Yang Disukai Vs Yang Dibenci Malaikat
1. Yang Disukai
– Sukakan kebaikan dan kebersihan. Ini bersesuaian dengan sifat kejadian malaikat yang berasal daripada cahaya murni.
– Selalu menghampiri orang yang membaca al-quran.
– Apabila melihat seseorang keluar menuntut ilmu, malaikat merendahkan sayap sebagai tanda hormat dan reda kepadanya.
– Melihat sekumpulan manusia yang berhimpun untuk berzikir dan membincangkan ilmu agama.
Dalil
Sufyan al-thawri berkata: “Jika seorang manusia mengkhatamkan al-quran, malaikat ‘mencium’ keningnya.” ( Imam Ahmad bin Marwan Al-Dinawari dalam Al-Mujalasah )
Rasulullah s.w.a. bersabda, maksudnya: “tidaklah sekumpulan manusia berhimpun di rumah Allah untuk membaca dan mengkaji kitab Allah, melainkan sakinah ( ketenangan ) akan turun, rahmat meliputi mereka, dan para malaikat menaungi mereka dengan sayap. Allah menyebut-nyebut mereka dalam ( kalangan malaikat ) di sisi-Nya.” ( Riwayat Muslim )
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
2. Yang Dibenci
– Sangat benci maksiat dan kekotoran. Malaikat menjauhkan diri dari tempat najis dan maksiat.
– Tidak memasuki rumah yang terdapat anjing dan patung di dalamnya. Anjing adalah haiwan najis, manakala patung adalah simbol kemusyrikan.
– Apabila melihat seorang isteri melanggar perintah suami, malaikat turut marah kerana Allah.
– Tidak suka bau-bauan yang busuk. Malaikat terganggu jika ada seseorang yang masuk ke dalam masjid dengan bau yang tidak menyenangkan. Oleh sebab itu, Nabi s.w.a. menyuruh kita untuk mandi dan memberus gigi sebelum ke masjid.
Dalil
Nabi Muhammad s.w.a. bersabda, maksudnya: “apabila seorang suami memanggil isterinya ke katil, tetapi dia menolak sehingga menyebabkan suaminya marah, maka para malaikat melaknat wanita itu sehingga pagi.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, maksudnya: “apabila seseorang hamba berdusta, maka kedua-dua malaikatnya menjauhinya sehingga satu batu kerana bau busuk daripadanya.” (Riwayat Al-Tirmizi)
Wallahu’alam….
www.hafiz.com.my