Kisah Anak Paderi Memeluk Agama Islam
Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). “cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu…” Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;
– Mengapa orang Islam sembah ka’abah
– Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
– Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
– Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
– Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan,Ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
– Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
– Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
– konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.
Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita…….. Ayah saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……..Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu….
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,”You apa tahu… Islam pun baru setahun jagung…..”
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.
Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.
Wallahu’alam….
Kiriman: HambaAllah
Untuk lebih tepat lagi mengenai kisah ini, saksikan ceramah beliau. Dibawah ini video ceramahnya – Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz
Bahagian:
1 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)
2 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)
3 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)
4 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)
5 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)
6 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)
7 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)
Comments on this entry are closed.
Saya kagum dengan Johanis
Saya sedih dengan sikap orang yang mengaku dirinya Islam asal
harapan saya Johanis teruskan perjuangan anda
Nasihat saya pada Johanis, bersabarlah menghadapi ujian
kesal kerana tentangan datang daripada orang2 Islam yang tidah faham Islam
Hidup berjasa mati mulia
Tahniah dan syabas Johanis
semoga Farhan bin Abdullah dan ayahnya tabah mengaharungi ujian dan rintangan sebagai seorang pendakwah islam..begitu juga dengan pendakwah islam yang lain… Allah sentiasa bersama dgn hambaNya..dengan ilmu dan pengalaman moga Allah permudahkan segala urusan da’i dalam agama-Nya…Allahuakbar
assalamualaikum , saya sangat terharu dengan johanis . mohon share ya . syukran
W’salam…Silakan…Selamat Berkongsi….
ya allah…betapa agungnya kekeuasaanMU…
mohon share..
assalamualaikum
Wa’alaikumussalam…Silakan…Selamat Berkongsi….
saya tertarik dengan pengakuan anda insyallah… seseuatu yang baik itu bukan mudah untuk dilakukan tetapi percayalah Allah akan bersama mu..moga Allah memberkati mu saudaraku..amin
Assalamualaikum. subhanalllah…mmg tertarik dgn paparan kisah perjalan hidup Johanis. Sesungguhnya hidayah Allah tidak mengenal siapa. Teruskan perjuangan. Mohon share…syukran.
Silakan…Selamat Berkongsi…
Saya pernah dapat email cerita ni banyak kali, dan ada yang mempersoalkan cerita ini.
Berkaitan dengan Holy Water, betulkah begitu kuat ilmunya sampai boleh dijampi dan terpesong akidah umat Islam? Sampai tak boleh menyebut syahadah? Holy Water bagi saya tak ada langsung “kuasa” mengkristiankan orang Islam. Mitos semata-mata. Kalau betul lah begitu kuat kuasanya, tak perlu lah pendakwah kristian susah payah nak memurtadkan orang Islam. Bagi je air tu secara percuma dalam botol air mineral kat tepi2 jalan, cukup.
Maaf lah. Saya ragu dengan bahagian Holy Water dalam cerita ini, sedikit banyak membuatkan saya jugak ragu dengan keseluruhan cerita.
Sumber dari wikipedia,
“Holy water is water that, in Catholicism, Anglicanism, Eastern Orthodoxy, Lutheranism, Oriental Orthodoxy, and some other churches, has been sanctified by a priest for the purpose of baptism, the blessing of persons, places, and objects; or as a means of repelling evil.” – http://en.wikipedia.org/wiki/Holy_water
Harap jangan marah. Saya juga bangga dengan Islam, tapi bila menyampaikan kehebatan Islam perlu ada caranya, jangan sudahnya nampak lemah. Pemahaman saya, cerita Holy Water ni ibarat mengatakan Islam boleh tertewas hanya dengan air jampi. Lagi pulak kalau ikut kepercayaan mereka, Holy Water ni untuk juga digunakan untuk menghalau gangguan jahat! Kesimpulan di sini? Nauzubillah.
Sekali lagi maaf, kalau cara teguran saya kasar, atau pun mungkin sememangnya saya yang salah faham dalam hal ini.
Ya benar…air Holy Water itu tidak berbahaya klu dibaca dari wikipedia yg penulisnya pun dari kalangan mereka..adakah anda lebih percaya mereka dari sahabat seagama islam anda sendiri.adakah anda percaya kepada AIR SUCI mereka daripada AIR ZAM ZAM..tidakkah anda berfikir bagai mana air itu boleh mengusiar benda jahat seperti dakwaan mereka kalau bukan air itu telah dibaca ayat2 atau jampi2 yg kita sendiri pun tidak ketahui apa yg ada disebalik air Holy Water tersebut dan mungkin juga air itu dibaca ayat2 dan jampi2 sihir untuk merosakkan akhidah seseorang dan juga boleh melalaikan manusia dari mengigati Allah, kita perlu tahu bahawa sihir itu luas pengertiannya.kita tidak tahu disebalik air Holy Water tersebut,sedangkan air itu dikatakan boleh mengusir gangguan jahat kenapa pula kita tidak boleh mengatakan air itu juga boleh merosakkan akhidah seseorang, kalau begitu saya pun boleh menafikan bahawa air itu tidak boleh mengusir ganguan jahat dengan jampi2 atau ayat2 yg di bacakan didalam air Holy Water tersebut, manamungkin air itu boleh mengusir gangguan jahan kalau air itu tidak dijampi atau dibacakan sesuatu ayat didalamnya, cuma yg membezakan nya disini adalah bacaan baik atau bacaan buruk (sihir) yg terkandung didalam air tersebut.
nak merosakkan manusia lebih mudah dari merosakkan makhluk lain,kalau dilihan pada airnya sahaja memang tiada kelihatan yg pelik,contohnya seperti air yg dijampi oleh bomoh,dukun,pawang,tukang sihir…air itu seperti biasa,tapi dari segi batiniahnya kita tidak dapat mengetahui,apa yg terkandung didalam air tersebut,jadi natijahnya disini bukan pada air sahaja tapi dilihan pada orang yg membaca mantera (Menjampi),jampi benda yg buruk jadilah buruk,dan yg baik akan jadilah baik,
mengenai lemahnya islam,saya rasa tidak langsung perkara ini menunjukkan kelemahan,malah menjadi pengetahuan yg penting bagi kita untuk mengetahui selok belok orang2 kafir untuk menhancurkan islam,kelemahan apa disini kalau yg terkena buatan itu dikalanggan orang yg lemah imannya,dan orang yg kuat iman pun ada yg terkena jampi serapah yg merosakkan akal dan tubuh badannya,lagi kuat iman seseorang lagi kuatlah ujian yang datang kepadanya,sedangkan kalau kita lihat Rasulullah saw pun sendiri pernah terkena buatan orang (sihir) dari golongan2 yg membencinya,jadi disitu adakah Rasulullah lemah,tidak sama sekali,kerana sesuatu kejadian itu sebenarnya adalah pengajaran untuk kita buat masa akan datang…dan beringatlah sihir itu bermacam2 keadaannya, boleh datang dari makanan atau minuman dan sihir itu lebih mujarab dengan mengunakan AIR…..
“OLEH ITU AIR HOLY WATER TIDAK BAIK DIMINUM OLEH ORANG ISLAM,ITU YANG LEBIH SELAMAT”
sumber bacaan dari wikipedia adalah tidak rasmi iaitu boleh diubah sesuka hati..jika ingin mencari bahan bacaan untuk dijadikan rujukan sila ke laman yang lebih rasmi yang ada penulis,tarikh,masa dan bahan rujukannya yang lain..
Kisah ustad Farhan ni semamang nya benar2 terjadi.. Link dibwh ni video ceramah ustad Farhan yg di ceritakan oleh tuan punya badannya sendiri.
http://www.youtube.com/watch?v=eoJbXzHVECA
tapi ade stgh2 cerita dalam artical ni kurang tepat ape yg diceritakan oleh ustad farhan sendiri.
Sa ingin mo tanya di tmpat greja bekas padri ni beribadah. Sa terkilan juga dgn cerita2nya yang aneh ni. Mcm bkn bukan cerita seorang padri atau pastor. Mcm di buat buat. Orng bodoh ja yg percaya dgn cerita dia itu. Holy water pun dia tdk tau apa fungsi. Dalam greja mana ada istilah ketua greja. Greja sesat mungkin dia ni. Palui.. sa mo tnya dia ni di mana greja lawas tmpt dia berbakti. Bohong sunat ka itu
sumber bacaan dari wikipedia adalah tidak rasmi iaitu boleh diubah sesuka hati..jika ingin mencari bahan bacaan untuk dijadikan rujukan sila ke laman yang lebih rasmi yang ada penulis,tarikh,masa dan bahan rujukannya yang lain..TQ
terima kasih diatas komen2 anda di blog ini….
yang menarik perhatian saya adalah soalan soalan yang diajukan kepada ustaz itu.
saya tertanya tanya apakah jawapannya.
jika ada sesiapa yang tahu, mohon untuk kongsi ilmu bersama.
terima kasih.
Cuba anda lihat video ini,mungkin ada jawapannya, kata2 didalam video tersebut keluar dari mulutnya sendiri: Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz
Shallom semua..saya tiada bantahan trhadap saudara Johanis.Cuma saya sangat sedih sebab beliau sepatutnya ambil peluang utk byk belajar ttg KETUHANAN YESUS kerana beliau pernah aktif dlm pelayanan.bg saya pd masa beliau melayani org,dia x jujur kpd Tuhan kerana meminta byrn sehingga begitu.utk pengetahuan semua.pihak gereja ataupun org kristian x pernah ada twrn memberikan ganjaran kpd sesiapa yg membwa masuk seseorang menjadi org kristian.saya x tahu lah kalau ini amalan secara peribadi seseorg itu.pertanyaan saudara Yohanis ttg apakah manusia blh mengampuni dosa?secara manusia kita patut memaafkan jika ssorg itu brslh kpd kita kerana kita diajar utk saling mengasihi sesama manusia.Ia sudah jelas dlm 10hukum yg diturunkan oleh Tuhan.Tetapi,seorg paderi x boleh mewakili Tuhan utk mengampuni dosa org kerana semua manusia boleh berhubung dgn Tuhan melalui doa secara peribadi.Apabila kita mengakui dosa kita kpd Tuhan,Tuhan akan mengampuni dosa kta,melainkan dosa yg kta tidak akui dihadapan Tuhan.soalan ke3 iaitu konsep Ketuhanan Yesus adalah:Keunikan Tuhan Yesus jga terdpt dlm Al Quran:KELAHIRANNYA DARIPADA SEORANG PERAWAN jga disebut di S.19:16-35:YESUS ADALAH ROH DARIPADA ALLAH(S.4:171) :DIA ADALAH FIRMAN ALLAH (S:4:171)YANG TIDAK MEMPUNYAI DOSA (S.19:19);DIA DIANGKAT KE SORGA (S.4:158)DAN DIA AKAN KEMBALI KE DUNIA UTK MENGHAKIMI (S.43:61).BAHKAN KEBANGKITAN-NYA JGA DISEBUT DLM S.4:157 DAN 19:15,33.maknanya d sini al Quran dan surah jga mengakui akan KETUHANAN YESUS.Tuhan Yesus telah menggenapi seluruh injil dlm kitab injil.Lahir drp perawan suci Maria,membawa ajaran yg luarbiasa, mengadakan mukjizat, penyembuhan org sakit,membangkitkan org mati dan byk lagi.Dia telah diseksa oleh manusia disalib oleh kerana dosa setiap orang tetapi telah bangkit pada hari ke3 dan berada d bumi selama 44 hari memberi penghiburan kpd setiap yg percaya bah kan yg menolak Dia.Dia telah naik ke syurga dan berjanji akan kembali d akhir zaman utk menghakimi org yg hidup dan yg telah mati.Maka itu,selayaknya Dia disembah sebab Dia adalahTuhan dan Penyelamat yg Agung.harap penjelasan ini jelas utk semua.Kpd saudara Yohanis,ingat bahawa Yesus telah mengampuni dosamu pd saat anda melayani Dia.Tetapi Tuhan pasti tidak mengenal engkau dan Dia jga akan menyangkal engkau sebagaimana anda menyangkal Dia setelah anda meninggalkan dia.pasti semua org diselamatkan melalui penyerahan secara total kpd Yesus.Semoga pelajar2 IPT yg aktif melayani akan terus berjuang dan berjalan bersama Yesus.Jangan patah sayapmu.Pasti Tuhan Yesus bersama kta selamanya.
Saya rasa lebih elok dan lebih tepat anda mendengar sendiri ceramah beliau yang kata2 tersebut keluar dari mulutnya, ini link video ceramah Farhan (Ustaz Farhan):
Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz
Semoga Lefrin Salati akan memahami setelah menonton Video tersebut…
umat Islam sekarang ni berpecah-belah kerana penyakit ‘hati’ yang sengaja dibiarkan beraja di hati..dengki,cemburu,hasad dengki,ego dan kuat marah..sehinggakan keluarga sendiri sanggup dicaci dan dimaki..terlalu mengejar duniawi sehingga lupa akan adanya akhirat..Wallahualam
Cerita Johanis ini telah ditokok tambah,banyak yg tidak betul., tdk perlu percaya pd crita begini,kalau tiada gambar orangnya sekali. Lucu bila baca cerita palsu yg sesiapa pun boleh tulis.
Kisah ustad Farhan ni semamang nya benar2 terjadi, sebenarnya anda lah yg lucu dan pandai2 buat cerita…huhuhu…
Dan sebagai seorang islam dia tdk sepatutnya menghakimi agama lain.
Penafian
Didalam artikel (dari kiriman email) diatas tidak berkaitan dengan penulusan pemilik blog ini melainkan DINYATAKAN, didalam artikel di atas ada sesetengat tempat yang kurang tepat, contohnya seperti anak paderi, yang mana ayahnya seorang paderi, pembetulan disitu: ayahnya tidak sampai keperingkat Paderi, ayahnya adalah seorang Ketua Gereja, kepada 10 buah gereja, sepertimana yang telah diperbetulkan oleh tuan punya kisah didalam ceramahnya, cuba ambil masa dengar ceramah beliau, link2 video dari youtube yang telah kami tambahkan didalam artikel tersebut, kerana ada berlaku salah faham.
Kenapa pemilik blog ini tidak memadam / men-delete artikel ini jika ada berlaku sedikit kesilapan, jawapannya adalah satu kerugian jiga dipadam, kerana Traffic pada artikel ini tinggi, dan google Search Engines pun tinggi pada tajuknya, jadi tajuk artikel tersebut Keyword nya adalah sangat tinggi di engin pencarian, jadi dengan cara inilah hasnulhadiahmad.com dapat juga sedikit sebanyak memberi tahu kepada rakan2 kesahihan kisah ini melalui Video-Video ceramahnya, sekarang beliau menjadi seorang pendakwah islam yang sangat aktif menyampaikan dakwah2 islam, beliau yang di maksudkan adalah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz ( terima kasih kepada rakan2 komen yang memberi info mengenai video ceramah beliau)
Kepada rakan2 yang bukan Islam terima kasih dengan komen2 anda jika ada, kami memohon maaf, kalau ada menyinggung perasaan anda.
Kepada pengkomen2 yang mengunakan bahasa yg baik dan maklumat2 dari anda kami amat menhargai.dan tidak lupa juga, kepada pengkomen2 yang mengunakan bahasa yang kurang baik,dan email2 yang berunsur mencarut, maki hamun , lucah dan sebagainya kami terpaksa delete.(sebelum ini dah banyak sangat kami menerima komen2 seperti itu)
Untuk makluman semua komen2 anda tidak akan tertera di kotak komentar ini, selagi tidak di Approve.
Wassalam….
sye sdih bca cite neyh…sye nk mntak izin nk share….:-)
Assalamualaikum~
memang itulah ujian.. kita nak ubah dari baik kpda yang lebih baik mmg itulah tanda kasih ALLAH S.W.T trhdap hambaNYA. Moga Farhan Bin Abdullah dan ayah nya sntiasa kuat.. Islam penuh cabaran, dan ganjarannya memang tak lain melainkan Syurga Yang Abadi.. Subbahanallah~
Assalamualaikum.
Pertama sekali, saya ingin memohon kebenaran daripada pemilik blog untuk berkongsi tentang pendapat saya.
Saya hanya muslimah biasa yang juga masih mencari dan mengkaji lebih mendalam tentang Islam, terpanggil untuk berdialog atau memberi respon tentang komen oleh
‘Lefrin Salati December 10, 2011 at 11:37 am’.
Diharapkan komen saya TIDAK DISALAH ERTIKAN sebagai komen bersifat perkauman ataupun menyebelahi mana2 pihak. Terima kasih kepada saudara Lefrin kerana telah membuka mata ramai orang untuk berfikir kembali dan mengkaji tentang al-Quran.
Ok, setelah diteliti segala hujah Lefrin Salati, saya terus rujuk kitab terjemahan al-Quran bahasa melayu dan juga bahasa inggeris mengenai apa yg saudara Lefrin Salati nyatakan.
Pertama sekali,ingin saya ingatkan kepada pembaca semua, sila rujuk ayat-ayat dalam surah al-Quran yg dinyatakan oleh Lefrin Salati dan jangan terus-menerus membantah atau memboikot beliau secara terburu-buru. Dan juga ingin ditegaskan, bahawa daripada pemerhatian saya terhadap komen2 pada penulisan blog, selalunya seseorang akan memaki hamun secara membuta tuli sama ada beliau beragama Islam mahupun beragama lain. Seharusnya kita membuka kitab dan kaji secara terperinci untuk mengelakkan berhujah dengan kata-kata yg kosong. Jangan lupa pesanan Nabi kita, sekiranya datang permasalahan, rujuk kembali pada al-Quran & Sunnah.
Baiklah, terus kepada apa yg ingin dibincangkan, ‘konsep Ketuhanan Yesus’ dan saudara Lefrin menyatakan dari ayat al-Quran;
“…Keunikan Tuhan Yesus jga terdpt dlm Al Quran:KELAHIRANNYA DARIPADA SEORANG PERAWAN jga disebut di S.19:16-35:YESUS ADALAH ROH DARIPADA ALLAH(S.4:171) :DIA ADALAH FIRMAN ALLAH (S:4:171)YANG TIDAK MEMPUNYAI DOSA (S.19:19);DIA DIANGKAT KE SORGA (S.4:158)DAN DIA AKAN KEMBALI KE DUNIA UTK MENGHAKIMI (S.43:61).BAHKAN KEBANGKITAN-NYA JGA DISEBUT DLM S.4:157 DAN 19:15,33… ”
kemudian Lefrin menyatakan selepas itu,
“…maknanya d sini al Quran dan surah jga mengakui akan KETUHANAN YESUS.Tuhan Yesus telah menggenapi seluruh injil dlm kitab injil.Lahir drp perawan suci Maria,membawa ajaran yg luarbiasa, mengadakan mukjizat, penyembuhan org sakit,membangkitkan org mati dan byk lagi.Dia telah diseksa oleh manusia disalib oleh kerana dosa setiap orang tetapi telah bangkit pada hari ke3 dan berada d bumi selama 44 hari memberi penghiburan kpd setiap yg percaya bah kan yg menolak Dia.Dia telah naik ke syurga dan berjanji akan kembali d akhir zaman utk menghakimi org yg hidup dan yg telah mati.Maka itu,selayaknya Dia disembah sebab Dia adalahTuhan dan Penyelamat yg Agung.harap penjelasan ini jelas utk semua…”
Pandangan saya berdasarkan pemerhatian & kajian yg dilakukan;
1. “Keunikan Tuhan Yesus jga terdpt dlm Al Quran:KELAHIRANNYA DARIPADA SEORANG PERAWAN jga disebut di S.19:16-35” -Lefrin
Hasil saya temui:
Surah 19,Maryam: ayat 16-35
(16) Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur.
Relate in the Book (the story of) Mary, when she withdrew from her family to a place in the East.
(17) Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya Roh dari kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.
She placed a screen (to screen herself) from them; then We sent her our angel, and he appeared before her as a man in all respects.
(18) Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertaqwa.
She said: “I seek refuge from thee to ((Allah)) Most Gracious: (come not near) if thou dost fear Allah.”
(19) Ia berkata: “Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci”.
He said: “Nay, I am only a messenger from thy Lord, (to announce) to thee the gift of a holy son.
(20) Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?”
She said: “How shall I have a son, seeing that no man has touched me, and I am not unchaste?”
(21) Ia menjawab: “Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.
He said: “So (it will be): Thy Lord saith, ‘that is easy for Me: and (We wish) to appoint him as a Sign unto men and a Mercy from Us’:It is a matter (so) decreed.”
(22) Maka Maryam hamilah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.
So she conceived him, and she retired with him to a remote place.
(23) (Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!
And the pains of childbirth drove her to the trunk of a palm-tree: She cried (in her anguish): “Ah! would that I had died before this! would that I had been a thing forgotten and out of sight!”
(24) Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:” Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.
But (a voice) cried to her from beneath the (palm-tree): “Grieve not! for thy Lord hath provided a rivulet beneath thee;
(25) Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.
“And shake towards thyself the trunk of the palm-tree: It will let fall fresh ripe dates upon thee.
(26) “Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”.
“So eat and drink and cool (thine) eye. And if thou dost see any man, say, ‘I have vowed a fast to ((Allah)) Most Gracious, and this day will I enter into not talk with any human being'”
(27) Kemudian baliklah ia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya, mereka pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya!
At length she brought the (babe) to her people, carrying him (in her arms). They said: “O Mary! truly an amazing thing hast thou brought!
(28) ” Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat!”
“O sister of Aaron! Thy father was not a man of evil, nor thy mother a woman unchaste!”
(29) Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): “Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?”
But she pointed to the babe. They said: “How can we talk to one who is a child in the cradle?”
(30) Ia menjawab:” Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.
He said: “I am indeed a servant of Allah. He hath given me revelation and made me a prophet;
(31) Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.
“And He hath made me blessed wheresoever I be, and hath enjoined on me Prayer and Charity as long as I live;
(32) ” Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Ia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.
“(He) hath made me kind to my mother, and not overbearing or miserable;
(33) Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)”.
“So peace is on me the day I was born, the day that I die, and the day that I shall be raised up to life (again)”!
(34) Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.
Such (was) Jesus the son of Mary: (it is) a statement of truth, about which they (vainly) dispute.
(35) Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: “Jadilah engkau”, lalu menjadilah ia.
It is not befitting to (the majesty of) Allah that He should beget a son. Glory be to Him! when He determines a matter, He only says to it, “Be”, and it is.
Sumber: http://www.surah.my/19
Ya, memang benar kata Lefrin, Isa adalah putra Maryam, KELAHIRANNYA DARIPADA SEORANG PERAWAN, tetapi telah ternyata bila dibaca keseluruhan ayat dari 16 hingga 35 surah Maryam;19, Allah tidak mungkin atau tidak layak MEMPUNYAI ANAK(ayat 35), seperti dalam konsep trinity kristian. Jadi, fakta mengenai Isa putra Maryam memang benar dalam al-Quran, tetapi di manakah ayat yg menyokong trinity dalam ketuhanan seperti yg ditegaskan oleh penganut kristian sekarang? Sedangkan telah diterangkan dalam ayat 35; Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: “Jadilah engkau”, lalu menjadilah ia.
Dan nabi Isa juga telah dengan jelas memberitahu kepada kaumnya bahawa dia adalah hamba Allah dalam ayat 30; Ia menjawab:” Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Ia telah menjadikan daku seorang Nabi.
Bila difikirkan, bagaimana pula seseorang yg sudah mengaku hamba Allah, tiba2 nak claim dia tu Tuhan pula? Logikkah?
______________________________________________________________________________
2. “YESUS ADALAH ROH DARIPADA ALLAH(S.4:171): DIA ADALAH FIRMAN ALLAH (S:4:171)” -Lefrin
Hasil saya temui:
Surah 4,An-Nisaa’: ayat 171
Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga”. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).
(An-Nisaa’ 4:171) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
O People of the Book! Commit no excesses in your religion: Nor say of Allah aught but the truth. Christ Jesus the son of Mary was (no more than) an apostle of Allah, and His Word, which He bestowed on Mary, and a spirit proceeding from Him: so believe in Allah and His apostles. Say not “Trinity” : desist: it will be better for you: for Allah is one Allah. Glory be to Him: (far exalted is He) above having a son. To Him belong all things in the heavens and on earth. And enough is Allah as a Disposer of affairs.
Sumber: http://www.surah.my/4#171
Ya, memang benar lagi apa yg dinyatakan oleh saudara Lefrin, “YESUS(atau Isa) ADALAH ROH DARIPADA ALLAH”, dan dinyatakan di dalam al-Quran, tetapi hal itu tidak membenarkan Jesus itu adalah Tuhan. Andai kata sekiranya kita mengambil kira di dalam ayat ini, “…dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya…” bererti Isa itu roh Allah, maksudnya makhluk lain seperti Adam dan manusia2 lainnya juga adalah Tuhan lah, kerana semua roh adalah daripada Allah, takkan lah tiba2 Jibril yg beri roh kepada manusia lain atau malaikat lain yg beri roh kepada makhluk lain, semestinya penguasa alam ini, iaitu Allah yg satu lah yg beri roh kepada semua makhluk. Jadi, adakah di alam ini penuh dengan Tuhan?
Kemudian tentang “Dia adalah firman Allah” juga benar seperti dinyatakan Lefrin, di mana ayat yang sebenarnya di dalam surah An-Nisaa’; “…sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam,…”.
Tetapi, mari kita rujuk kembali, apakah maksud firman atau kalimah? Ia membawa erti perkataan,kata-kata, sekiranya merujuk dari segi bahasa. Maka, kalimah Allah atau firman Allah bererti perkataan dari Allah. Tidakkah anda pernah membaca ayat 35;surah 19, Maryam: “Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Ia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Ia berfirman kepadanya: “Jadilah engkau”, lalu menjadilah ia.”
Ok, di dalam konteks ayat An-Nisaa di atas, bukankah ayat itu sudah cukup menerangkan bahawa Isa itu telah ‘diciptakan’ oleh Allah kepada Maryam, dan bukannya Isa itu Allah. Adakah sama maksudnya ‘Isa atau Jesus adalah Allah(Tuhan)’ dengan ‘Isa adalah kalimah(atau firman) Allah’? Dan ingin saya tegaskan juga di sini bahawa sekiranya anda membaca tafsiran al-Quran, anda akan melihat ‘Ia’ ditaip dengan huruf depannya huruf besar, itu membawa maksud Allah swt.
Nah, saya rasa saudara Lefrin telah banyak membantu saya mencari hubungkait dan kepentingan antara ayat-ayat di dalam al-Quran, SubhanAllah, terima kasih saudara.
______________________________________________________________________________
Baiklah, sekiranya mengikut kehendak saya, saya ingin ungkapkan kesemua perkara yg jelas dan benar yg saya temui berdasarkan terjemahan ayat-ayat al-Qur’an seperti yg diajukan oleh saudara Lefrin di atas. Tetapi, saya rasa cukuplah dengan berbekalkan al-Qur’an dari sumber yg benar dan betul seperti di sumber http://www.surah.my, atau anda bolehlah berjumpa dengan ulamak2 Islam yg lebih meyakinkan dan minta pada beliau terjemahan yg benar mengenai al-Quran, untuk menjadi panduan untuk anda mengkaji dan berfikir. Jangan lupa akan sunnah Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Duduk, banyakkan membaca dan mengkaji dari sumber yg meyakinkan dan benar serta berbahaslah sesama penganut agama dengan tawadduk dan istiqamah. Jangan saling mencerca kalau tidak tahu perkara sebenar.
Terima kasih admin sekiranya publish komen panjang berjela saya ini, huhu, semuanya untuk mendamaikan antara kita, bukan untuk bermegah2 antara agama atau bergaduh ya.
Sekian.
I just like the valuable info you provide in your articles.
I’ll bookmark your weblog and check again here regularly.
I’m somewhat sure I will be told plenty of new stuff right right here!
Good luck for the next!
Super, dzięki za odp
MENANGISI MURTAD DAN ZAKAT
Tulisan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Minggu lepas saya dan beberapa orang sahabat pergi menemui salah seorang dari 12 individu yang dikaitkan dengan isu murtad baru-baru ini. Dia seorang janda yang mempunyai tiga orang anak. Usianya masih muda. Latar pendidikannya saya rasa ‘amat sederhana’. Saya tidak pergi untuk mempersalahkannya kerana pergi ke gereja dan terjebak dalam usaha kristiansasi. Saya pergi untuk membolehkan dia merasakan bahawa masih ramai yang ingin mengambil berat tentangnya. Lebih penting lagi, saya pergi untuk mengetahui apakah yang membawa dia sehingga terpaksa meminta simpati dan bantuan hidup dari pihak gereja.
Sedih
Saya sedih mendengar ceritanya. Menurutnya, dirinya seorang janda yang ditinggalkan suami. Terpaksa menanggung hidup tiga orang anak. Dalam kesempitan hidup yang amat, diminta keluar dari rumah sewa dan tenat mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak dia pergi merintih di pejabat zakat. Dia tidak dilayan. Bahkan pegawai bertugas dengan tegas memberitahunya peruntukan sudah habis. Rayuannya tidak diendahkan. Dia keluar berusaha lagi. Dia berjaya mendapatkan surat sokongan ahli politik. Kembali ke pejabat zakat membawa surat tersebut, terus sahaja dia mendapat peruntukan zakat. Peruntukan yang kononnya sudah habis sebelum itu, kembali ada untuknya. Dengan berbekalkan wang zakat itu dia berusaha survive. Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.
Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan. Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan. Pihak gereja membantu keperluan hidupnya. Diberikan wang serta menziarahi keluarganya. Mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan ‘mesra dan sayang’. Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya.
Bagaimana mungkin untuk dia merasai kehebatan Islam di saat penganut yang seagama dengannya tidak memperdulikannya. Bahkan enggan membantunya. Bagaimana pula dia dapat melihat kesilapan pihak gereja secara lahiriahnya sedangkan ternyata merekalah menolongnya? Orang mungkin berfalsafah dan berceramah secara retorik, namun jiwa insani terpengaruhi dengan apa yang dia rasai. Sakit demam anak-anaknya pihak gereja yang mengambil berat. Makan-minum mereka, pihak gereja yang membiayai. Bahkan keperluan rumah juga diberikan satu persatu.
Tangkap
Menurutnya, dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya. Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja. Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja. Menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja. Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi.
Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar. Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat. Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu. Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi.
Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu. Pihak gereja jugalah yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut. Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang. Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan ‘tukaran’ yang tidak dapat saya maklumkan di sini. Semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan, dia berada dalam gereja berkenaan bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya. Walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad, cumanya ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad.
Alhamdulillah dia masih kekal dengan keislamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup. Terus-terang dia sebut ‘semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya’.
Semasa saya menziarahinya –tanpa notis awal- dia baru sahaja selesai menunaikan solat terawih. Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit aids dan juga muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan. Apa yang hendak dipelikkan, begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan. Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam. Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai Ph.D dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam.
Salah Siapa?
Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya. Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan ‘dakwah’. Adapun kita yang tidak membantu dan berdakwah ini, tidak perlulah disalahkan. Begitukah kita? Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata.
Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan. Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini.
Zakat
Saya tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja?
Sesetengah pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwwah Islamiyyah. Pemohonan menjadi sulit dan sukar. Apatahlagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah. Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat.
Jika program ‘Bersamamu’ boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat. Menurut al-Quran, yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan. Firman Allah (maksudnya):
“(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”.( Surah al-Baqarah ayat 273)
Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah kemiskinan. Kata Saidina ‘Umar r.a.:
“Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah).
Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas. Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!