Tahdhirul Arwah (Spiritism) Dan Kesannya
Hakikat tahdhirul arwah dan kaitannya dengan jin Tahdhirul Arwah atau disebut di dalam bahasa Melayu, ‘Memanggil Roh’, bukanlah perkara baru tetapi telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi di kalangan bangsa Cina, India, Mesir kuno, Yunan, Roman, termasuk juga orang-orang Islam. Akhirnya dari semasa ke semasa sudah menjadi suatu ilmu yang dianuti orang-orang Barat.
Mohd Farid Wajdi di dalam bukunya mengatakan bahawa perkara ini memang telah lama wujud sehingga berjuta-juta manusia mengakui tentang ‘kebenaran’ mazhab Ruhani ini.
Di ‘Barat’ teori ini sudah diterima oleh mereka sehingga lebih daripada 150 akhbar dan majalah yang tersebar menjelaskannya. Mereka percaya dengan sepenuhnya konsep kembalinya roh orang yang sudah mati ke dalam jasad seseorang yang hidup.
Soalan yang timbul sekarang ialah :
Apakah benar roh yang telah meninggalkan jasad ini dapat kembali semula ke dunia ini dan menjalankan aktivitinya sebagaimana dahulu sepertimana yang diyakini oleh mereka?
Al-Quran dan Sunnah telah pun menjelaskan bahawa apabila manusia telah mati maka putuslah segala amalannya dan tidak akan kembali lagi ke dunia ini dalam keadaan mana sekalipun. Roh orang yang telah mati akan diangkat ke langit sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran.
Maka dari mana pula roh boleh kembali ke dunia ini sekali lagi dan apakah hujahnya?
Asy-Sheikh Al-Ghazali berkata : “Seseorang manusia diberi peluang untuk beramal dan berbakti, bertaqwa di dunia ini, berjaya atau sebaliknya bergantung kepada amalannya. Setelah terputus nyawanya maka tidak ada apa-apa tanggungjawab lagi setelah mati maka balasan dan seksaan akan bermula,” sebagaimana firman Allah SWT :
“dan mereka menjerit-jerit di Dalam neraka itu (sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, keluarkanlah Kami (dari azab ini); Kami akan mengerjakan amal-amal Yang soleh, Yang lain dari apa Yang Kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): “Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa Yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa Yang suka berfikir dan beringat? dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) Yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang Yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun Yang dapat memberikan pertolongan”. (Fatir : 37)
Begitu juga penjelasan yang disebut dalam al-Quran bahawa orang yang menyesali maksiat sewaktu akan mati tatkala melalui kepedihan Sakaratul maut, terfikir untuk kembali ke dunia apabila teringat amalan-amalan yang lalu yang telah ditinggalkan dan masa yang terbuang begitu sahaja dengan katanya :
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
“Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia).” (Al-Mu’minuun 23:99)
“Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).” (Al-Mu’minuun 23:100)
Di saat itu sudah terputus amalan, dan tidak ada lagi sebarang aktiviti, peluang bertaubat sudah tertutup bagi menampung segala kekurangan yang berlaku.
Beramal dan bertaubat bukan menanti hari esok tetapi hari ini, untuk mencari kebahagian hari akhirat adalah dengan beramal sebelum nyawa sampai di halkum.
Apabila sudah sampai detik untuk berpindah ke alam baqa, maka malaikat Kiraaman Katibin menggulung segala daftar amalan kita dan sedikit pun tidak memandang atau mempedulikan taubat orang yang sedang nazak (hampir mati).
Semua roh setelah meninggal dunia akan berada di alam barzakh untuik menerima balasan yang telah ditentukan berdasarkan kepada amalan semasa ia hidup di dunia ini. Sama ada ia menerima pembalasan yang penuh nikmat atau azab sengsara yang pastinya tidak ada peluang lagi baginya untuk kembali ke alam fana ini. Mereka tidak boleh lagi menjalankan segala aktiviti baik menjadi tukang ubat, mangajar, memberi nasihat dan sebagainya.
Maka soalannya, apakah sebenarnya yang berlaku pada orang yang bercakap itu?
Yang datang menjelma di dalam diri seseorang itu ialah syaitan yang menguasai otak manusia dan berusaha menyesatkan manusia kerana itulah tugas utama mereka.
Umar Al-Asyqar berkata: “Pada zaman ini sudah tersebar di merata tempat mengenai perkara ini sehingga dipercayai oleh ramai orang. Sambungnya lagi apakah pendirian Islam dalam hal ini? Setelah kita mengkaji al-Quran, jelaslah bahawa roh yang berada di alam ghaib mustahil untuk kembali ke dunia ini”.
Roh yang telah diambil dan diserahkan kepada malaikat yang bertanggungjawab tidak akan terlepas lari dan turun semula ke bumi untuk dipermainkan oleh akal cetek manusia.
Ada pula di kalangan mereka yang menyangka bahawa roh yang datang itu adalah roh orang yang soleh, sama ada nabi, orang-orang yang mati syahid, wali-wali Allah dan sebagainya.
Kalau kita renungkan bahawa para Rasul, Nabi-nabi, para syuhada, Wali Allah, hamba-hamba Allah yang solah sudah berada di alam barzakh, dan di syurga menerima kebahagian nikmat yang telah disediakan oleh Allah, bagaimana pula mereka akan meninggalkan syurga dan turun ke bumi dan masuk pula ke dalam jasad orang fasiq.
Baginda Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa roh-roh orang yang mati syahid berada di muncung burung hijau yang berterbangan di kebun-kebun syurga, menikmati kesegaran, memakan buah-buahan, meminum air di syurga dan kemudian tinggal di lampu yang bergantung di atap ‘arasy Ar-Rahman. Bagaimana pula golongan ini boleh memanggil roh-roh ini turun semula ke bumi?
Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa yang dipanggil itu bukanlah roh tetapi jin atau syaitan yang menyamar sebagai wali, nabi, orang alim dan sebagainya. Tugas mereka adalah untuk menyesatkan bani Adam a.s.
Sumber: Perubatan Islam Darussalam Malaysia
Wallahu’alam….
Comments on this entry are closed.
Tapi kenapa ya Nabi Muhammad masih minta didoakan agar masuk sorga ? apakah dia belum masuk sorga?
Kang rudi maaf, mendoakan rosululloh adalah sebuah penghormatan kepada beliau bukan permohonan agar dimasukkan kedalam syurga, karena rosululloh sudah dijamin oleh Allah menjadi ahli syurga.
Assalam. Maaf saya Menempelak Pendapat kamu. kamu hanya memberi jawapan yg daripada sumber. sedangkan Ilmu Allah Swt itu tiada sumber Luar Dari akal Dan hujung Ada.. Ada Wujud Dari Tidak Ada. Dan tidak Ada Wujud Dari Ada.. Ternyata kamu belum bisa faham Terputus kematian YG TERKECUALI. MAKA YANG TERKECUALI ITU LAH YG HIDUP. 3 PERKARA ITU LAH YANG HIDUP AMALAN DIA HIDUP. MAKA YANG MATI CUMA JASAD RAGA MANUSIA YANG MENJADI MAYAT MENTAH ..
KAMU BELUM BISA FAHAM DENGAN JAWAPAN DAN SUMBER YG KAMU BERI.. FAHAMAN KAMU MASIH BELUM MENDALAMI APA ITU MAKNA WUJUD NYA ADA DARIPADA TIADA