Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.
Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
Kuman enterobacter yang tidak merbahaya
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.
Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).
Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.
Wallahu’alam….
Comments on this entry are closed.
Terima kasih atas ilmu yang bermanfaat. Dalam masa yg sama, nak tau, taphylococcus tu yg mana ye? seingat den, staphylococcus :)
Sama2…Selamat Berkongsi Maklumat..dan maaf diatas kesilapan pada perkataan staphylococcus…Syukran….
trima kasih utk ilmu yang bermanfaat dan berguna .mohon izin ambil gambar kucing yg bersertakan hadith tersebut..
Silakan…selamat berkongsi…
Terima Kasih kerana sudi berkongsi maklumat yang berguna dan tidak pernah saya ketahui sebelum ini… =)
mintak share yer… and terma ksih sebab bkongsi maklumat yg sgguh berguna ni…^^
I love cat!!
suka sangat kucing..tapi, kat umah xder kucing…sekarang dah tahu semua pasal cat ><
Bulu kucing yg tertggal pulak mcm mana ye?ada pendapat yg mengatakan najis dan ada pulak yg mengatakan dimaafkan jika dibawa dalam solat.nk ikut yg mana satu nih.tlg perbetulkan kalau tersilap.tq
Perkara ini banyak khilaf pendapat@pandangan dari kalangan para Ulama’.
Menurut mazhab Syafi’i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, sama ada semasa hidupnya atau selepas mati. Namun menurut mazhab Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.
Bulu binatang yang halal dimakan seperti unta, lembu, kambing, arnab, ayam dan sebagainya, jika terpisah dari badannya sama ada dicabut, tercabut atau sebagainya ketika binatang itu hidup atau mati kerana disembelih maka adalah ia suci (tidak najis).Jika bulu binatang tersebut terpisah sesudah ia menjadi bangkai maka bulu binatang berkenaan adalah najis.
Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya, terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati. Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai. ( Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ).
Menurut hukum syarak-syarat sah mengerjakan sembahyang itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat sembahyang. Oleh itu, jika terdapat bulu binatang yang di hukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu yang najis itu sedikit, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit. ( AL-Feqh Al-Islami Wa Adilatuh ).
Wallahu’alam….
Salam… Terima Kasih atas maklumat yg berguna dan sy minta izin untuk di kongsi kpd yg ln2.
Alhamdulillah..saya baru menemui blog anda.melalui facebk dari atikel berkenaan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w..sangat menarik akan isiannya..semuga Allah memberi kerberkatan dalam hidup anda dalam dakwah ini..saya mohon izin kongsi bersama agar dapat dikongsi bersama oleh rakan2 yg lain…
Silakan…Semoga bermanfaat untuk kita semua, insyaAllah….
Alhamdulillah.. sedang mencari-cari ilmu tentang makhluk Allah yang comel ini, saya terjumpa blog ini. Terima kasih atas perkongsian.. Izinkan saya berkongsi bersama rakan yang lain juga..
terima kasih admin utk blog yg menarik ni :)
Nak tanya…. boleh tak kucing peliharaan dimandulkan? ada yang kata tak boleh ada yang kata boleh?
Memandulkan binatang yang boleh dimakan dagingnya seperti lembu, kerbau, kambing dan sebagainya adalah harus hukumnya tetapi hendaklah dimandulkan binatang itu semasa kecil.
Manakala memandulkan binatang kesayangan yang tidak boleh dimakan seperti kucing atau anjing adalah diharuskan dengan syarat-syarat tertentu iaitu. Bagi menjaga maslahah ammah, maslahah ammah bermaksud:
– Jika binatang itu membawa penyakit atau dapat menghindarkan haiwan peliharaan daripada penyakit.
– Menjaga keselamatan manusia serta kesejahteraan persekitaran dan sebagainya.(Seperti Anjing menjaga keselamatan/penyelamat)
– Mengkasi di haruskan apabila haiwan tersebut beranak-pinak sehingga kita tidak mampu menjaganya dan terpaksa membuang haiwan tersebut atau kita tidak tahu menjaga haiwan tersebut apabila ia melahirkan anak.
*JIKA PERBUATAN TERSEBUT SENGAJA DILAKUKAN TANPA SEBAB-SEBAB YANG DIHARUSKAN HUKUMNYA HARAM.
Wallahu’alam….
Terima Kasih..banyak info..akak mohon sharing ni…Alhamdulillah…info menarik..
apakah hukum dari segi agama kepada pembunuh kucing?
Semua org tau hukumnya berdosa kak oi. Silalah tanya soalan lain kak oi.
nak pinjam share kat fb :)
Silakan….selamat berkongsi….
Jika bulu kucing yg sudah gugur itu haram hujumnya dbawa solay.bagaimna pula jika kita menyentuhnya sebelum solay?
Aku nak mihare kucing la klu macam tu tp.
Tak sangke kucing punye bnyak keistiwmewaan..
Cum cari kucing tukbd adopsi
terima kasih atas maklumat yg penuh dgn ilmu tntg kucing..
Salam nak tanya.. bulu kucing yg melekat di pakaian kira pakaian itu xsah utk solatnya la ya? Mohon pencerahan sbb sy ada bela seekor kucing dan xsampai hati nk bg dekat org lain sbb ank2 amat sayangkn kucing tersebut.. sy jaga dgn sempurna.. walaupon dalam rumah namun makan minum tmpt tido disediakan.. kucing itu pon xsuka keluar dr rumah dan bermain2 dalam kawasan rumah sahaja… cuma nkkn pencerahan berkenaan bulu kucing yg melekat pada pakaian kite tu xsah utk solat la ya?? Subhanaallah
Assalammualaikum,terima kasih byk krn berkongsi ttg topik ini,saya telah bacakan pd ibu, sy harap ibu sy faham knp sy mahu bela kucing.
Waa sunggu menarik artikel ni!boleh saya share pada org lain?
Saya lg bingung saya punya kucing sudah lama kira” sdh 2.5tahun lebih . Kucingnya penurut sekali baik tidak pernah mencuri . Tapi setahun yg lalu saya punya baby jd skrg jarang ngurus si kucing” . Sekarang kucingnya saya pindah kan tmpt si pasar , tp sejak kucingnya saya pindah kan perasaan saya tidak enak kepikiran sama kucing”nya terus . Kebetulan kucing yg saya buang kucing betina dan punya anak tp anak nya sdh bisa makan , sy harus gimana ya ? Saya kasian sm kucing2 nya . Mohon solusi terbaik nya
Tumpang bertanya. Saya ada membela kucing. Pada asalnya cuma seekor tetapi membiak sehingga menjadi 16 ekor. Sya sudah tidak mampu membela mereka dan paling menjadi masalah adalah jiran jiran sudah banyak komplen dan saya dipandang serong. Saya tak tahu nak buat mcm mana sebab tak sampai hati nak buang. Saya fikirkan bagaimana lah mereka nk makam dan tidur. Saya risau klu mereka mengalami nasib yg sama mcm kucing jalanan yg lain. Dianiayai seperti di potong kaki.. di siram air panas, minyak panas atau di seksa hanya kerana meminta sedikit makanan. Tolong lah saya
Dua ekor kucing ada menumpang makan di rumah Saya… Yg menjadi masalah sekarang kedua dua ekor tersebut mempunyai penyakit… Seekor buta sebelah kanan matanya Dan bernanah manakala seekor lagi yg masih kecil juga mempunyai masalah yg sama…. Saya telah bawak kedua dua kucing ni di klinik haiwan… Doktor ckp kemungkinan besar yg kecil ni buta kedua Belah matanya dan seekor lagi hanya kena buang sebelah mata nya…. Kos jgn ckpla mmg Saya xmampu telan belanja 400-1800 ikot operation …klau 400 Saya leh korek sana sini… Tpi kalau confirm kena buang ketiga biji mata kucing tu mana Saya nk cekau seribu lebih..mmg Saya xmampula… Skrg ni ape patut Saya lakukan?skrg kucing ni terseksa… Kadang2 Saya nk bunuh kucing ni bagi hilang kesakitan mereka…. Tpi xsmpi hati….. Ape patut Saya lakukan…. Pokbuntu0175996027
Terima kasih atas perkongsian..saya nak tnya, apa hukum buang kucing..sbb kucing saya selalu buang air besar n kecil dalam rumah…
mengapa kucing boleh di pegang tp haram untuk di makan?
Asalamualaikum..maaf numpang nanya..apa ada efek negatif klu wanita hamil dekat dengan kucing..
Untuk kucing yang ada penyakit, petua yang mak saya selalu guna adalah bagi minum air kelapa. Kita penjaga juga kena terutama yang ada alahan atau semput.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar
Apakah salah atau hukumnya menyembur air sejuk ke kucing bagi dia tidak bising?