free tracking




≡ Menu

Keadaan-Keadaan Yang Diharuskan Uzur Dari Solat Fardhu Berjamaah

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

(1) Sakit; iaitu kesakitan yang menjadi keuzuran untuk hadir berjama`ah di masjid seperti demam panas, lumpuh, orang tua yang uzur dan seumpamanya. Dalil faktor ini ialah hadis Abu Hurairah dan Ibnu `Abbas yang di atas. Selain dari itu, Rasulullah s.a.w. ketika sakit, tidak hadir ke masjid dan berkata kepada sahabat:

مُرُّوْا أبَا بَكْرٍ، فَلْيُصَـلِّ باِلنَّاسِ

Bermaksud:

“Suruhlah Abu Bakar bersembahayang (menjadi imam) dengan manusia.”

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Rasulullah s.a.w. tinggal solat berjama`ah beberapa hari kerana sakit. (Al-Shafi`iyy, Al-Umm, 1/138)

(2) Takut; iaitu takut kemudaratan ke atas diri atau harta atau keselamatan keluarga atau dibimbangi sakit. Dalil harus uzur kerana takut ialah hadis Abu Hurairah dan Ibnu `Abbas yang di atas.

(3) Hujan; termasuk selut, udara terlalu sejuk, atau terlalu panas, angin kencang dan kegelapan yang bersangatan. Dalil uzur pada keadaan tersebut ialah hadis Ibnu `Umar r.a. katanya:

كُنَّـْا إذَا كَاْنَ مَعَ رَسُوْلِ اللَهِ (ص) فِىْ سَفَرٍ، وَكَاْنَتْ لَيْلَةً مُظْلِمَةً أوْ مَطِـَيْرَةً ، نَادَىْ مُنَادِيْهِ : أنْ (أو ” ألا ” ) صَـلُوْا فى رِحَاْلِكُمْ

Bermaksud:

“Adalah kami apabila bersama dengan Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan, sedang malam gelap atau hujan, pemanggilnya (mu’azzin) melaungkan: “Tidakkah kamu bersembahayang di tempat tinggal kamu” (Al-Zuhailiyy, Al-Feqh Al-Islamiyy dan Al-Shafi`iyy, Al-Umm)

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

(4) Mengelak dari dua kekotoran, iaitu kekotoran air kecil dan kekotoran air besar kerana boleh menjejaskan kesempurnaan solat dan kekhusyukkan. (Al-Zuhailiyy,Al-Feqh Al-Islamiyy)

(5) Berhadapan dengan makanan bagi orang berpuasa setelah berbuka atau berbuka puasa atau wujud makanan di saat kelaparan atau kedahagaan yang bersanghatan. .(Ibnu `Abidin, Radd Al-Mukhtar dan Al-Shafi`iyy, Al-Umm)

(6) Kebimbangan ditinggal oleh “qafilah” perjalanan bagi perjalanan bersama orang ramai dan bukan perjalan sendirian.(Ibnu `Abidin, Radd Al-Mukhtar,dan Al-Shafi`iyy, Al-Umm)

(7) Terlalu mengantuk seperti peristiwa seorang lelaki berpisah dari berimamkan Mu`az kerana bacaannya yang panjang, dimana Rasulullah diam (tampa melarang) mengenainya selepas diketahuinya. Walaupun demikian, jika sabar untuk dapat berjama`ah atau terus berjama`ah adalah lebih baik. (Al-Zuhailiyy, Al-Feqh Al-Islamiyy)

(8) Berada di dalam kurungan, kerana Islam tidak menuntut melaksana sesuatu melainkan sekadar terdaya (Al-Qur’an dan Al-Hadith). (Al-Zuhailiyy,Al-Feqh Al-Islamiyy)

(9) Ditambah oleh Al-Shafi`iyy; kebocoran atap dipremis perniagaan, gempa bumi, udara yang terlalu panas samaada malam atau siang, usaha mencari binatang hilang yang dijangka boleh ditemui, usaha mendapatkan barangan yang dirompak, gemok yang keterlaluan, keresahan yang menjejaskan kekhusyukan, sebok dengan pengurusan jenazah, ada orang yang boleh menyakitkannya di jalan ke masjid, suasana pengantin baru pada solat malam, imam membaca panjang dari yang sewajarnya atau imam tidak mengikut sunnah atau terlalu cepat bacaan atau imam dari kalangan orang yang dimakruhkan mejadi imam, atau dibimbangi berlaku fitnah baginya atau dengannya.

Pendapat ini disokong oleh Al-Hanabilah dengan menganggap uzur oleh sebab panjang bacaan imam dan sebab pengantin baru. Menurut Al-Malikiyyah, gugur kewajipan solat Jum`at dan solat berjama`ah selama enam hari oleh sebab berbulan madu, dan tidak gugur pada hari ketujuh menurut pendapatnya yang masyhur.(Lihat: Al-Zuhailiyy, Al-Feqh Al-Islamiyy, 2/170 – 172)

Wallahu’alam….
HasnulHadiAhmad.Com

Halaman Utama Himpunan Artikel Solat Fardhu Berjamaah ~ Klik Disini