Tip Dan Cara Membina Perpaduan
1- Ungkapkan Rasa Cinta
Rasulullah s.w.a. bersabda yang bermaksud: “apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan rasa cinta kepadanya.” (Riwayat abu daud dan al-tarmizi, hadis sahih )
2- Tunjukkan Wajah Bahagia
Nabi s.w.a. bersabda yang bermaksud: “janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah ceria.” ( riwayat muslim )
3- Berjabat Tangan
Hadis Nabi s.w.a. bermaksud: “Tidak ada dua orang muslim yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan kedua-duannya diampunkan dosa mereka sebelum berpisah.” (Riwayat abu daud)
4- Menyebarkan Salam
Sabda Nabi s.w.a. yang bermaksud: “demi zat yamg diriku di tangan-Nya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak beriman sehingga kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang membuat kamu saling mencintai? Sebarkanlah salam antara kamu.” (Riwayat abu daud)
5- Saling Memberi Hadiah
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Sebagaimana hadis Nabi s.w.a. yang bermaksud: “hendaklah kamu saling memberi hadiah, kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati.” (Riwayat al-tabarani)
6- Saling Membantu
Dalam hadis Nabi s.w.a. yang bermaksud: “sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang Mukmin di dunia, nescaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Sesiapa yang memudahkan orang yang kesusahan, nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aib) seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Riwayat muslim)
7- Saling Berkunjung
Nabi s.w.a. bersabda dalam sebuah hadis kudsi yang bermaksud: “Allah s.w.t. berfirman: ‘pasti akan mendapat cinta-ku orang yang saling mencintai kerana Aku. Kedua-duanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku.'” (Riwayat imam malik dalam al-muwatta’)
8- Saling Memaafkan Orang Lain
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya itu adalah daripada perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).” (Surah al-syura 42: 43)
Wallahu’alam….
Bintu Ahmad l hasnulhadiahmad.com
Comments on this entry are closed.
Perkongsian yang sangat berguna untuk perpaduan umat islam sejagat