free tracking




≡ Menu

Isteri Dalam Pantang,Bapa Liwat Bayi 23 Hari

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

KUALA LUMPUR, 8 Okt — Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumah mereka di Taman Sunway, Batu Caves di sini kelmarin.

Laporan media menyebut lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Dipetik Harian Metro hari ini, sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira pukul 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

“Dia mula curiga suaminya melakukan sesuatu yang buruk terhadap bayinya kerana sedar sebelum itu lelaki berkenaan bermain bersama anaknya itu di dalam bilik,” katanya.

Sumber berkata, tanpa pengetahuan suaminya wanita terbabit bergegas membawa mangsa ke sebuah klinik sebelum doktor mengarahkannya melakukan pemeriksaan semila di Hospital Selayang.

“Pemeriksaan doktor yang mengesahkan mangsa diliwat. Berang dengan perbuatan terkutuk suaminya itu, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Selayang,” katanya lagi.

Sumber itu berkata, sebelum kejadian suspek mengajak ibu mangsa melakukan hubungan seks, namun wanita itu enggan kerana dia masih pantang kerana baru 23 hari melahirkan anak.

Lelaki itu ditahan malam kelmarin dan sedang direman selama empat hari.

Sumber juga berkata bayi itu berada dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.

themalaysianinsider.com

Comments on this entry are closed.

  • Pena islam October 8, 2011, 9:44 am

    Jika hukum hudud dilaksanakan insyaallah perkara2 sebegini dapat dijauhkan,kerana hukum Allah itu mampu menyelamatkan manusia…marilah kita sama-sama menyokong perlaksanaan hukum Allah…

  • norfasihah October 8, 2011, 5:20 pm

    subhanaaallah..manusia sekarang otaknya makin kecil snggup mlakukan perkara trkutuk pada anak kecil yang x berdosa..ya allah

  • Niena October 10, 2011, 9:01 am

    nafsu syaitan

  • Ummu Rafiqah October 19, 2011, 11:47 am

    Firman Allah..
    ” Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahannam kebanyakkan drpd jin dan manusia,mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memerhati ,mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat ,mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar..mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi..mereka itulah orang yang lalai…” -Surah Al A’raf 179 –

  • miszB April 21, 2014, 12:12 am

    Geraaammmnnyeer,mcm da xde otak n hati smpai sgup liwat bayi,smoga pelaku zalim tersebut mendapat hukuman yg setimpal timpalnyer…terbako ati aku!!

  • Sya June 28, 2020, 2:42 am

    Apa jadi pada bapa tu? Apa hukuman dikenakan? Google2 tak jumpa