free tracking




≡ Menu

Wasiat Pemuda Yang Syahid Di Jalan Allah

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Salah seorang pemuda yang berasal dari Saudi, Muhammad Salim El-Harbi yang dikurniakan syahid di bumi Syria dalam satu pertempuran dengan askar dan talibarut Basyar di Lazaqiyah, Syria pada 7 Ramadhan 1433 bersamaan 26 Julai 2012.

Beliau sempat menulis sepucuk surat berupa wasiat buat keluarganya:

“Kepada bonda yang tercinta, kepada ayahanda dan sekalian keluarga. Demi Allah! Saya tidak mengharapkan sesuatu kecuali redha Tuhan, bantuanNya buat agama kita, cintakan kepada jihad dan menuntut syahid.

Dengan izin Allah, saya akan memberikan syafaat buat kalian semua. Ketahuilah! Bahawa mati itu tidak dapat ditolak sesiapapun walaupun kalian cuba menghalang kematian daripada saya, jika dia (mati) datang maka saya tidak dapat keluar. Ketahuilah! Bahawa jihad itu tidak akan dapat mempercepatkan atau melewatkan kematian seseorang.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Firman Allah (Setiap umat itu mempunyai ajal, apabila datang ajal mereka tidak akan disegerakan atau dilewatkan walau satu saat.)

Wahai ibu! Bersabarlah! Bukannya saya seorang bahkan ramai dari kalangan pemuda-pemuda yang telah mendahului saya ke bumi jihad, dari kalangan mereka ialah Abdul Majid Mohammed, Himad dan ramai lagi. Ramai dikalangan mereka yang memperolehi nikmat di akhirat dan dikurniakan syahid.

Ketahuilah wahai ibu! Bahawa kehidupan tidak lagi bermakna buat saya, saya tidak mampu hidup lagi sedang saya melihat umat Islam dihina. Saya juga tidak dapat lagi mendengar tentang kehidupan ini sedang saya melihat saudara-saudara saya mendahului berjihad serta memperoleh syahid.

Maka tidak dapat tidak perlu berjihad, maka tiada kehidupan melainkan dengan jihad. Akan tetapi jalan Allah tidak pernah menyempitkan jalan saya kepadaNya.”

Ditulis oleh Muhammad Salim El-Harbi.

Semoga Allah menerima beliau dari kalangan syuhadaNya.

Wallahu’alam….

Comments on this entry are closed.

  • Dunia Maklumat August 4, 2012, 10:21 pm

    MasyaAllah.. semoga kita juga dapat contohi semangat dan keteguhan iman beliau

  • manusia biasa September 10, 2012, 6:25 pm

    Kejap2.. Ayat ni mcm pernah saya dengar.. Bole saya tanya saudra dah siasat benar ke wasiat ni? Benarkah muhammad al-herby itu wujud? Siasatlah wahai saudara.. Bgaimana sekiranya ia hanyalah satu pembohongan.. Waspada, jangan sampai kita terlibat dalam dosa.. Kita tidak boleh terus mempercayai bulat2.. Kalau saya kata saya yang buat benda ni macam mana? Assalamualaikum..

  • manusia biasa September 10, 2012, 6:38 pm

    Maaf.. Saya tanya sahaja.. Kalau benar dah siasat.. Dan memang terbukti benar.. Teruskan.. Saya terlanjur kata.. Maaf.. saya tak sengaja.. Wahai
    Tuhanku.. Untuk menjaga lidah menang susah.. Ampunilah aku, selamatkanlah aku dari fitnah.. Aku ingin bertaubat ya allah.. Astaghfirullah..

    • Hasnul Hadi Ahmad September 12, 2012, 8:55 pm

      Tidak ada apa yang nak dimaafkan, Semoga Allah Ta’ala mengampuni segala dosa-dosa kita semua, Aminnn….