka adalah haram disisi Islam.)
13- Syaitan adalah jin yang kafir dan ketua syaitan adalah Iblis, Saka yang dipelihara wanita digelar “pelesit” dalam budaya Melayu manakala Saka yang dipelihara lelaki digelar “hantu raya”. Hantu raya terdiri daripada jin berjenis Ifrit (golongan jahat).
14- Dalam kebanyakan kes, antara barang tuannya yang dijaga saka tetapi dijual kepada orang lain termasuklah barang antik dan bersejarah malah ada juga hiasan berupa tulisan ayat Al-Quran.
15- Antara jenis-jenis saka ialah, Saka Harimau: Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh, Saka Buaya: Mampu mengawal dan menjinakkan buaya, Saka Ular: Mampu mengawal dan menjinakkan ular, Saka Bomoh: Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus. (Sebenarnya, jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan sembuh.), Saka Kuat atau Saka Penimbul: Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal, Saka susuk: Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik dan Saka Toyol: Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib.
16- Untuk merawat atau membuang saka, pesakit perlu dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah serta mengelak daripada berjumpa bomoh atau pengamal perubatan yang berasaskan jin, mengubati sihir dengan menggunakan sihir (nushrah) seperti mengunjungi pengamal perubatan yang menggunakan jin untuk mengubati gangguan makhluk halus adalah haram.
17- Antara kaedah memperkuatkan pertahanan diri bagi menghadapi gangguan saka dan makhluk halus adalah mengamalkan bacaan ayat kursi, membaca doa menghalau syaitan (al-Mukminum: ayat 97 dan 98), sentiasa membaca al-Quran dan ta’awwuz selain kuat beribadat kerana syaitan akan berasa panas apabila berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kaedah berkenaan.
Susunan HasnulHadiAhmad
Wallahu’alam….
Semoga di kredit @ sumberkan kembali!
Comments on this entry are closed.
Aku akan rasa seram sejuk bila berdekatan dgn mereka
yg memakai saka..
Sedarlah.. hidup kita hanyalah utk DIA.. syaitan jin adalah
pilihan yang salah disisi ISLAM..
Ya Allah, lindungilah kami dari syaitan2 yang direjam…aminnn…
Salam saudara… sy ingin minta izin untuk copy artikel ini…. insyaAllah Allah akan balas atas budi baik saudara
W’salam….Silakan….selamat berkongsi manfaat….dan semoga di kredit @ sumberkan kembali….
salam..boleh tak saya tahu apa hukum memelihara ular sbg haiwan belaan.
Sy adalah seorg anak yg mnjadi mgsa gangguan saka.. Sy diganggu saka arwah ibu tanpa sy rela.. Hidup sy pnuh pnderitaan dan sering sakit misteri yg sakitnye amat mnyeksa.. Sy tidak boleh berkahwin krn setiap kali bercinta , saka akan mengganggu hingga sy putuskn hubungan.. Sy juga tidak boleh bkerja krn stiap kali bkerja sy akan dibuang kerja tanpa sbb yg munasabah atau kdgkala sy jatuh sakit tiba2 bila hendak ke tmpat kerja.. Dlu sy adalah pelajar cemerlang.. tetapi sy tidak dpt mneruskn pengajian ke peringkat lebih tinggi krn sering sakit akibat sering diganggu saka di tengah mlm.. Hidup sy pnuh tekanan, kesedihan, pnderitaan yg tidak terkata, kerugian hingga jatuh miskin dan dibenci saudaramara…
Sy mula diganggu saka pada usia 18thn krn ibu sy mninggal dunia ktika sy mncecah usia itu.. Kini, sy sudah berusia 35thn.. Sy smakin lemah dan hanya terlantar akibat tidak dpt mncari rawatan yg dpt memisahkn sy dr saka durjana ini… Lihat lah, sy tidak bersalah dan tidak tahu apa2 tp hancur sluruh hidup angkara saka nenek moyang!
slm..sy seorg pngamal rwtan islam.. skdar ingn berkongsi & membantu, anda tidak perlu slh kn kturunan anda disbbkan saka tersebut, just doakan pd allah spya ampunkan kturunan kita satu masa dlu pernah mnsyirikkan allah dgn brdampang dgn jin..dn doa spya allah hndarkan gnguan saka tersebut pd kita.. Dan anda dptkan rwatan islam dgn mana2 perawat islam utk matikan saka tersebut..inshallah, ada kaedah nya..hubungi sy utk perkongsian lebih, 0194491492.
kisah saya hampir menyerupai kisah saudara. Saya kini 27…….
MARI KELANTAN ADA PERAWAT ISLAM YG BUAT RAWATAN SECARA PERCUMA UTK BUANG SAKA.
Sy pun alami benda sama…skrg dah brumur 29 tahun, bercinta nak bgai nak rak tapi bila nak teruskan ke pringkat strusnya prmpuan tu akan pergi dengan skelip mata…
salam’alaik wbt…prtama skali yg za nk ckp ialah za xtau itu dlam alam real atau mimpi..masa tu aza lg kecik..aza baring di tgh rumah…then aza tgk ade seekor ular hitam yg sgt besar,brkilat dan brkepala manusia…kepala tu lelaki brambut putih,bulu kening n bulu mata dia pn putih…za tgk kepala tu kepala org lelaki….dia snyum dgn aza….mse tu aza pn x tkot….n mak aza ade ckap mak mentua dia dulu sgt jht,kejam,,n kalau x silap mak,dia ckp mak mentua dia dlu ade jge ular….n mak za ckap aza ni pantang bnuh ular…lau aza bnuh…aza kna sumpah oleh ular…tp za xtau plak ape sumpahnye….aza selalu ditindih ketika tdur…kepala pening bila ptang,,kdang2 ade trase bnda brgerak di bwak kulit,,mimpi ular n serigala pn ade….tulang keting pn kdng2 sejuk dlm tulang….tgn pn sometime bisa,ngilu n sakit……adakah za kna saka????? x kn???
W’salam….qurratu azzahra boleh mendapat maklumat lebih detail di – Perubatan Islam Darussalam Malaysia (Klik Disini)
Utk org2 yang tak tahu menahu tentang saka, tak payahlah komen. Para pengubat saka yang kononnya ‘betul’ sampai boleh menjual khidmat di tv, akhbar dan buku, 99% penipu. Sedangkan Harun Din boleh tidak boleh buat apa2 tentang saka yang jika diwarisi daripada dewa. Sy bercakap sebab sy pun mangsa keturunan. Hidup di dunia akhir zaman ini, tidak ada sesiapa pun yang boleh percaya. Mungkin di ulu2 kampung di indonesia ataupun arab, wujud lagi wali2 yang boleh ubatkan. Setakat pusat2 rawatan islam biasa2 ni, hmmm, tak payahlah buang masa, mereka pakai khadam je, setakat santau minor2 bolehlah.
Salam, mimi…saya nak bertanya tentang pengalamn mimi sbb saya pun dh banyak tmpt berubat, sakit saya hanyalah x boleh prg bekerja…saya dh berubat pelbagai jenis rawatan termasuklah hsrun din namun masih belum baik…jika saudari mimi masih membaca lagi laman ini, mta jawab di email saya, sifue_86@yahoo.com
Kebanyakan tempat sayapergi pun berkata sebab yang sama iaitu masslah saka keturunan…satu lagi saya konfius beza antara saka keturunan yg boleh mengubat dengan istilah amalan-amalan keturunan org soleh
“Setakat pusat2 rawatan islam biasa2 ni, hmmm, tak payahlah buang masa, mereka pakai khadam je…”
Jangan lah membuat fitnah, jangan menuduh yang bukan2 jika tiada bukti, jagalah penulisan kamu, takut membawa dosa, sejauh mana kamu tahu tentang pusat2 rawatan Islam, kamu kenalkah latar belakang ustaz2 yg berada di pusat2 rawatan Islam, kalau satu2 tembat rawatan mengunakan khadam itu bukan tempat rawatan Islam, itu pusat2 rawatan yg bercanggah dengan Islam. jangan buat2 pandai kalau kita tak tahu, nnti teserlahlah kebodohan kita.
“Sedangkan Harun Din boleh tidak boleh buat apa2 tentang saka yang jika diwarisi daripada dewa?
Dewa apa tu?
Jangan perlecehkan perawat Islam. Kesembuhan itu dari Allah. Tanpa ‘izin dariNYA, bawalah wali mana sekali pun, ianya memang tidak akan sembuh.
Jangan salahkan juga kepada keturunan. Semuanya dalam ketentuan Allah.
Faktor utama kesembuhan selain dari ke’izinan Allah’ ialah pengaruh minda pesakit yg dirawat itu sendiri. Apa yg tertanam dalam mindanya untuk kesembuhan.
Dan bagaimana pula dengan amalan2 yg diajarkan oleh perawat, apakah ianya diikuti.
Doktor sendiri tidak dapat membantu pesakit sekiranya melawan dan menentang apa yg dinasihatkan oleh doktor.
http://www.primanara.blogspot.com ….insyallah
Assalamualaikum..saya nak tanya boleh ke baca ayat kursi secara terbalik..??saya rasa was-was sangat tapi ini adalah ajaran seorang bomoh yang merawat ibu saya yang terkena sihir..Dia kata bila baca ayat kursi secara terbalik sahaja yang mampu mengurangkan rasa sakit..kepada yang arif tentang hukum niy tolong bagi tahu saya dengan emailkan ke alamat zaft_fiera@rocketmail.com
Salam.. Haram hukumnya membaca ayat quran secara terbalik. Matlamat tetap tidak meghalalkan cara. Daripada baca terbalik.. Baik baca ayat qursi dgn cara yg betul. Bacalah ayat qursi dengan 7 kali berhenti. Jika di perhatikan dalam ayat qursi terdapat 7 kali waqaf. Bacalah dengan tertib. InsyaALLAH mujarab.
Maaf.. Ayat kursi dengan 9 kali berhenti bukan 7.
Assalamualaikum. Ibu kepada sahabat saya diganggu saka hantu raya milik arwah ayahnya yang telah meninggal dunia. Baru baru ini saka tersebut minta bersetubuh dengan ibunya. Seorang bomoh menasihatkan supaya saka tersebut dibuang. Tetapi warisnya harus terima dahulu saka tersebut dan kemudia baru dibuang. Baru-baru ini juga mereka sekeluarga bermimpi arwah ayah mereka minta pertolongan.
Jangan diterima. Kalau bomoh tu ckp waris kena terima dulu pergilah ke perubatan islam. Kaedah islam adalah mencegah lebih baik daripada mengubati..
Assalamualaikum warahmatullah wabaraqatuh..
Saya mencari perawat disekitar, untuk rawatan secara dekat, saya termakan makanan dari ilmu guna-guna, beratus benda halus di hantar kepada saya..
email saya : tubuhsatu at gmail com
assalam.. saya tukang urut trdisionl ingin berkongsi pnglmn jika ada gangguan jin dekatkan diri dgn Allah.jdikan Alquran sbgai
edoman.zikrullah n membaca Alquran jadikan amalan harian.Isha Allah.
Assalamualaikum semua. Sy ingin bertanya satu soalan kepada pengamal perubatan tentang saka. Bolehkah saya menerima saka dr kawan sy yg telah lama beliau hidapi.
xboleh. saka biasa nya diwarisi ..tpi org yg tuan punya saka tu dia boleh hantar saka mereka tu pd diri org lain utk tujuaan tertentu… (baik atau jahat)
Saya nak tanya…pe yang akan terjadi pada owg yg berdamping dengan pelesit sekiranye owg yg terkena tu menhantar balik pelesit tu pada tuan nyer???sbb saya baru sahaja sembuh dari sakit akibat owg yg dengki ni…
Subhanallah….brhati2 n waspada dlm tulis tutur bicara….yakinilah Allah taala maha agong…maha penyembuh…maha esa…tidak ada yg selayaknya mnjd penyembuh dan menyembuhkan….
SAYA RAGU2 BILA BAC BERKENAAN TOPIK INI.. BAGAIMNA PULA KALAU KITA TERIMA BARANG2 DARI KAWAN2.. BOLEHKAN SAKA DISAMPAIKAN MELALUI PEMBERIAN BARANGAN ATAU MAKANAN. BERKEMUNGKINAN KAH KITA MENDAPAT SAKA SEKIRANYA BARANGAN YANG ATAU MAKANAN YANG DIBERI OLEHNYA MMG BERTUJUAN UNTUK MEWARISKAN SAKANYA.???
Assalamu’alaikum wbt..
Saka @Qarin(syaitan pendamping) ini dtg apabila individu tersebut mensyirikkan Allah,samada sengaja @tidak sengaja(tanpa ilmu a.k.a kejahilan @kebodohan )semuanya dgn izin Allah.sptmana dlm firmanNya surah azzukruf ayat 36.
Jadi belajarlah ilmu tauhid sehingga anda dpt membezakan syirik spt uluhiyyah,rububiyyah dan asma was syifat kerana ancaman tauhid adalah syirik.dan ancaman sunnah adalah bid’ah. Cuba di lamanemjay.blogspot
InSyaAllah.
Saya penderita sihir, selama 20 tahun ini saya di serang setiap hari, Badan saya terasa Panas Menggelegak, Di hidung terasa seperti di Cucuk, Di Mata-Telinga-Leher seperti ada benda yang bergerak-gerak. Di sebelah Malam tidur saya diganggu. Penyihir itu telah mengunci dengan sihir, fikiran saya – hati – mata dan mengetahui dimana saya pergi – Dengan siapa saya berjumpa. saya sangat bimbang diperangkap.Mohon doakan saya. -lemal-
Allahallahsatu@gmail.com
assalamualaikum..saya terpanggil untuk memberi komen d sini…kepada Puan yg mengatakan Tuan Guru Dat’o Harun Din pn x mampu buat apa2…Pusat rawatan guna khidmat khadam?pertama sekali Puan kena redha atas ketentuan ujian Allah pada Puan…Ujian tu kifarah pada manusia,kesakitan penghapus dosa2 kita…ke 2,Puan penah ke pusat2 rawatan islam ni?mcmana puan tau mereka gunakan khadam?puan memfitnah seorg ulamak dosanya besar tau.contoh pusat rawatan DARUSSYIFA..tidk pernah megenakan sbrang bayaran pn untuk setiap rawatan pn,semua d lakukan ikhlas kerana ALLAH…itu pesan tuan guru selalu..membantu mereka yg memerlukan rawatan…setiap penyakit ada ubtnya…peyembuhan hanya dri ALLAH…Muhasabah diri dlu Puan…insyallah Puan akan temui peyembuhanya.
Sy x tahu apa yg terjadilah dgn sy,,,disihir @ saka,,,Ayah sy dahulunya bomoh,tp cara bomoh dia plik,ada kain kuning,kain merah,dia kawin ramai Dan cerai,dia suka menuduh nomboq ekor,puja kubur,plik perbuatan dia,tp sy bukan dok ngan dia,sy p rumah dia pun time cuti sekolah…ibu sy pun ramai kata ada sama,,masing2 Dah tua Dan sakit dia mcm2,, sekarang dia Dah nyanyuk,umur baru 64, tp Dah nyanyuk,,baru2 ni dia x boleh berjalan x tau sbb apa,katanya sakit lutut,,lama2 boleh jln kmbali tp lutut tetap sakit,rambutnya mula luruh, jadi botak sebelah,,kulitnya mula gatal2 sekarang,badannya kurus,,,kasihan ibu sy….mengenai sy Pula,sy bercerai umur 26, sekarang umur sy 34 tahun,,sy berniaga kdai mkn,,,kerap bercinta,tp x jadi,,,dulu sy pernah sakit selepas bercerai,sakit tumit,Dua belah tumit,bila sy terpijak sesuatu,sangat sakit,pastu sy berubat rata x lega,sehingga seorang lelaki ubat kaki sy suatu hari lega,alhamdulillah…pastu masalah sy ni sekarang..sy jadi malas Dan x dak hati nk pergi berniaga,bila lpas asar jadilah perasaan malas,berat badan,asyik nk tidur 24 jam,duk umah x nak diganggu ,bdan terasa sangat lemah,,rumah bersepah,gelisah,berserabut,Kdai pun x dak org,perniagaan terus merosot sehingga seorang Dua saja yg datang Kdai,..yg selalu sy mimpi plak,ada bnda menindih sy,nk mintak tolong x boleh,mimpi lalu di kuburan,Dah 3 kali mimpi bersembang dgn arwah ibu tiri sy,mimpi nmpk HANTU,Baru2 ni sy mimpi sy Dan arwah ibu tiri sy,Ayah Dan ank sy yg Sulong berpindah kerumah yg lama x berpenghuni,,pastu sy mimpi membersihkan dlm rumah tersebut kerana rumah Dah lama x berpghuni,byk yg perlu disapu,,tiba2 sy nmpk HANTU,rambutnya panjang,pkai Bju hospital clour hijau plik2 btul mimpi2 sy,,,tp sy masih tertanya2,,, adalah org tlah sihirkan sy atau bnda lain,,,knapa ibu sy jadi mcmtu n apa rawatannya????
Assalam kpd semua yg mengunjungi laman blog ini…rawatan islam menjurus kpd berusaha…beriktiar… bertawakal kpd Allah dn Allah swt jua adalah penyembuhnya…klau sakit masih tidak jua ada tanda2 kesembuhan jgn d salahkn Ustaz2…jgn salahkn ayat2 Al-quran yg d gunapakai…kesembuhan itu milik Allah. Buang Saka Rawat Sihir ini bkn sesuatu yg mudah…
Kini terdapat terlalu ramai perawat2 d luar sana menawarkn diri untuk merawat tapi berhati2lah…carilah perawat2 yg benar2 ikhlas dn bertanggunjawab…jgn mudah percaya Saka boleh d buang dgn cara jarak jauh atau dlm sesaat dua. Yg benar2 pakar pun belum tentu dpt menyelesaikn masalah Saka…dptkn tanda2 gangguan Saka dn Sihir secara percuma d
http://www.pakarbuangsaka.blogspot.com
Sy penghidap penyakit misteri selama 12 thn. Kes saya sama spt Nana. Hilang kerjaya dan kemewahan. Sy mmg berubat hanya dgn pengamal perubatan Islam. Tidak dinafikan bukan semua pengamal perubatan islam menggunakan 100% ayat2 alquran. Ada di antara mereka bercampur menggunakan khadam. Sy bnyk buat kajian berkenaan perubatan Islam dan ala2 islam. Darul syifa’, darul salam insyaa allah bebas dr unsur2 syirik. Ada darul yg hentah apa2, hanya untuk bisnes. Akhirnya sy temui penawar di BENTENG MUKMIN. Perubatan dgn cara zikir untuk menguatkan pertahanan diri. Kini sy dah blh bekerja semula dan cergas fizikal, mental dan emosi spt sblm sy kena penyakit ni iaitu masa sy peringkat menengah. Penyakit misteri mendatangkan banyak fitnah dan merosakkan akidah pesakit mahupun org2 sekeliling. Sabo jelah! Perbuatan yg berlaku di alam ghaib mengundang tuduh menuduh yg maha dasyat. Pd yg tak kena boleh bercakap macam2. Pd yg kena hanya Allah yg tahu deritanya. Tp ini semua ujian Allah. Kalau tak kena penyakit mcm ni, sy mungkin hanya mewarisi Islam mll keturunan semata2 bukan mengkaji dan mencintainya. Kini sy sgt peka pd perbuatan2 syirik, makanan halal haram dan amalan ibadat yg lbh berkesan. Mgkin inlah cara Allah memberikan teguran pd perbuatan salah yg sy pandang remeh. Org melayu bersahabat baik dgn jin syaitan hingga diwariskan sebagai saka. Amalan org2 Melayu yg tidak berlandaskan Islam wajar dibuang spt silat batin, berbomoh, barang2 kebal, tilik barang hilang, meramal kalah menang, mandi bunga kenderaan, pelaris, seri muka dsbgnya yg takde dlm amalan Rasulallah. Alhamdulillah sy sedar kini. Kini sy berusaha untuk ubatkan anak2 pulak dgn menggalakan mereka berzikir dari kecik, tekankan solat, ajarkan kisah2 nabi, ceritakan kandungan al quran. Maka sy sendiri yg kena buat, faham dan amalkan benda2 tu. Pd yg sakit berubatlah. Pd yang x sakit, bantulah untuk benar2 memahami kami yg sakit. Insyaa allah..
ya benar. saya sangat menderita kerana semua ini. Hanya orang yang telah mengalami sahaja yanng tahu deritanya. Ianya bukan sahaja mengganggu ketenangan hidup malahan mengganggu AQIDAH . Sangat takut pada satu-satu masa. Airmata selalu jadi teman setia. Saya taktahupun mempunyai semua ini.Bukan atas kehendak sendiri..
Boleh kongsikan tak mcm mana dia rosakkan akidah.
Panduan sy untuk mengetahui sama ada perawat menggunakan cara islamik adalah
1. tidak ada istilah scan. Ini kerana manusia x mampu melihat melebihi jarak penglihatan mata kasar. Mesti guna khadam. Kalau x percaya, cubalah baca surah al ikhlas atau an nas semasa depa duk scan. Mesti terganggu konsentrasi. Blur….ada jugak yg mendakwa buat solat hajat. Lepas tu Allah bg petunjuk. Wali sangatkah org tersebut sampai terus nampak. Mesti guna khadam. Hanya Allah yg tahu.
2. tidak menggunakan barang2 perantaraan spt batu permata, cincin, duit syling walaupun alasannya ‘asbab’. Sy pun x faham asbab dr mana. Ada ke ayat2 alquran atau hadith sahih rasulallah menggunakan barang2 perantaraan untuk lindungi diri. Setahu sy rasulallah guna pedang untuk lawan musuh ketika perang dan pakai wangian untuk solat. Non alkohol je tau…
3. Perawat mestilah membacakan ayat2 ruqyah dgn jelas sehingga kita blh ikuti bacaan tersebut. Ada perawat yg mulakan dgn azan, alhamdulillah…ada yg baca permulaan shj yg jelas, yg bahagian ekor2 entah hape dibaca. Bersepah kot.
4. Sekiranya semua perbuatan perawat x meragukan tetapi penyakit msh blm sembuh, bersabarlah. Allah lbh tahu apa yg terbaik utk hambanya yg bersabar. Penawar ada dlm diri sendiri. Semakin kita sakit, semakin rapat dgn allah. Dgn segala derita dan kesusahan yg ditanggung, srkiranya kita redha, ganjaran menanti kita di akhirat kelak insyaa allah. Sekiranya kita menemui ajal dgn penyakit tersebut dlm keadaan kita sentiasa mengingati allah dan mbuat amal ibadat mengikut kemampuan kita, mudah2an allah menganugerahkan syahid kpd kita. Ameen
Salam…saya dari malaysia..saya ingin bertanya pendapat…beberapa bulan yang lalu saya bermimpi melawat rumah yang terlletak di kawasan hutam…ada kehadiran dua wanita tua yang berehat di keusi malas…kemudia saya di lintasi seorang gadis muda ..untuk ke dua wanita tua itu terdapat satu sungai yang kecil …tidak silap saya ada jambatan tetapi saya melangkah sahaja….kemudian saya bermain dengan anak harimau dan diperhatilan harimau dewasa dari tepi pokok yang jauh…harimau itu seaakan berapi biru….kemudian ia berlari kearah saya seolah mahu menerkam…tetapi ia tidak menerkam saya…kemudian saya keluar dari pintu kecil bersam rakan yang kebetulan ada di situ…apakah maksudnya? Juga saya baru mendapat informasi dari keluarga kandung saya bahawa nenek saya berasal dari narathiwat Thailand….asal usul saya lebih dari negara thailand….saya adalah anak angkat…saya pernah berjump dengan nenek saya itu seminggu sebelum dia meninggal dunia….dia ada berkata kita berjumpa lagi…adakah ini saka ?
Assalamualaikum. Sya da seorang mak saudara yg punyai saka yg kuat. Pernah skali tu kitaowg pggil darulshifa drp kl dtg ke ipoh mngubat, nk thu pe jdi, mkcik sya tu xjgk sembuh sakitnya tpi duit rm500 melayang sbb kna byr kt diowg, pe pnya darulshifa laa mntk duit tpi sktnya idk gak baik, puiittt…..demi allah bkn cerita dongeng tpi kenyataan yg bnr
Assalamualaikum. Sya da seorang mak saudara yg punyai saka yg kuat. Pernah skali tu kitaowg pggil darulshifa drp kl dtg ke ipoh mngubat, nk thu pe jdi, mkcik sya tu xjgk sembuh sakitnya tpi duit rm500 melayang sbb kna byr kt diowg, pe pnya darulshifa laa mntk duit tpi sktnya idk gak baik.demi allah bkn cerita dongeng tpi kenyataan yg bnr
Saya adalah seorang perawat islam yang menggunakan 100% ayat quran dalam rawatan apa saja jenis gangguan jin seperti sihir, saka, jin suka2 atau sakit mental. Pernah merawat sampai ke luar negara seperti Australia dan Abu Dhabi. Jika perlukan khidmat saya boleh wassap 0123779564.
Ariffin
Assalamualaikum..Sya org kgar perlis..Nma pgglan keyy @ wann..Sya ingin brkongsi pngalaman sya kpda anda smua yg d kasihi..Saka,sihir,santau mmg dri dulu kala lg..Dunia skrg dh nk brptah blik sprti zaman dlu,yg byk brmain dgn sihir..Dh akhr zaman pun..Pngalaman sya,msa umr sya 5thn,sya mudh nmpk mhluk ghaib smpy la umr sya skrg 30thn..Sblm ni sya mwarisi saka arwah tokwan sya..Tok wan sya mnggl smasa umr sya 4,nk msuk 5thn..Dkt sya sblm ni,ada bunian,harimau putih,naga,ular tedung selar putih la,kucing putih,syeikh2,wali songo dan hulubalang2..Sya confuse sblm ni krna brcmpur aduk yg baik dan tdk baik..Sya sering dmam,skt kpla,pning,lemah dll..Jd ayah dan ibu sya,bwk sya p brubt d mrta tmpt..Tp saka tu hlg jp je..Pastu kmbli blik..Last sya redha dan brdoa,mohon kt ALLAH SWT jiklau jln hdup sya mmg cmni,izinkanlh..Cma buangknlh mhluk2 yg xelok…Msa umr sya dh nk msuk 20 thn,sya dh blh brubt brmcm mcm pnyakit dgn mngunakan ayat2 suci al quran,selawat nabi,selawat syifa,zikir2 dan brdoa mntk kpda ALLAH SWT agar psakit smbuh spnuhnya…Bla sya dh aktf d dlm bidang prubatan,sya brguru dgn ustaz li org penang..Dia mngajar sya mmbaca al quran dgn btl,mngajar doa2 yg sesuai dgn pnyakit..Kmudian sya mminta ustaz li mmbntu sya,utk mmbuang saka yg tdk baik kt sya..Jd skrg sya hnya brubt org dgn pmblajaran sya sndiri..Smpylh sya brguru dgn abg syam polis org phang,pksu sya sndiri dan bonda angkat sya…Skrg hidup sya dh tenang krna dpt mmbntu dan ikhtiar mmbntu org2 yg mmrlukan..Sya mnusia biasa sprti anda smua..Sya hnya pnyambung doa..Sya bkn ustaz,bkn bomoh,bkn guru..Tp sya adalah hamba ALLAH yg trpilih..Pesanan sya,jgnlh p brubt dkt org2 yg ambk byrn @ pngeras yg tggi..Brubtlh dkt hamba2 ALLAH YG IKHLAS MMBNTU DGN MNGUNAKAN AYAT2 SUCI AL QURAN TNPA MMINTA BYRN..Kcuali kita sndiri yg ingin mmbagi wang kpdanya…Amalkanlh Al fatihah 7x,kulhuwallah 7x,selawat 11x dan ayat kursi 3 x dlm shri..Amalkan jgk doa nabi sulaiman,doa nabi yunus,doa rasulullah,selawat syifa dan zikir YA KOHAR YA JABBAR YA ZAL JALAL IKHWAL IKRAM 99x..Insyallah…Letak tapak tgn knan @ kiri d tmpt skt kmudian bca doa ni..(bismillahhil ladzi layaa dhuru,ma’as mihi,syai’un fil ardhii,walaa fis samaa,ewaa huwas samiiun alimm)…3x..
pakcik saya dah bnyak pengalaman tentang perubatan .. dan katanya xda org yg bole lawan kuasa allah .. semua yg terjadi ada sebabnya .. sudah terang terangan dlm al quran mengatakan setiap penyakit ada obatnya .. dan kepada para lelaki .. kita di wajib kan menuntut ilmu selagi ilmu itu tidak bertentangan dengan islam ..
Itu perbuatan Iblis dan jin kafir untuk menyesatkan manusia, manusia bodoh yang seperti itu
Apa yg sa baca saka bleh pindah kpda org lain tnpa pengetahuan org tue…apa yg sa takuti ialah kebelakangan saka tue pindah kat sa,bab kebelakangan nie asyik mimpi nmpk buaya putih ja dan perkara2 pelik slalu jdik..
Terima kasih atas perkongsian. Saya setuju memang ada antara kita yg bermasalah dgn saka. Perkara ghaib ni mmg di luar kuasa kita. Izinkan saya berkongsi Sedikit apa yg pernah saya lakukan.. Utk pembaca yg singgah ke blog tuan. Banyakkan baca dan tadabur al quran.. Doa pada Allah. Percaya pada Allah. Solat. Banyakkan baca buku2 agama dan buku motivasi tentang merawat hati. Jangan biar diri kesunyian.. Bersendirian.. Cari hobi. Cari kawan. Dengar ceramah agama dan motivasi utk dpt ilmu.. Utk lebih mengenali diri dan tujuan hidup. Hentikan melayan perasaan. Beranikanlah diri.. Yakin Allah menjaga kita. Cuba azan dan ingat Allah jika rasa ditindih ketika tidur. Cari kawan baru. Kawan dgn sahabat yg baik dan positif saja. Tinggalkn perbuatan lagha. Cuba utk bahagia. Hidup kita terlalu singkat utk melayan derita. Tidur sambil memasang surah al quran. Latih diri berpuasa sunat.jangan terlalu memikirkan kita sakit sbb saka. Kita panas baran sbb saka. Lupakan saka. Ingatlah Allah. Kembali pada Allah. InsyaAllah kita sembuh walaupun kdg2 kita masih dpt merasa kehadiran benda tu anggap saja itu bukan urusan kita. Urusan kita hanya dgn Allah. Cuba cari bahagia. InsyaAllah. Terima kasih.
Salam… Sebenarnya perawat hanya mampu menghalau jin/syaitan buat sementara waktu atau 30% kesembuhan. Selebihnya terpulang kepada pesakit untuk mengamalkan suruhan ALLAH, sentiasa berzikir, bermunajat dan berdoa kepada ALLAH. Sentiasa baca quran agar tidak lagi di ganggu oleh saka tersebut. Jika anda demam pergi jumpa doktor pun doktor akan bagi ubat. Selebihnya terpulang kpd anda untuk makan atau tidak ubat tersebut. Inilah perumpamaannya. ALLAH MAHA PENYEMBUH, sentiasa dekatkan diri kpd ALLAH. Jangan lalai.. Jika lalai istighfar dan kembali kpd ALLAH. Jika anda menganggap pergi ke pusat rawatan islam untuk sembuh sepenuhnya, anda silap. Sentiasalah berlindung kpd ALLAH. Paling mudah bertaawwuz dan berharaplah kpd ALLAH di samping kita berikhtiar. ALLAH MAHA MENGETAHUI DAN MAHA PENYEMBUH.
Assalamualaikum ustaz…saya terpanggil untuk bercerita tentang saka…sebelum ni saya mendapat tahu yg saka ini tdk boleh dibuang…klau dpt buang pun tdk lama kemudian dtg blik…betul ker x betul wallahuallam…sebab kakak saya mendapat saka dr umor 18…smpi sekarang x hilang2…tak kira tmpt dimana pasti kakak saya berubat…duit pun beribu2 hbis…haron din pun sudahh….bru2 ni saya mendapat berita nenek saya skit…sakit dia lain mcm….meracau2 lalu mkcik sya bwk g berubat nenek sya dgn ustaz di kundang…ustaz tu kata nenek saya ada saka…sya pun terkejut adakah kakak saya sakit sebelum ni drpda keturunan nenek saya….ustaz tu ckp ia…klau nk buang kna bwk semua ank2 cucu cicit nenek saya dtg…jd terpaksa mkcik sya usaha utk kumpul adik beradik semua turun…alhamdulilah semua turun…pda hari pengubatan tu semua kna duduk smbil kedua2 kaki lurus ke depan…dan semua kena baca ayat qursi…ustaz yg ubat tu berdiri…dia ckp insyaallah boleh buang….hbis berubat selang seminggu sya melawat nenek saya tp sya tgok keadaan mkin teruk …mkin kurus…tak mkn lansung tapi najis bnyk dan bewarna hitam..selepas saya datang melawat nenek saya belah siang…sya dpt berita malamnya pulak meninggal dunia….persoalan yg bermain di fikiran saya sekarang adkah nenek saya telah meninggal dulu sebulan yg lepas…yg bercakap dan bergerak ialah saka…dan adakah saka itu tdk mengangu keturunan saya lg..yg saya musykil semasa nenek sya sakit dia mengemgam tgn nya dan seakan menyuruh kita mengambil sesuatu dlm gengamannya…tp sya lihat tgnnya kosong…sekian smpi disini jee lah saya dpt bercerita…
As salamualaikum..mohon bantuan mengurangkan skt saka dan sihir..buat masa ni berdoa pada Allah yg termampu
Boleh kenali cara Ruqyah Syar’iyyah dan merawat sendiri cara Islam tnpa perlu cari perawat. Klu masih nk bergantung dgn perawat dan suka dermakan duit kpd perawat tkperlu join. Kalu nak belajar rawat sendiri utk cpt sembuh dan sygkn duit boleh
sakit datang kerana banyaknya dosa kita..jadi sakit tu akan hapuskan dosa kita yang lalu..kita tinggalkan Allah..jadi sakit sebagai petanda Allah nak kita dekat denganNya..saya ada penawar bagi segala penyakit..iaitu KEMBALI KEPADA ALLAH…taubat mohon ampunlah..taubat nasuha adalah pembukanya pintu kesembuhan..lalui jalan nya dengan SOLAT YANG KHUSYUK…kerana solat penghapus dosa dan cegah dari buat dosa lagi..jangan tinggal solat walau sakit nak mati..dan penutup pintunya adalah BERSANGKA BAIK PADA ALLAH…kuncinya adalah SABAR..sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar..maka ganjarannya adalah KETENANGAN.. hanya dengan ingat Allah hati menjadi tenang..dengan ketenangan tu penyakit anda sembuh..ketenangan hati bila kita rasa dekat dengan Allah.ketenangan fikiran bila kita buang fikiran negatif dan sangka buruk..Awak akan redha dengan sakit awak..Allah akan redha dengan awak..penawar ada pada diri kita..kerana setiap penyakit turun bersama penawar. awak buat ni maka yakin awak pasti sembuh.jangan kata tak mampu buat.Awak manusia..khalifah di bumi ni.khalifah tidak diberi pada makhluk yang lemah.
Assalamualaikum warahmatullah wabaraqatuh..
Saya mencari perawat disekitar, untuk rawatan secara dekat, saya termakan makanan dari ilmu guna-guna, beratus benda halus di hantar kepada saya..
email saya : tubuhsatu at gmail com