free tracking




≡ Menu

Gambar Rakyat Mesir Yang Cedera Dan Terbunuh Oleh Kekejaman Tentera Mesir

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Gambar Rakyat Mesir TerbunuhPara Ulamak Al-Azhar menjadi benteng utama di bahagian hadapan

Tindakan Yang Dibuat Oleh Tentera Abdel Fattah Al-Sisi Setelah 24 Jam Merampas Kuasa Daripada www.hafiz.com.my. Beberapa tindakan telah dibuat oleh tentera Abdel Fattah Al-Sisi setelah 24 Jam merampas kuasa daripada Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi dalam masa kurang 24 jam setelah rampasan kuasa di Mesir:

General Abdel Fattah Al-Sisi

1. Menutup semua saluran siaran Islamik (17 saluran ), yang menyiarkan siaran langsung di medan perhimpunan , terutama di Rabaah Abawiyyah.

2. Menyekat surat khabar Al Huriyyah wal ‘Adalah (akhbar milik FJP).

3. Menutup siaran Misr 25 (siaran televisyen Ikhwan Muslimin).

4. Menyekat siaran langsung Al Jazeera di Rabaah.

5. Menggunakan peluru hidup ke arah penyokong Dr Mursi sehingga ramai yang terkorban.

6. Menahan beberapa pemimpin yang menyokong kepimpinan Presiden Dr Mursi.

7. Menangkap ketua pejabat siaran langsung Al Jazeera dan beberapa pemberita. Antaranya Syariff Mansour dan Muhammad Jamal.

8. Merampas semua kamera di tempat persekitaran himpunan Rabaah Adawiyyah (tempat perhimpunan penyokong Dr Mursi).

9. Menghalang wartawan daripada membuat liputan kepada penyokong Dr Mursi di Rabaah Adawiyyah.

Antara Gambar-Gambar Rakyat Mesir Yang Cedera Dan Terbunuh Oleh Kekejaman Tentera Sekular Mesir

Mereka terbunuh pada tangan askar yang kejam, moga Allah menerima mereka sebagai syahid di sisiNya, Al-Fatihah. Allahu Akbar!!

Gambar Rakyat Mesir Terbunuh 1Mangsa serangan baltoji dan polis

 

Gambar Rakyat Mesir Terbunuh 2Mangsa serangan baltoji di Dumyat.

 

Gambar Rakyat Mesir Terbunuh 3Rakyat Mesir cedera dan terbunuh di tentera Abdel Fattah Al-Sisi

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

 

Gambar Rakyat Mesir Terbunuh 5Mangsa tembakan di kepala oleh tentera sekular Mesir

Saudara Mohammed Subhi Al-Haddad, 34 tahun merupakan ayah kepada dua anak adalah anak kelahiran bandar Baltim, wilayah Kafr Syeikh. Beliauwww.hafiz.com.my.

Gambar Rakyat Mesir Terbunuh 4Innalillah, Al Fatihah. Beliau ialah محمد صبحى الحداد Yang ditembak oleh tentera di hadapan bangunan Pengawal Republik. Moga arwah tenang di sana.

Ayah beliau Subhi Al-Haddad merupakan pegawai Unit Pengawal Republik dan merupakan salah seorang pemandu Pejabat Presiden Mesir.

Ketua FJP Baltim, Wafa Hijazi menceritakan detik pembunuhan beliau:

“Salah seorang penyokong Mursi telah meletakkan potret Dr.Mursi di pagar berduri di hadapan bangunan tersebut kemudian salah seorang pegawai tentera mengoyakkan gambar. Ini menyebabkan mangsa menghampiri pegawai tentera yang berkawal lalu berlaku pertikaman lidah. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan tembakan dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.”

 

Gambar Rakyat Mesir Terbunuh 6Sheikh Salamah Abdul Qawiy Tercedera

Penasihat Kementerian Waqaf, Sheikh Salamah Abdul Qawiy tercedera dihadapan pengawasan tentera. Beliau antara ulamak yang turun bersama rakyat. Semoga Sheikh Salamah Abdul Qawiy pulih dari kecederaan.

Renungan

Allah berfirman di dalam Al-Quran Al-Karim surah Al Baqarah ayat 28 yang bermaksud :

“Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).”

“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).” (Surah Ibrahim: Ayat 42)

Saksikan Siaran langsung Dari Dataran Rabaah Adawiyyah Himpunan Jutaan Rakyat Mesir (www.hafiz.com.my)

Wallahu’alam….

www.hafiz.com.my

Comments on this entry are closed.

  • Hafiz July 9, 2013, 10:35 pm

    Hasbiallahuwanikmal waklil.. Moga pertolongan Allah Sampai…

  • Fareez July 29, 2013, 10:14 am

    Masyaallah, semoga Allah memberi kemenangan kepada Islam