free tracking




≡ Menu

Kesimpulan Hukum Solat Fardhu Berjamaah

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

(1) Dalil tuntutan solat fardhu dilakukan secara berjama`ah amat kuat, sehingga mendorong ulamak memperturunkan hukum, bahawa berjamaa`ah solat fardhu adalah wajib `ainiyy (wajib atas setiap mukallaf) – seperti pendapat Hanabilah dan Hanafiyah – ke atas lelaki atau fardhu kifayah atau sunat mu’akkad (sunat yang kekuatan tuntutannya hampir menyamai wajib `ainiyy).

Oleh itu,sepakat para ulamak menekankan kepentingan solat berjemaah, sekalipun mereka khilaf tentang hukumnya. Ada yang menganggapnya fardu ain seperti Imam Auzaiey, Atoa’, Ahmad, Dawuud az-Zohiri dan sebahagian muhaddisin mazhab Syafie seperti Ibnu Khuzaimah, Abu Thur dan Ibnu Hibban. Ada yang menganggapnya fardhu kifayah sebagaimana yang masyhur dalam mazhab Syafie dan ada yang menganggapnya sebagai sunat muakkadah. Imam Bukhari juga menganggap solat berjemaah itu wajib.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

(2) Rasulullah s.a.w. amat memarahi lelaki yang tidak menunaikan solat fardhu berjama`ah, walaupun orang itu berpuasa dan bangun malam, sehingga disabdakan bahawa mereka dari ahli neraka.

(3) Kemarahan Rasulullah s.a.w. itu sehingga membandingkan bahawa mereka yang tidak menunaikan solat fardhu berjama`ah itu sama seperti orang munafiq dan rumah-rumah mereka layak dibakar suatu ancaman bagi mereka.

(4) Tuntutan solat fardhu bejama`ah itu sampai ke peringkat orang buta juga dituntut jika ada pemandu dan orang yang uzur juga dituntut jika ada orang yang boleh dipapahnya sampai ke sof solat.

(5) Keuzuran dari solat fardhu berjama`ah hanya layak bagi mereka yang sakit atau takut (khauf) sahaja atau berada dalam keadaan yang menghalang dari pergi ke tempat solat berjama`ah atau keadaan yang menuntut supaya tidal meninggalkan tempat berkenaan, bukan sebab sengaja.

(6) Syaitan sentiasa berusaha memesongkan masyarakat yang tidak mengambil berat tuntutan solat berjama`ah dengan berbagai-bagai cara.

(7) Semakin besar bilangan anggota jama`ah, semakin banyak kelebihan yang diperolehi.

wallahu’alam….
HasnulHadiAhmad.Com

Halaman Utama Himpunan Artikel Solat Fardhu Berjamaah ~ Klik Disini