(2)Tuntutan berjama`ah pada solat fardhu, thabit dengan dalil-dalil Hadis:
Menurut Al-Hadith:
Sebda Rasulullah s.a.w. menurut riwayat Abu Hurairah:
صَلاةُ الجَمَاعَةِ أفْضَلُ مِنْ صَلاةِ الْفَذِّ بِسَبِعٍ وَعَشْرِيْنَ دَرَجَةً وَفِىْ رِوَايَةً : بِخَمْسٍ وَعَشْرِيْنْ دَرَجَةً
Bermaksud:
“Solat berjama`ah lebih afdhal dari solat seorang diri dua puluh tujuh darjat”. Menurut riwayat yang lain: “dua puluh lima darjat”. Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain.
Dari Ubai bin Ka`b r.a. katanya: Sabda Rasulullah s.a.w., :
وَأنَّ صَـلاةَ الرَّجُلِ مَعَ الرَّجُلِ أزْكَىْ مِنْ صَـلاتِهِ وَحْدَهُ، وَصَـلاتَهُ مَعَ الرَجُـلَيْنِ أزْكَىْ مِنْ صَـلاتِهِ مَعَ الرَجُلِ. وَكُلَ مَاْ كَـثُرَ فَـهُوَ أحَبُّ إلَىْ اللهِ عَزَّوَجَـلَّ
Bermaksud:
“… Solat seseorang lelaki dengan seorang lelaki lain adalah lebih sempurna (azka) dari solat seorang diri, dan solatnya dengan dua orang lebih sempurna dari solatnya dengan seorang, dan setiap yang lebih banyak lebih disukai di sisi Allah A.W.J..” Riwayat Ahmad, Abu Daud, Al-Nasa’iyy, Ibnu Huzaimah, Ibnu Habban dan Al-Hakim.
Dari Abu Musa r.a. katanya: Sabda Rasulullah s.a.w., :
أَعْظَمُ الَّناسِ أجْرًا فِىْ الَّصلاةِ أبْعَدُهُمْ مَمْشَىْ. وَالَّذِىْ يَنْتَظِرُ الصَّلاةَ حَتَّىْ يُصَلِيْهَاْ مَعَ الإمَاْمِ أعْظَمُ أجْرًا مِنَ الَّذِىْ يُصَلِّىْ ثُمّ يَنَـاْمُ
Bermaksud:
“Sebesar-besar pahala solat diperolehi oleh manusia ialah mereka yang paling jauh perjalanannya (untuk menunaikan solat), dan yang menunggu untuk bersembahyang beserta imam adalah lebih besar pahala dari mereka yang bersembahyang kemudian ia tidur.” Riwayat Al-Bukhariyy.
Dari Ummu Darda’, katanya: Abu Darda’ telah datang kepadaku dalam keadaan marah. Maka aku bertanya:
مَا أغْضَبَكَ ؟ فَقَالَ: وَاللهِ مَا أعْرَفَ مِنْ أمْرِ مُحَمَّدً (ص) إلا أَنَّهُمْ يُصَلُّوْنَ جَمِيْعًـا
Bermaksud:
“Apa yang menimbulkan kemarahan engkau? Maka jawabnya: Aku tidak tahu perintah Muhammad s.a.w. Sedang mereka semuanya (sama-sama – berjama`ah) melakukan sembahyang.” Diriwayatkan oleh Al-Bukhari.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Seorang buta (Ibnu Ummi Maktum) telah datang kepada Rasullullah s.a.w. dan berkata: Wahai Rasullullah, sesungguhnya tiada bagiku pemandu arah yang memandu aku ke Masjid (untuk menunaikan solat fardhu berjama`ah). Kemudian ia meminta Rasullullah s.a.w. melonggarkan tanggungan (solat berjamaah) baginya. Maka setelah ia berpaling untuk pergi, dipanggilnya oleh Rasul¬ullah s.a.w. dengan bersabda kepadanya:
هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ ؟ قَالَ : نَعَـمْ. قَالَ : فَأَجِبْ
Bermaksud:
“Adakah engkau mendengar panggilan (azan)?” Maka jawabnya: “Ya”. Maka sabda(nya): “Jawablah (yakni tunaikanlah secara berjamaah).” Riwayat Muslim dan Al-Nasa’iyy.
Dari Ibnu Mas’ud r.a. katanya:
وَلَقَدْ رَأيْتُنَـا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنِ الصَّلاةِ إلا مُنَا فِقٌ قَدْ عُلِمَ نِفَاْقُهُ أوْ مَرِيْضٌ. إنْ كَانَ المَرِيْضُ لَيَمْشِى بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ حَتَّىْ يَأْتِىالصَّلاةَ.وَقَاْلَ: أنَّ رَسُوْلَ الله (ص) عَلَّمَنَا سُنَنَ الهُدَىْ، وَإنَّ مِنْ سُنَنَ الُهدَىْ الصَّلاةُ فِىْ المَسْجِدِ الذِى يُوْءذَنُ فِيْهِ
Bermaksud:
“Sesungguhnya aku melihat bahawa kita semua tiada yang membelakang solat (berjama`ah) melainkan orang munafiq yang sedia diketahui kemunafiqkannya atau orang sakit. Sekiranya ia sakit ia akan berjalan (memapah) antara dua lelaki se-hingga mendatangi solat (berjamaah). Kemudian ia berkata: Sesungguhnya Rasullullah s.a.w. mengajarkan kita amalan yang benar (sunan al-huda) dan di antara amalan yang benar ialah melakukan solat di masjid yang diazankan padanya.”
Riwayat Muslim dan Abu Daud. Ditambah oleh Abu Daud:
وَمَا مِنْكُمْ مِنْ أحَدٍ إلا وَلَهُ مَسْجِدٌ فِىْ بَيْتِهِ. وَلَوْ صَلَيْتُمْ فِىْ بُيُوْتِكُـمْ وَتَرَكْتـُمْ مَسَـاجِدَكُمْ تَرَكْتـُمْ سُـنَّةَ نَبِيِّكُمْ (ص)، وَلَوْ تَرَكْتُـمْ سُـنَّةَ نَبِيِّـكُمْ لَكَفَـرْتُمْ
Bermaksud:
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
“Tidak ada seseorang dari kamu melainkan membuat masjid (tempat solat) di rumahnya, sekiranya kamu sembahyang di rumah kamu dan kamu tinggalkan amalan solat di Masjid kamu, (bererti) kamu meninggal sunnah Nabi kamu s.a.w. dan sekir-anya kkamu meninggalkan sunnah Nabi necaya kamu menjadi kufur.” Riwayat Abu Daud.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Rasullullah s.a.w.,:
أثْقَـلُ صَـلاةٍ عَلَى المُنَـافِقِيْنَ صَـلاةُ العِشَـْاءِ وَصَـلاةُ الفَجْرِ.وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيْهِمَا َلأتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا. وَلَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِالصَّـلاةِ فَتُقَـامُ ، ثُمَّ آمُرَ رَجُلا فَلْيُصَلِّ بِالنَّاسِ ، ثُمَّ أنْطَلِقُ مَعِى بِرِجَالً مَعَهُمْ حُزَمٌ مِنْ حُطَبٌ إلَى قَوْمٍ لا يَشْهِدُوْنَ الصَّلاةَ فَأُحْرِقُ بُيُوْتَهُمْ
Bermaksud:
“Seberat-berat solat ke atas golongan munafiq ialah solat `Isya’ dan solat Subuh. Jika mereka tahu kelebihan pada kedua-dua solat tersebut, tentu mereka akan menunainya (secara berjamaah) walaupun dengan cara merangkak (ke tempat solat). Sesungguhnya aku berhasrat (disatu masa) memerintah (sahabat-sahabat) menunaikan solat (fardhu secara berjamaah dengan memerintah seorang lelaki bersolat (menjadi imam) bersama-sama sahabat (yang hadir), kemudian aku akan keluar dengan sekumpulan lelaki bersama beberapa berkas kayu api untuk menemui mereka yang tidak menunaikan solat fardhu (dengan berjamaah) maka aku akan bakar rumah-rumah mereka.” Diriwayatkan oleh Priwayat Al-Sittah (yang enam) – Imam Al-Bukhariyy, Muslim, Malik, Abu Daud, Al-Tarmiziyy dan Al-Nasa’iyy.
Dari Ibnu ‘Abbas r.a.: … dan ditanya mengenai seorang lelaki yang (selalu) berpuasa disiang hari dan bangun di waktu malam, sedang ia tidak melakukan solat (fardhu) berjama`ah dan solat Jumaat? Maka sabdanya:
هَذَا مِنْ أهْلِ النَّـاْرِ
Bermaksud:
“Ini adalah dari ahl i neraka” Diriwayatkan oleh Al-Tarmiziyy.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Rasulullah s.a.w.:
مَنْ سَـمِعَ المُـنَادِى فَلَمْ يَمْنـَعْهُ مِنْ إتْبَاعـِهِ عُذْرٌ لَمْ تُقْبـَلْ مِنُهُ الصَّـلاةُ الَّتِىْ صَـلاهَا . قِيْلَ: وَمَا الْعـُذْرُ ؟ قَاْلَ: خـَوْفٌ أوْ مَرَضٌ
Bermaksud:
“Sesiapa yang mendengar orang memanggil (untuk solat – atau azan), dan tidak dihalangi oleh sebarang keuzuran (untuk menunai panggilan tersebut), tidaklah diterima solat yang dilakukannya. Ditanyakan: Apakah maksud keuzuran itu? Maka sabdanya: Takut (khauf) atau sakit”.Diterbitkan oleh Abu Daud.
Menurut Ibnu `Abbas:
أنَّ النَّبِىَّ (ص) فَسَّرَ العُذْرَ بِالْخَوْفِ وَالْمَرَضِ
Bermaksud:
“Bahawa Nabi s.a.w. mentafsirkan uzur itu dengan (maksud) takut dan sakit.”
Riwayat Abu Daud.
“Takut” (khauf) terbahagi tiga; takut ke atas diri atau harta atau ahli keluarga (Ibnu Qudamah, Al-Mughniyy).
Dari Abu Darda’ r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
مَا مِنْ ثَلَاثَةٍ فِي قَرْيَةٍ وَلَا بَدْوٍ لَا تُقَامُ فِيهِمُ الصَّلَاةُ إِلَّا قَدِ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّمَا يَأْكُلُ الذِّئْبُ الْقَاصِيَةَ. رواه أبو داود والنسائي
Bermaksud:
“Mana-mana (kumpulan yang jumlahnya) tiga orang, sama ada di kampong atau di pedalaman yang tidak mendirikan solat (berjemaah), nescaya mereka akan dikuasai oleh syaitan. Kamu hendaklah berjemaah, kerana sesungguhnya serigala itu memakan (ternakan) yang jauh (terpencil daripada kumpulan)”. Riwayat Abu Dawuud dan an-Nasaaiyy.
Dari Yazid bin Aswad r.a. bahawa beliau telah bersembahayang Subuh bersama Rasulullah s.a.w. Apabila selesai solat tersebut, beliau mendapati dua lelaki tidak bersembahayang bersama Baginda, maka Baginda memanggil kedua-duanya dan bertanya: “Apa yang menghalang kamu bersembahayang dengan kami?” Jawab kedua-dua mereka: “Kami telah sembahayang di rumah kami.” Maka sabda Baginda:
فَلا تَفْعَـلْ، إذَا صَلَيْتُـمَاْ فَىْ رِحَالِكُمَـْا ثُمَّ اَدْرَكْتُمَـْا الإمَاْمَ وَلَمْ يُصَـلِّ فَصَلِّيَا مَعَهُ، فَإِنَّهَـا لَكُمَـْا نَاْفِلَـةٌ
Bermaksud:
“Jangan kamu lakukan. Apabila kamu sembahayang di tempat kamu, kemudian menemui imam sedang ia belum sembahyang, maka sembahyanglah bersamanya, sesungguhnya ia (sembahyang) bagimu adalah kelebihan “nafilah” (sunnah).”
Riwayat Ahmad dan tiga periwayat lain dan disahkan oleh Ibnu Habban dan Al-Tarmiziyy.
Hadis ini menuntut orang yang telah melakukan solat secara sendirian supaya mengulangi solatnya jika mendapati imam belum mendirikan solat, supaya dilakukan semula bersamanya.
Wallahu’alam….
HasnulHadiAhmad.Com
Halaman Utama Himpunan Artikel Solat Fardhu Berjamaah ~ Klik Disini