free tracking




≡ Menu

Rahmat Allah Mengatasi Kemurkaan Nya

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Hadis Abu Hurairah r.a:

Nabi s.a.w bersabda: Sebaik sahaja Allah s.w.t menciptakan makhluk-Nya. Dia terus menulis dalam kitab yang berada di sisi-Nya di atas Arasy: Sesungguhnya rahmat-Ku mengatasi kemurkaan-Ku.

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 4939

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:

Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t menjadikan rahmat sebanyak seratus bahagian. Dia menahan di sisi-Nya sebanyak sembilan puluh sembilan dan diturunkan ke bumi hanya satu bahagian. Dari satu bahagian inilah seluruh makhluk saling kasih mengasihi antara satu sama lain sehinggakan binatang mengangkat kaki dari anaknya takut terpijak atau menyakiti anaknya.

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 4942

Hadis Umar bin Al-Khattab r.a:

Sesungguhnya beliau membawa beberapa orang tawanan menemui Rasulullah s.a.w. Seorang wanita dari kalangan tawanan tersebut kelihatan mencari sesuatu. Sebaik sahaja dia menemui seorang bayi dari kalangan tawanan, dia mengambil bayi tersebut lalu didukung dan disusuinya. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda kepada kami: Adakah pada pandangan kamu wanita ini sanggup membuang anaknya ke dalam api? Kami menjawab: Tidak. Demi Allah dia tidak sanggup membuangkannya. Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t amat kasihan belas terhadap hamba-Nya daripada kasih sayang perempuan ini terhadap anaknya.

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 4947

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Hadis Abu Hurairah r.a:

Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang lelaki yang tidak pernah membuat kebaikan berkata kepada keluarganya bahawa apabila dia mati, bakarlah jenazahnya dan buangkan abunya. Sebahagian di darat dan sebahagian lagi ke laut. Demi Allah! Sekiranya Allah ingin mengazabnya, pasti akan diazab dengan seksaan yang tidak pernah dilakukan terhadap orang lain. Sebaik sahaja lelaki tersebut mati, dia diperlakukan sebagaimana permintaannya. Lalu Allah s.w.t memerintahkan abu yang dibuang ke bumi supaya bercantum. Kemudian memerintahkan pula abu yang dibuang ke laut supaya bercantum. Setelah semuanya bercantum, Allah s.w.t berfirman: Mengapa kamu lakukan semua ini. Dia menjawab: Kerana takut kepada-Mu Ya Allah dan Engkau lebih mengetahui segala-galanya. Lalu Allah mengampuni lelaki tersebut.

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 4949

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a:

Nabi s.a.w bersabda: Seorang lelaki dari kalangan umat sebelum kamu telah dikurniakan harta dan anak oleh Allah s.w.t. Dia bertanya kepada anak-anaknya: Sanggupkah kamu melaksanakan permintaanku atau aku serahkan pusaka kepada orang lain? Apabila aku mati bakarlah jenazahku. Baginda berkata: Mengikut pengetahuanku dia juga berkata: Tumbuklah jenazahku hingga halus dan hamburkanlah ke udara kerana aku tidak mampu untuk mengemukakan amalan baik di sisi Allah sedangkan Allah s.w.t berkuasa untuk menyeksaku. Baginda bersabda: Setelah mereka berjanji, anak-anaknya melaksanakan perintah tersebut. Lalu Allah s.w.t berfirman: Apakah yang membuatkan kamu melakukan sedemikian rupa? Lelaki itu menjawab: Kerana takut kepada-Mu. Baginda bersabda: Perbuatannya itu hanyalah semata-mata takut kepada Allah s.w.t.

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 4952

Wallahu’alam….

Next post:

Previous post: